View: 9062|Reply: 6
|
[SEJARAH]
Black Metal Malaysia yang Diharamkan
[Copy link]
|
|
Edited by piao at 14-4-2021 11:31 AM
BERCANGGAH DENGAN AGAMA? INI MERUPAKAN SEJARAH BLACK METAL DI MALAYSIA
Pengaruh muzik metal sebenarnya sudah lama bertapak di Malaysia sejak tahun 80-an lagi iaitu dengan kemunculan kumpulan Metal pertama iaitu Blackfire. Pada waktu ini, muzik Rock Kapak merupakan genre yang bergerak dalam aliran arus perdana sebelum lahirnya muzik metal. Namun, selepas insiden rockers dipotong rambutnya, muzik Rock Kapak semakin lama semakin hilang di mata masyarakat kerana pada waktu itu, lelaki yang berambut panjang dianggap jahat.
Oleh itu, wujudlah satu scene di dalam industri muzik iaitu “underground” di mana muzik metal mula diperkenalkan tetapi bukan berada di aliran arus perdana. Mereka akan menjalankan gig atau di tempat yang tersorok dan terpencil untuk peminat-peminatnya sahaja. Namun, korang tahu tak yang gig metal ini pernah menjadi satu fenomena yang menggemparkan Malaysia?
Remaja mahukan sesuatu yang lebih ganas berbanding rock kapak
Keratan akhbar mengenai konsert thrash metal terbesar di Malaysia. Imej dari Xtreme Noise Terror.
Pada tahun 1988, kumpulan metal semakin lama semakin mendapat tempat di hati remaja pada ketika itu dan muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan dalam muzik underground. Muzik metal di Malaysia lebih kepada thrash metal iaitu satu subgenre dari heavy metal yang muziknya lebih laju dan agresif seperti Metallica, Exodus, Megadeth dan Death Angel.
Antara kumpulan metal yang popular pada ketika itu ialah:
- Punisher
- Slapdeath
- Blackfire
- Nemesis
- Freedom That’s Gone (FTG)
Mereka berjaya mengumpulkan peminatnya dengan melakukan persembahan di gig-gig kecil dan ini juga telah membawa kepada kebangkitan muzik metal. Pada 28 Disember 1988, Box Office Malaysia telah menganjurkan konsert thrash metal yang terbesar di Stadium Negara. Antara kumpulan metal yang dimainkan pada ketika itu ialah Punisher, Nemesis, Saxo dan Slapdeath.
“Buktinya pada 28 Disember 1988, Box Office Malaysia milik Ali Bakar menganjurkan konsert thrash metal pertama di Malaysia di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Ia menampilkan band thrash metal tempatan iaitu Punisher, Nemesis, Saxo dan Slap Death yang dihadiri lebih 3,000 penonton.” Abdul Aziz Itar, peminat muzik metal pada zaman itu, dipetik dari Harian Metro.
Poster Konsert Thrash yang diadakan di Stadium Negara. Imej dari Ekstrim.
Sebenarnya, Malaysia merupakan negara di Asia Tenggara yang terlebih dahulu mendominasi genre muzik thrash metal. Kalau korang nak tahu, muzik thrash metal sebenarnya menjadi siulan golongan muda pada ketika itu kerana mereka sudah bosan dengan muzik rock kapak dan inginkan sesuatu muzik yang lebih ganas.
Pada masa itu juga, kewujudan fanzine iaitu majalah yang ditulis khas untuk sesuatu genre muzik, kumpulan atau peminat, telah muncul di Malaysia. Fanzine pertama yang pernah dikeluarkan ialah “Aedes” iaitu majalah yang mempunyai informasi khas untuk thrashers sahaja.
Namun, segalanya berubah apabila imej thrash metal ini lebih kejam dan jahat serta pengaruh muzik black/death metal mempengaruhi golongan muda ketika itu maka, kumpulan black metal telah muncul iaitu kumpulan metal Rator.
Mereka dipengaruhi oleh kumpulan metal dari luar negara seperti Celtic Frost, Sarcofago, Sodom, dan Bathory. Mereka ini akan menunjukkan imej yang ganas seperti rambut panjang, mengenakan facepaint yang mengerikan dan memakai gelang paku.
Kumpulan Rator merupakan pelopor utama dalam membawa arus black metal di Malaysia. Mereka akan menyertai konsert rock di Malaysia untuk menyebarkan muzik yang mereka bawa. Peminat-peminatnya yang diberi nama “Army of Fans” akan membanjiri setiap konsert Rator. Lama-kelamaan, kewujudan mereka telah disedari oleh penganjur konsert rock dan para penganjur telah melakukan penapisan untuk mana-mana kumpulan yang ingin meyertai konsert rock.
Selepas itu, mereka mula bergerak dalam underground scene dengan menyertai gig-gig kecil di sekitar Kuala Lumpur dan mula mengeluarkan demo tape pertama iaitu Evil Symphony (1990) ketika berada di puncak populariti dalam kalangan peminat black metal. Demo pertama ini telah tersebar ke seluruh dunia dan mula menempatkan nama mereka di persada dunia.
Ini merupakan demo tape pertama dari Rator. Imej dari Spirit of Metal.
Nama kumpulan Rator ini menjadi terkenal dalam fanzine di luar negara seperti Morbid (Sweden), Master of Brutality (Holland), dan Mutilador (Mexico). Demo mereka juga menjadi bahan rujukan untuk kumpulan metal luar negara dalam menghasilkan lagu-lagu dan pernah ditawarkan membuat kontrak rakaman dari label luar negara iaitu Spinefarm.
Namun, Rator telah berpecah apabila kemasukan era 90-an tetapi nama mereka masih meninggalkan kesan dalam muzik black metal.(Sumber : Daeng Hasri)
Muzik black metal Malaysia yang lebih memfokuskan kepada eastern black metal
Kumpulan As Sahar memakai baju Melayu ketika membuat persembahan di KL. Imej dari laman Facebook As Sahar.
Pada zaman 90-an, genre muzik thrash metal menunjukkan taringnya semula apabila kumpulan metal Cromok iaitu empat orang pelajar Malaysia dari universiti di Australia telah kembali ke Malaysia dan meluaskan empayar muzik mereka. FTG juga mula membara selepas mengeluarkan EP pertama yang bertajuk nama kumpulan sendiri.
Bukan itu sahaja, banyak juga kumpulan black metal yang muncul selepas kejatuhan era Rator dan mengikut jejak langkahnya seperti Bazzah, Suffercation dan Silent Death. Mereka ini telah meluaskan populariti mereka dengan menghasilkan album pertama mereka malah banyak gig serta konsert jelajah diadakan di seluruh Malaysia.
Kedatangan muzik black metal yang besar dari luar negara juga memberikan impak kepada muzik black metal di Malaysia. Banyak kumpulan black metal menunjukkan imej yang lebih ganas berbanding kumpulan black metal sebelum ini. Mereka akan menggunakan huruf yang seram dalam logo kumpulan serta memakai facepaint warna hitam dan putih yang amat menakutkan.
Kalau korang nak tahu, muzik black metal di Malaysia lebih memfokuskan kepada eastern black metal, iaitu satu genre black metal yang popular di kawasan negara-negara Asia seperti Jepun, Thailand dan indonesia. Jadi, kalau korang tengok, ada kumpulan black metal yang akan mengenakan imej kemelayuan seperti memakai baju Melayu atau lirik lagu mereka lebih mementingkan elemen Nusantara.
yup, malaysia lebih fokus kepada eastern black metal. Imej dari giphy.
Kejatuhan Muzik black metal disebabkan kes yang berlaku di Kedah pada 2001
Sampai keluar surat khabar. Imej dari Sengal Paranormal Team.
Pada tahun 2001, muzik metal mula mendapat kecaman dari media arus perdana apabila ia dikatakan bercanggah dengan ajaran agama Islam. Perkara ini lebih menggemparkan apabila isu black metal di Kedah yang dikatakan membawa pengaruh anti-keagamaan, anti-moral dan seks bebas.
Selepas itu, banyak gig dan konsert metal mula diserbu di seluruh Malaysia. Bukan itu sahaja, penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja juga mula hangat diperdebatkan apabila wakil rakyat Paya Besar dahulu, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman mendedahkan isu tersebut.
Berita tentang metal mula tersebar di dalam surat khabar, tajuk berita mereka juga memberikan persepsi yang buruk terhadap masyarakat. Pada waktu itu mana-mana gig dijalankan pasti akan diserbu walaupun ia bukan black metal. Jika korang pakai baju dan seluar serba hitam walaupun bukan berjiwa black metal, korang juga akan ditangkap oleh polis.
“Zaman itu bukan saja Black Metal, awak buat gig pop yeh yeh pun boleh kena serbu. Awak rambut panjang atau pakai baju mickey mouse warna hitam pun kena sergah dengan penguat kuasa. Kemungkinan mereka ketika itu ditekan, diasak kerana isu ini dan saya percaya mereka hanyalah menjalankan tugas mereka.”- AA, katanya ketika ditemu ramah.
Sebuah keratan akhbar tentang underground scene. Imej dari blog Sarawak Metal Force.
“Amalan dan perbuatan Kumpulan Black Metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu, umat Islam diminta menjauhi kumpulan tersebut kerana perbuatan dan amalan mereka boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam”. – MKI, dipetik dari Jurnal Penyilidikan Islam.
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) telah mengeluarkan fatwa terhadap kumpulan black metal pada 23 Januari 2006. Mereka telah mengklasifikasikan kumpulan black metal sebagai kumpulan yang membawa ajaran sesat.
“Saya takkan nafikan, betul, ada yang anti-agama tetapi untuk genre Black Metal di Malaysia saya boleh kata fahaman anti-agama tidaklah mendapat tempat sangat dikalangan pendengar.” – AA, katanya ketika ditemu ramah.
Kalau korang nak tahu, memang ada segelintir kumpulan black metal di Malaysia mempunyai fahaman anti-agama tetapi ia tidak mendapat tempat dalam kalangan pendengar. Kebanyakkan dari mereka hanya menyampaikan muzik sahaja dan tiada pun unsur-unsur penyembahan, pemujaan atau apa-apa.
Sumber : https://soscili.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku membesar dgn muzik underground ni sume
grunge, blackmetal etc
|
|
|
|
|
|
|
|
yg aku tau vokalis punisher tu bekas vokalis kump bloodshed.last time aku penah baca psl dia..dah lama dah.masa tu balik dari europe ...belanda tak silap.buat bisnes airbrush ke hape benda tah |
|
|
|
|
|
|
| |
|