CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1715|Reply: 4

[Dunia] Pemilik Ever Given, kapal yang halang laluan Terusan Suez hampir seminggu tu dia

[Copy link]
Post time 13-4-2021 11:52 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Mesir arah pemilik Ever Given bayar pampasan AS$900 juta – Media
Agensi -
13 April 2021



KAHERAH – Mahkamah Mesir hari ini memutuskan untuk merampas kapal Ever Given yang menghalang Terusan Suez hampir seminggu sehingga pampasan sebanyak AS$900 juta dibayar, menurut laporan akhar, Ahram.

“Keputusan mahkamah itu akan dihantar kepada kapten kapal pada hari ini,” kata Ahram seperti dipetik agensi berita, Xinhuanet.

“Kapal dengan bendera Panama itu secara rasmi ditahan di Tasik Great Bitter di wilayah Ismailia, timur laut Kaherah berikutan penundaan pembayaran pampasan oleh pemilik Ever Given warga Jepun,” menurut laporan itu yang memetik Pengerusi Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA), Osama Rabie.

Menuurt undang-undang maritim, Mahkamah Ekonomi di Ismailia telah meluluskan permintaan SCA untuk merampas secara rasmi kapal tersebut sehingga pampasan dibayar.

“Kami sedang berbincang dengan pemilik kapal untuk mecapai resolusi mengenai perkara ini tanpa mengambil jalan keluar kepada perundangan,” kata Rabie sambil menambah pemilik warga Jepun itu telah menawarkan 90 peratus  daripada jumlah yang dituntut SCA.

Kapal kontena itu terkandas di Terusan Suez pada 23 Mac lalu dan trafik kembali bergerak pada Mac 29 selepas ia diapungkan. – MalaysiaGazette

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2021 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengarut Mesir nih, kerugian yg. dialami oleh Suez Authority hanya setakat $100juta aje. Yg.rugi billion2 tu industry kapal seluruh dunia. Bongok
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 12:36 AM | Show all posts
Al Sisi nak amek kesemp
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 05:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Evergreen ni ada bawak binatang ke? Atau kapal2 belakang dia je? Kesiannya la.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 10:07 AM | Show all posts
Negara Asia dan Europe patut bersatu boikot Suez ni buat dan kembangkan laluan rel TransAsia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.451262 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list