|
[Tempatan]
2 pelajar Malaysia dapat masuk Harvard
[Copy link]
|
|
Kerexxx replied at 15-4-2021 04:23 AM
Dlm circle.ai, bersepah2 yg kat ivy league.. tp xde satu pun yg mai dr harvard atau cambridge ni... ...
Najib doter tidak hebat kah sis?... |
|
|
|
|
|
|
|
anak najib yg pmpn tu grad Harvard ek? ke mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Abang ipar aku MIT grad.Double degree in comp science & electrical engineering.Husband aku try apply MIT tapi tak dapat dia dapat georgia tech,top engineering school jugak di US.
Macam harvard,top law school. Wharton UPenn famous for business school.
Lepas grad,abang ipar aku sambung PhD di cambridge tapi silap pilih supervisor.Dapat supervisor yahudi,dia failkan bro in law aku tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah! Tumpang gembira. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 15-4-2021 07:39 AM
Masuk Harvard mengharumkan nama negara? Agak2 lah wartawan ni
Hahahhaha bangang wartawan ni. Dia ingat budak berdua ni je ke yg masuk harvard ni nnt? Tahun ni ada je malaysian yg sambung ke harvard sana, cuma tak keluar paper je. Sila banyakkan membaca wartawan oiiii. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 15-4-2021 04:51 PM
bagus tu dik..syabas
jgn jadi mcm budak2 Vanderbilt Uni
blk msia join MLM jual bende2 mengarut ; ...
Awal tahun ni ada kan lepasan mrsm & vanderbilt yg buat cheesekut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Congratsss. .. moga dpt mengharumkan nama negara, terbaekkk |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah.
Semoga terus cemerlang. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun lps ada sorg chinese girl ngn lelaki melayu jugak kan msuk harvard ni utk 2024.. Masa tahun 2013 dulu sorg chinese girl dpt masuk setelah sekian lama harvard x terima student dri Msia.. That girl keje kt Microsoft x silap.. Rmai dok risau sbb xde yg layak nk msuk sne sampai ada pertikai sistem pendidikan Msia ni smua.. Now 2 tahun berturut turut ada 2 students dri Msia dpt masuk.. Congrats to both of them! |
|
|
|
|
|
|
|
Delifrance replied at 15-4-2021 10:20 AM
Class of 2025 maknanya abis tahun 2025. Ko jgn caya tajuk thread dan article budak attiqah mohd ni ...
Bukan ke class of 2025 tu mksudnya admit thun 2025?aku dlu masa amik dgree batch kitorang digelar class of 2010/2011 meaning ikut tahun admitted..tak tahu la harvard ni sistem lain ngn malaysia kot..iollss msuk local uni jurhh |
|
|
|
|
|
|
|
Delifrance replied at 15-4-2021 07:28 AM
Attiqah Mohd, org abis degree 4 flat pon lom tentu leh sambung masters kat harvard apatah lagi yg ba ...
Tu aku duk pelik
Wartawan pon tak ketahuan hala ke apa?
Sarjana mudakot dia bantai pi tulis sarjana |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Delifrance at 16-4-2021 05:41 AM
mamajawie replied at 16-4-2021 12:34 AM
Bukan ke class of 2025 tu mksudnya admit thun 2025?aku dlu masa amik dgree batch kitorang digelar ...
Nope. It is the year you are set to graduate. Kalau ikut amerika la. Mereka siap2 set target gitu supaya students tak merapu n tak extend gamaknya heh heh.
Ni contoh-
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 15-4-2021 10:30 PM
Awal tahun ni ada kan lepasan mrsm & vanderbilt yg buat cheesekut.
diorang mmg quit job or job seeker ms tu?
if quitting job utk buat ciskut, baik enrol to kelas kulinari lokal jah
ni dah la guna duit scholarship,dah cantas peluang org lain yg betul2 serius nak keje dlm bidang yg dia belajar esp in engineering and tech |
|
|
|
|
|
|
|
apa maksud u tak faham, sorry paacik slow sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
Fly_over replied at 15-4-2021 08:36 PM
anak najib yg pmpn tu grad Harvard ek? ke mana?
Georgetown. Best gak uni nih |
|
|
|
|
|
|
|
Delifrance replied at 16-4-2021 05:34 AM
Nope. It is the year you are set to graduate. Kalau ikut amerika la. Mereka siap2 set target git ...
I see..btul la cm batch iollss pun ada gak trlajak konvo sbab kne extend..thanks for pencerahan |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu mahu bekerja, kini bakal ke Harvard College
NURHIDAYAH HAIROM | | 16 April 2021
KUALA LUMPUR - Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Shah Alam, Selangor, Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi, 20, tidak menyangka diterima menyambung pengajian di Harvard College, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS).
Muhammad Hamdi mengakui pernah terfikir untuk terus bekerja sebaik sahaja tamat Tingkatan Lima namun hasrat itu dipadamkan selepas mendapat pendedahan mengenai peluang menyambung pelajaran melalui biasiswa.
Menurutnya, peluang belajar di Sekolah Menengah Sains Shah Alam, Selangor sejak Tingkatan Empat menjadikannya menyimpan impian untuk menyambung pengajian ke luar negara.
“Saya seorang yang tidak akan mensia-siakan peluang yang ada. Jadi apabila Bank Negara memberi peluang untuk menghantar permohonan (biasiswa) saya nekad mencuba nasib.
“Saya juga tidak pernah terfikir untuk ke Amerika Syarikat (AS) kerana program yang ditawarkan oleh Bank Negara adalah ke United Kingdom. Bagaimanapun, selepas meneliti peluang yang ada, saya memohon untuk ke AS,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Muhammad Hamdi yang berasal dari Pahang memberitahu, walaupun membesar dalam keluarga B40 tidak menjadi penghalang untuknya mencapai kejayaan dan bersyukur kerana mendapat Biasiswa Kijang, Negara Kijang.
“Ayah saya berniaga sendiri secara kecil-kecilan manakala ibu pula suri rumah. Pada saya paling penting ialah menjaga akhlak. Saya sentiasa ingat bahawa ilmu itu cahaya, ia tak datang pada orang yang berbuat dosa.
“Saya juga gemar mengajar orang lain sebagai satu kaedah untuk saya mudah mengingati,” katanya yang bakal melanjutkan pengajian dalam bidang ekonomi.
Seorang lagi pelajar, Jarell Cheong Tze Wen, berkata, dia bercita-cita menyambung pengajian peringkat tertinggi di mana-mana universiti terkemuka dunia ketika berumur tujuh tahun lagi.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur dan Kolej Sunway, Petaling Jaya dalam A-Level itu berkata, dia berusaha keras untuk memperoleh keputusan yang cemerlang.
“Saya pernah menghadiri majlis graduasi bapa saudara yang memperoleh PhD dari Universiti Cambridge, United Kingdom. Jadi sejak itu saya bercita-cita menyambung pengajian di universiti seumpamanya," katanya.
Menurut Jarell, kaedah belajar bukan sekadar membaca buku. Jadi saya suka mencipta soalan sendiri dan membuat latihan dengan lebih kerap,” katanya yang akan menyambung pengajian dalam bidang Matematik.
Muhammad Hamdi dan Jarell adalah antara dua daripada 1,968 pelajar yang diterima memasuki Harvard College untuk Kelas 2025 daripada 57,435 pemohon.
Harvard College merupakan sekolah sarjana muda Universiti Harvard iaitu satu institusi pendidikan tinggi terkemuka di dunia.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar muda tersebut pada Khamis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by asmurai at 17-4-2021 06:02 AM
jojie replied at 15-4-2021 01:33 AM
Tahniah..
hopefully bank negara taja pelajar yg layak pendapatan isi rumah yg rendah bukan lagi go ...
Bagitahu kat University Harvard je lah terus, takpun suruh kerajaan Amerika je lagi senang, suruh diaorang sponsor 50% drp kuota kemasukan diaorang untk B40. (sila baca dengan nada sarkastik). Amerika kan banyak duit mesti tak heran kalau mintak sponsor separuh student harvard daripada golongan B40. |
|
|
|
|
|
|
|
asmurai replied at 17-4-2021 06:00 AM
Bagitahu kat University Harvard je lah terus, takpun suruh kerajaan Amerika je lagi senang, suru ...
Ok nanti i suruh ya...
|
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 15-4-2021 09:55 AM
masa zaman iols dulu anak T20 yang dapat...huhu
Hmm mmg pon.. Byk je anak pendapatan rendah yg layak blh dapat tapi nak cakap lebih2 kang emo pula setengah forumer kat sini.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|