CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] 2 pelajar Malaysia dapat masuk Harvard

  [Copy link]
Post time 15-4-2021 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Aikiko replied at 15-4-2021 12:19 PM
Tapi, tapi, tapi ikut ranking skang Harvard sudah dipotong sama MIT
Tak taulah ada dok any Msian yg ...

Boss aku dulu product MIT.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak anak2 ahli politaik masuk harvard tapi bukan sebagai student undergrad meh
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 03:08 PM | Show all posts
sfrnna replied at 15-4-2021 02:13 PM
Tahniah. Budak2 US nak masuk harvard siap buat gap year lagi, buat humanitarian activity bagai baru  ...

Anak sis bercita2 nak masuk MIT.. tahun ni form 4.. tapi baru2 ni test Chemistry pun dapat C+.. cakap dgn dia mcm mana nak masuk MIT result mcm ni.. huhu.. Sis doakan yg terbaik saja untuk dia..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 15-4-2021 07:45 AM
Ini program untuk pick yang terbaik dari yang terbaik bukan program khidmat masyarakat. Jgn kusut  ...

Kan. Nanti lepas gesa suruh pilih b40 m40, sebok pulak suruh pilih lebih ramai melayu. Bila tak diikuti akan dituduh tak bantu melayu, nak nak pulak kalau yg.berkuasa masa tu gomen PH. .
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 15-4-2021 07:39 AM
Masuk Harvard mengharumkan nama negara? Agak2 lah wartawan ni

Wartawan mulayu, wat du yu ekspek
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
tompie replied at 15-4-2021 11:02 AM
Tahniah..

Nak masuk Harvard ni especially from outside US bukannye boleh nak sogok, guna kabel. T ...

Ada dulu academic scandal anak cast desperate housewife sogok nak masuk top uni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2021 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Aikiko replied at 15-4-2021 12:19 PM
Tapi, tapi, tapi ikut ranking skang Harvard sudah dipotong sama MIT
Tak taulah ada dok any Msian yg ...

Lecture iols dulu duk seloroh heols kata MIT tu bukan MARA Institute of Technology tau.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
MinahKarat replied at 15-4-2021 03:08 PM
Anak sis bercita2 nak masuk MIT.. tahun ni form 4.. tapi baru2 ni test Chemistry pun dapat C+.. ca ...

Aim high takpa sis. Kawan Meols dulu SPM 3A ja. Masuk matrik jadi top student 4flat. Jadi engineer dah kawan tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 15-4-2021 02:25 PM
Boss aku dulu product MIT.

Oo...bos hang musti genius
Skang plak bos grad dari mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2021 03:27 PM | Show all posts
'Tak sangka masuk Universiti Harvard bersama'
Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Dua tahun lalu, mereka pernah bersuai kenal ketika mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kini, mereka sekali lagi berkongsi kegembiraan apabila berjaya diterima masuk ke Universiti Harvard di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS).

Itulah takdir indah dua anak muda ini yang mengharumkan nama Malaysia apabila bakal melanjutkan pengajian di universiti terbaik dunia itu, Ogos ini.

Menurut Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi, 20, walaupun tidak kenal rapat, namun dia dan Jarell Cheong Tze Wen,20, pernah bertukar nombor telefon dan berkenalan di PPD Kuala Lumpur, pada 2019.

"Saya bersyukur penat lelah selama ini berbaloi. Malah, tidak sangka saya dan Jarell dapat masuk universiti sama.

"Jadi, saya agak bersemangat kerana ada rakan senegara yang akan melanjutkan pengajian di tempat sama, malah kami bercadang akan berlepas ke AS bersama," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, dia menganggap kejayaan melanjutkan pengajian ke universiti terbabit satu amanah dan tanggungjawab berat yang perlu digalas.

"Mula-mula dapat tahu berita ini melalui emel Januari lalu, saya rasa macam tak percaya tetapi apabila difikirkan semula, ia satu amanah dan tanggungjawab berat yang harus saya pikul.

"Saya tekad akan gunakan peluang ini untuk belajar dengan tekun dan menyumbang semula kepada masyarakat dan negara dalam bidang ekonomi.

"Saya harap pelajar di luar sana jangan cepat berputus asa dan tempuh apa jua cabaran dengan sabar kerana pada akhirnya nanti pasti ada lebih baik untuk kita," katanya yang menerima biasiswa daripada Bank Negara Malaysia.

Sementara itu, bagi Jarell pula peluang melanjutkan pengajian di universiti terbabit akan digunakan sebaik mungkin untuk meraih impiannya dalam profesion kewangan.

"Sebenarnya saya juga diterima masuk ke universiti lain di AS dan United Kingdom, tetapi saya memilih Universiti Harvard kerana program di universiti itu sangat bagus dan mencabar.

"Bukan semua orang dapat masuk universiti ini, jadi saya akan gunakan peluang itu untuk cabar diri saya buat perkara paling susah.

"Walaupun sukar, saya akan cuba buat terbaik kerana universiti itu tempat terbaik untuk belajar Matematik," katanya.

Katanya, dia kini sedang mencari biasiswa bagi membiayai yuran pengajiannya selama empat tahun di universiti terbabit.

Muhammad Hamdi adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah dan kini mengambil A-Level di Kolej Tuanku Ja'afar, Mantin, Negeri Sembilan, manakala Jarell pula bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara.

Mereka berdua antara 1,968 pemohon bertuah dan berjaya melepasi kelayakan ketat daripada 57,435 permohonan seluruh dunia.

Disiarkan pada: April 15, 2021 @ 3:11pm
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 15-4-2021 03:16 PM
Lecture iols dulu duk seloroh heols kata MIT tu bukan MARA Institute of Technology tau.

Hang boleh kasi idea bernas kat pihak mara...kan3 utk anak bangsa kita jgak
Bagi yg xtau MIT sila tanya Encik G
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 15-4-2021 07:35 AM
Difahamkan, kedua-dua pelajar ini mempunyai latar belakang pendidikan sekolah menengah harian,

Di ...

Sape ler reporter nya ..level tahap apa
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
CoolSurfer replied at 15-4-2021 09:15 AM
Nak dapat masuk Harvard ni bukan sekadar akademik saja sebab yang apply semua memang academically ou ...

Teringat k drama sky Castle... bangga giler bapak anak masuk harvard
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 15-4-2021 07:35 AM
Difahamkan, kedua-dua pelajar ini mempunyai latar belakang pendidikan sekolah menengah harian,

Di ...

Reporter tu x taip sek men harian Biasa.kire betul la tu apa yg dia taip.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah, seronoknya lahai org tua dorang ni anak pandai2 moga terus sukses
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 15-4-2021 03:45 PM
Teringat k drama sky Castle... bangga giler bapak anak masuk harvard

rupanya anak tipu tapi kesian kan, hampa betul bapak dia masa tau tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus tu dik..syabas
jgn jadi mcm budak2 Vanderbilt Uni
blk msia join MLM jual bende2 mengarut
tp kemain bangga cite dh resign jd engineer masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 15-4-2021 03:45 PM
Teringat k drama sky Castle... bangga giler bapak anak masuk harvard

masuk SKY pon bangga sangat sangat dah apatah lagi harvard.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah baca kt tred lama psl havard ni
katanya bukan stakat result exam je kene score
tp apa yg diorg tengok pd candidates ialah what is your passion..apa yg buatkan ko interested sgt dgn your passion bagai and how u execute your idea/plan to ensure you achieve your dream passion bagai segala jadah tu sume la
so candidates yg minat dgn keje2 humanitarian, ada idea innovation utk change the norm etc etc opkozzz diterima masuk
ala2 rare breed la konsepnya
yg iols tahu Wan Nadiah, now CEO Thomson Hospital,Kota Damansara tu
muda lg Nadiah ni..alumni havard
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa kot.. harvard nii.
Balik Mesia.. highly educated final idea@keputusan tak dapat guna ponn.. semua keputusan bergantung pd org politik jua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.082077 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list