CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] 2 pelajar Malaysia dapat masuk Harvard

  [Copy link]
Post time 15-4-2021 05:23 PM | Show all posts
sebenarnya raja katak  politik Malaysia pun graduan harvard juga.

sabahan mari  sekarang sudah jadi timbalan menteri tebuk atap


cc.
@chazey
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
juruterra replied at 15-4-2021 11:39 AM
kan..tak abis2 B40 T20... T20 pun setakat makan gaji xkn mampu hantar anak ke harvard so kalau bdk ...

Fuyooo.. hebat!
Nanti bila nampak reality jgn bising ya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 15-4-2021 07:45 AM
Ini program untuk pick yang terbaik dari yang terbaik bukan program khidmat masyarakat. Jgn kusut  ...

So u jelah blh guna platorm ni ..
Biarla mmg btul pon..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Outstanding achievement.... Harap graduate dgn jayanya and menabur bakti pada negara
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahiah semoga maju jaya di masa depan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahiah, semoga maju jaya di masa depan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-4-2021 06:42 PM | Show all posts
Agong bangga dua pelajar Malaysia dipilih ke Harvard College
Diterbitkan 15 Apr 2021, 6:36 pm

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar muda Malaysia atas kejayaan dipilih dan diterima masuk ke Harvard College di Amerika Syarikat, sekolah sarjana bagi Harvard University yang terkemuka dan antara terulung di dunia.

Dua pelajar berkenaan ialah anak kelahiran Kuantan, Pahang, Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi dan Jarell Cheong Tze Wen dari Kuala Lumpur yang bakal memasuki kelas sarjana bagi tahun 2025, dengan masing-masing merancang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Ekonomi dan Matematik.

Seri Paduka turut menzahirkan sukacita dan bangga atas pencapaian cemerlang kedua-dua pelajar berkenaan yang merupakan antara 1,968 pelajar terpilih dan melepasi tahap kelayakan ketat ditetapkan daripada sejumlah 57,435 permohonan dari seluruh dunia.

"Kejayaan kedua-dua belia ini sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.

“Kejayaan ini turut membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di persada antarabangsa," titah Seri Paduka dalam hantaran menerusi akaun Facebook dan Instagram Istana Negara hari ini.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan semoga kejayaan mereka berdua menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya belia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.

Seri Paduka juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Muhammad Hamdi dan Jarell serta mendoakan semoga mereka dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan dan terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa pada masa hadapan.

Kedua-dua pelajar cemerlang itu adalah produk sistem pendidikan kebangsaan dengan Muhammad Hamdi merupakan lulusan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur sebelum beralih ke A-Level di Kolej Tuanku Ja’afar di Negeri Sembilan sebagai Cendekiawan Bank Negara Kijang.

Sementara, Jarell menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia dan A-Level di Sekolah Menengah Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur dan Sunway College, Petaling Jaya.

Selain kehebatan dalam bidang akademik, Jarell juga pernah mewakili Malaysia pada Sukan SEA 2019 dalam acara Dancesport, bertanding di Olimpik Matematik Pasifik Asia dan bersaing dalam kejohanan catur antarabangsa.

Sementara, Muhammad Hamdi merupakan seorang pendebat yang juga telah memberikan tuisyen kepada pelajar sekolah menengah dengan sering membincangkan pandangan dunia dan pendapatnya mengenai isu masa kini.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 15-4-2021 06:39 AM
Masuk Harvard mengharumkan nama negara? Agak2 lah wartawan ni

Wartawan bangang fail spm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 15-4-2021 07:45 PM
dauswq replied at 15-4-2021 05:23 PM
sebenarnya raja katak  politik Malaysia pun graduan harvard juga.

sabahan mari  sekarang su ...


Akak zaman bebudak dulu kagum dengan heols kerana walau tinggal di ulu hutan pedalaman, heols dan abangnya mampo blaja sampai peringkat tertiari. Masuk Harvard sumore.

Tapi sekarang heols dah nampak bodoh especially after join gomen abah Yid. Mana entah terbuang segala visi misi heols laungkan dulu. Dah jadik anjing suruhan dok diaaaammmmmm ja sekarang berbanding dolu terutama zaman ai kici2 PBS masih cemerlang, gemilang, terbilang. So dissapointing.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mudah2an tak masuk politik. Rugi blaja tinggi2 ujung2 masuk politik nampak lagik bodoh dari Bung.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 15-4-2021 05:23 PM
sebenarnya raja katak  politik Malaysia pun graduan harvard juga.

sabahan mari  sekarang su ...


Oo..ini mesti si Jeffrey Kitingan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-4-2021 07:43 PM
Akak zaman bebudak dulu kagum dengan heols kerana walau tinggal di ulu hutan pedalaman, heols da ...

Dulu arwah bapa sy cerita pasal latar belakang si gapari ini kan..fuyooh,sampai sy ternganga bah..bangga kan..ada juga anak KDMR yg boleh capai tahap macam dia..tapi skrg.. huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 15-4-2021 04:09 AM
Ok bagus lah ramai dah masuk Habad, tapi napa jarum pun kita tak mampu buat?

Beli is kos epektif then juei

Tu laaa ko tak masyuk habad

Ex gospod
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 08:06 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 15-4-2021 07:43 PM
Akak zaman bebudak dulu kagum dengan heols kerana walau tinggal di ulu hutan pedalaman, heols da ...

jasa dia dpt menyatukan semula star dgn pbs yg bergadoh katenye wlpn bertanding lwn sama sendiri masa prk sabah aritu
sama2 menyokong abahcow

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 08:09 PM | Show all posts
cmf_blanco replied at 15-4-2021 07:54 PM
Oo..ini mesti si Jeffrey Kitingan..

satu dlm seribu
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
selyusi replied at 14-4-2021 10:37 PM
Banyak anak2 ahli politaik masuk harvard tapi bukan sebagai student undergrad meh

Undergrade aka bachelor degree sebab ramai top scorer mahu masuk sana... Saingan banyak... Buat master degree or PhD.... Betul betul yang penuhi requirement specially yang score pointer example 3.8 untuk min requirement sudah kurang competition... Specially ikut yield rate golongan ini wins after all...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blanco replied at 15-4-2021 07:57 PM
Dulu arwah bapa sy cerita pasal latar belakang si gapari ini kan..fuyooh,sampai sy ternganga bah.. ...

Ads sturang cikgu tempat sy, pengikut setia si Gapari. Macam2 dia cerita pasal peribadi si Gapari. Sudah la gonduon, kuat main ilmu hitam lagi. Ni urang ah, walaupun belajar sampai Harvard, memang tidak bulih pakai la. Mohon urang muda tolak Gapari.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm circle.ai, bersepah2 yg kat ivy league.. tp xde satu pun yg mai dr harvard atau cambridge ni... agak2nya mcm manalah hebatnya mereka ye.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 15-4-2021 08:06 PM
jasa dia dpt menyatukan semula star dgn pbs yg bergadoh katenye wlpn bertanding lwn sama sendiri m ...

Membongak ja suma ummah politik Sabah ni, Daus. If mati sekor2 pun they will not be missed.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah untuk adik2 ni.
Semoga terus berjaya.

Takziah utk reporter.
Sila belajar lagi tulis artikel yg baik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.168358 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list