CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15301|Reply: 127

[Tempatan] 2 pelajar Malaysia dapat masuk Harvard

  [Copy link]
Post time 14-4-2021 11:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 15-4-2021 02:19 PM

Featured By: Attiqah Mohd April 14, 2021 @ 4:32pm
2 Pelajar Malaysia Diterima Masuk Ke Universiti Harvard



Dua orang pelajar Malaysia menjadi inspirasi ramai apabila berjaya diterima masuk ke Universiti Harvard.

Kedua dua pelajar tersebut ialah Jarell Cheong Tze Wen dan Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi yang berasal dari Kuantan, mereka bakal memasuki kelas sarjana bagi tahun 2025.

Difahamkan, kedua-dua pelajar ini mempunyai latar belakang pendidikan sekolah menengah harian, Jarell menamatkan SPM dan A-Level di SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur dan Sunway College, Petaling Jaya manakala Hamdi merupakan lulusan SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur sebelum beralih ke A-Level di Kolej Tuanku Ja’afar sebagai Cendekiawan Bank Negara Kijang.

Menurut, Ketua Penyelidikan Khazanah Nasional Berhad dan penemuduga alumni, Nick Khaw,

“Kisah Hamdi adalah kisah luar biasa yang kami harap dapat memberi inspirasi kepada orang lain. Dia mempunyai pengalaman hidup yang mencabar, termasuk pernah membuat beberapa pekerjaan untuk menolong keluarganya dan masuk ke sekolah berasrama untuk mengurangkan beban keluarganya.

Hamdi merancang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Ekonomi sementara Jarell merancang untuk mengambil jurusan Matematik.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua duanya kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Semoga dengan kejayaan ini menjadi inspirasi buat generasi muda untuk terus berusaha belajar sehingga ke menara gading.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2021 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.. Semoga menjadi insan yg berguna utk negara kelak
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tak forumer alumni harvard?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:25 AM | Show all posts
Oh ada ya camtu. Mesti excel A-Level ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah..
hopefully bank negara taja pelajar yg layak pendapatan isi rumah yg rendah bukan lagi golongan t20 ya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 04:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok bagus lah ramai dah masuk Habad, tapi napa jarum pun kita tak mampu buat?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2021 04:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow hebat tahniah!
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas A Level sambung degree la amende buat master nya. These two are admitted to Harvard College, which is Harvard’s undergraduate school.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Attiqah Mohd, org abis degree 4 flat pon lom tentu leh sambung masters kat harvard apatah lagi yg baru abis A Level..  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Difahamkan, kedua-dua pelajar ini mempunyai latar belakang pendidikan sekolah menengah harian,

Difahamkan? Apa yang ko faham. Sejak bila pulak Sek Men Sains Alam Shah tu sekolah harian?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruk btl wartawan. Sekolah alam shah dikatanya sekolah harian... Adoiii.. sengal tu simpan sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Masuk Harvard mengharumkan nama negara? Agak2 lah wartawan ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 07:42 AM | Show all posts
tahniah walaupun Harvard’s undergraduate school
dua2 buat terbaik
lebih2 lagi Hamdi semoga pengorbanan membuahkan hasil
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 15-4-2021 07:35 AM
Difahamkan, kedua-dua pelajar ini mempunyai latar belakang pendidikan sekolah menengah harian,

Di ...

Mmg kelaut dalam pemahaman dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
jojie replied at 15-4-2021 01:33 AM
Tahniah..
hopefully bank negara taja pelajar yg layak pendapatan isi rumah yg rendah bukan lagi go ...

Ini program untuk pick yang terbaik dari yang terbaik bukan program khidmat masyarakat. Jgn kusut kan dgn retorik t20 b40 semua tu. Guna platform lain lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 09:02 AM | Show all posts
Delifrance replied at 15-4-2021 07:44 AM
Mmg kelaut dalam pemahaman dia

pagi2 dh membebel
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangganya baca....alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 14-4-2021 03:39 PM
Masuk Harvard mengharumkan nama negara? Agak2 lah wartawan ni

Adik ini boleh harum kan nama negara if dia ambil option math 55 di harvard... Tidak pernah dengar malaysian harvard graduate jadi 55ers... 55ers ada league tersendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 09:15 AM | Show all posts
Nak dapat masuk Harvard ni bukan sekadar akademik saja sebab yang apply semua memang academically outstanding. Yang apply 57,435 orang tapi yang dapat masuk hanya 1,968 orang jer.
Memang outstanding 2 orang ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.088726 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list