CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1595|Reply: 5

[Tempatan] RM42 juta macam 'kacang jer' bagi Najib Razak'

[Copy link]
Post time 14-4-2021 04:26 PM | Show all posts |Read mode
'RM42 juta macam 'kacang jer' bagi Najib'


NAJIB keluar selepas mahkamah berhenti berehat bagi mendengar rayuan sabitan dan hukuman penjara terhadap beliau berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah.


Putrajaya: Mahkamah Rayuan di sini hari ini diberitahu dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta yang digunakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak macam 'kacang je' bagi bekas perdana menteri itu.

Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc Datuk V Sithambaram berhujah demikian di hadapan panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam pendengaran rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana penyalahgunaan RM42 juta dana SRC International.

Dua lagi hakim yang menganggotai panel itu ialah Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Sithambaram berhujah (penggunaan) wang sebanyak RM42 juta itu macam 'kacang jer' (mudah diperoleh) bagi perayu (Najib) yang sebelum itu mengambil RM2.6 bilion sumbangan.

"Dalam kes ini, Najib mempunyai kawalan penuh ke atas syarikat (SRC) dan apabila beliau memerlukan wang, beliau mengambilnya. Yang Arif, sebelum itu, beliau telah mengambil RM2.6 bilion, ini hanyalah 'kacang jer' baginya," kata Sithambaram dengan suara yang tinggi.

Tahun lalu, Najib memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang beliau menerima RM2.6 bilion sumbangan daripada kerabat diraja Arab Saudi antara 2011 dan 2014.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lalu, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun kepada Najib dan memerintahkannya membayar denda RM210 juta setelah mendapati dia bersalah atas tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Sumber : https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2021 04:30 PM | Show all posts
Terlalu banyak kepincangan dalam perjalanan kes SRC ni

isu tandatangan dato subuh dan nik faisal yang didedahkan oleh peguambela
bahawa ianya sebijik serupa untuk lebih daripada 10 surat pun seolah
tak diambilkira

padahal ia bukti wujudnya penipuan tandatangan yang dipercayai dicopy paste pihak
yang buat jahat
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm kacang, agaknya sebab itu dia x sedar ada rm42 juta duit SRC masuk dlm akaun dia.
berbanding rm2,600 juta (2.6billion) yg pernah masuk dlm akaun dia.
jika difikirlan, tiada keperluan pun dia nak curi duit SRC yg ciput tu....duit derma pun x abis dia belanja, pulangkan balik rm2billion.
bodohlah dia jika pulangkan rm2billion duit derma, lepas tu curi rm42juta.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 08:21 PM | Show all posts
duit haram, kacang pun kena sorok. akibatnya:
- cukai tak bayar
- zakat tak bayar
- rasuah sana sini sebab nak pegang duit tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 08:51 PM | Show all posts
rashiman replied at 14-4-2021 05:10 PM
mcm kacang, agaknya sebab itu dia x sedar ada rm42 juta duit SRC masuk dlm akaun dia.
berbanding rm ...

rashiman kau jadi jelah lawyer najib kan senang dulu sekolah belajar srp dapat pangkat jusa c minus main2 dalam kelas dah besar nak jadi lawyer pun kena guna kabel madu friska
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 11:25 AM | Show all posts
ini lah selamo ni...Hamno...kononnya...meke melawan nasib Oreng Melayu...
ado sekor kaldai...kunon bersuaro untuk Ugama Islam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.060973 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list