View: 1759|Reply: 3
|
Free Je! Syatilla Melvin Sedia Kongsi Ilmu Bisnes Dengan Rakan Artis
[Copy link]
|
|
Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin mendedahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkongsi ilmu perniagaan dengan sesiapa termasuk rakan artis.
Kredit foto: IG Syatilla
“Memang ada rakan-rakan artis yang cuba datang dan saya memang akan tolong. Kalau mereka buat silap dan bertanyakan soalan, saya rela hati nak bantu sebab saya ada pengetahuan serta ilmu.
“Kenapa pula saya nak berahsia atau simpan sendiri? Jadi, saya memang akan kongsikan segalanya daripada susun strategi sehinggalah nak cari stockist dan pelanggan. Saya memang terbuka untuk berkongsi,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini turut menasihati rakan artis untuk mula menceburi bidang perniagaan supaya mereka tidak hanya bergantung kepada satu punca pendapatan sahaja.
“Saya pun banyak juga bercakap dengan kawan-kawan artis, sampai bila nak berlakon? Ambil sahaja saya sebagai contoh, saya dah berlakon lama sangat tapi saya tak boleh simpan duit macam mana saya simpan selepas berniaga.
“Sebab itu saya menyeru kepada mereka yang berlakon ini tidak salah tetapi tetap kena fikir juga apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Sebagai contoh selepas kita berkahwin, kemudian ada anak pula dan kita pun tak tahu apa akan jadi dengan rumah tangga kita nanti.
“Andai kata suami kita lari tinggalkan kita, kita harus secure hidup kita siap-siap. Itu yang saya kongsikan kepada mereka. Kena ada perancangan lain dan jangan harapkan hanya satu punca pendapatan sahaja,” jelasnya lagi.
Kredit foto: IG Syatilla
Ibu kepada dua orang anak ini turut memaklumkan yang dia tidak akan mengenakan sebarang bayaran ketika memberi tunjuk ajar kerana dia mahu melihat lebih ramai lagi artis yang berjaya di dalam dunia perniagaan selepas ini.
“Saya memang tidak kenakan apa-apa bayaran. Walaupun artis tu saya kenal atau tidak, kalau mereka ajak berjumpa saya memang rela hati untuk berkongsi.
“Saya pun nak tengok mereka berjaya. Di kalangan artis di Malaysia, tak ramai yang berjaya buat produk mereka secara konsisten. Saya cuma mahu menjadi salah seorang yang terawal yang kekal di dalam dunia bisnes,” ujarnya lagi.
Sumber: Media Hiburan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
xde orang menempel ke bebenang ni???
sendu??
.
|
|
|
|
|
|
|
|
tolong lah jangan share marketing bodo bodo hang tu. Penat nak tengok orang perbodohkan diri |
|
|
|
|
|
|
|
“Andai kata suami kita lari tinggalkan kita, kita harus secure hidup kita siap-siap. Itu yang saya kongsikan kepada mereka. Kena ada perancangan lain dan jangan harapkan hanya satu punca pendapatan sahaja,” jelasnya lagi.
ko x pyh bimbang tilla, hri tu sembang shaheizy takkan cari lain kan? masa tu dia makan jamu keluaran dia sendiri. wahhh yakinnya kamu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|