CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5239|Reply: 36

[Politik] Civil War:Marina bidas Ronnie, DAP adalah hak semua anak Malaysia

  [Copy link]
Post time 15-4-2021 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SETIAUSAHA Publisiti Wanita DAP Johor Marina Ibrahim mengingatkan Anggota Jawatankuasa Pusat DAP, Ronnie Liu bahawa DAP adalah hak semua rakyat Malaysia.

Beliau menegaskan orang Cina tidak akan hilang identiti kecinaan hanya kerana makin ramai orang bukan Cina menyertai parti itu.

Begitu juga dengan orang Melayu yang tidak akan kehilangan identiti bangsanya hanya kerana mereka menganggotai DAP.

Marina membidas ucapan Ronnie pada majlis pelancaran buku veteran DAP Liew Ah Kim di Klang bahawa DAP tidak perlu mencairkan kecinaannya hanya kerana kritikan daripada musuh politik parti itu.


“Pemimpin DAP seperti Ronnie kena sedar bahawa Cina tidak akan hilang kecinaan hanya kerana makin ramai rakan berbilang bangsa yang masuk dalam parti ini. DAP parti berbilang bangsa seperti mana Melayu yang tidak akan hilang kemelayuan jika teguh berdiri di dalam DAP.

"Saya percaya, pemimpin Cina juga menghadapi politik pengapian dan tohmahan yang dimainkan pihak tertentu seperti MCA. ‘DAP tak mampu jaga orang Cina, peruntukan kepada Melayu lebih, dalam Melayu pula sibuk canang DAP hanya jaga kebajikan orang Cina’ walhal kita semua tahu kewujudan kita sebagai parti berbilang bangsa adalah untuk menjaga hak semua kaum,” kata Marina.

Menurut beliau, sebagai pemimpin mereka perlu menggalas tugas untuk menerangkan dan bukan mengikut rentak menghasut.

Marina percaya pemimpin pelbagai bangsa dalam DAP turut mengalami kesukaran seperti mana pemimpin Melayu dalam parti itu yang dipulaukan oleh jiran dan keluarga serta dimaki dan dihina ketika menyampaikan perjuangan DAP.

Tambah beliau lagi, perpaduan dan persefahaman kaum adalah sesuatu yang perlu dididik dan dipupuk bukan melalui pemisahan bangsa.

“Berpuluh tahun kita semua terpisah dengan politik buruk perkauman yang sering di mainkan untuk kepentingan pihak tertentu,ini masanya kita semua berusaha untuk sediakan Malaysia yang lebih baik pada masa akan datang

Cina kena fahamkan Cina. Melayu kena fahamkan Melayu. India kena fahamkan India. Bukan termakan dengan agenda hasutan pemisahan pihak tertentu.

“Seperti mana saya percaya Islam itu universal, tiada pemisahan kaum bagi setiap penganutnya. Saya juga percaya politik juga harus sebegitu. DAP adalah hak semua anak Malaysia,” tegasnya.

Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek sebelum ini dilaporkan berkata, parti itu tidak boleh dibataskan hanya untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.

“DAP adalah parti pelbagai kaum. Parti ini tidak perlu mencairkan kecinaannya hanya kerana kritikan daripada musuh politik kita.

“Kita harus memelihara budaya parti, serta semangat perlembagaan parti, perjuangan politik pluralistik dan demokratik.

“DAP adalah untuk semua rakyat Malaysia. Kita perlu bekerjasama dengan parti-parti Melayu yang lain, tetapi kita tidak boleh menjatuhkan maruah atau menggambarkan diri kita sebagai parti bukan Cina.

“Kamu tidak akan mendapat sokongan orang Melayu dengan pendekatan ini,” kata Ronnie seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 08:00 AM | Show all posts
actiiiooonnnnnnn.....cuuttt!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 08:05 AM | Show all posts
marina ni cantikkk.. meols follow fb sheols..  
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ronnie ni orang lama pemikiran lama. Geng2 atuk, Zahid, abahcow. They are all 'right' - for their time.

Malaysia dah berubah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak ada kaitan dgn aku..

Pergi mampos la sekor2 nak gaduh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 15-4-2021 08:08 AM
Ronnie ni orang lama pemikiran lama. Geng2 atuk, Zahid, abahcow. They are all 'right' - for their ti ...

Mesia will never berubah!

Mesian berak tak flush! Disgusting!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2021 08:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 15-4-2021 08:43 AM
Mesia will never berubah!

Mesian berak tak flush! Disgusting!

That part will never change aji. Selet tetap selet. Kena redha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawa2 sungguh perempuan Melayu yg join DAP...yg kawin baru ni pun lawa...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 15-4-2021 08:45 AM
That part will never change aji. Selet tetap selet. Kena redha.

Bukan selet laaa...hangpa salu melepas kat public pastu tak flush..eeeiii

Terapung je mcm kapal selam

Kita ni pengotor..ramai pengotoq n it begins in our MIND..tu yg politik pun kotor..polis pun kotor rasuah..emphasise bab bersih dlm konteks islam yg indepth tadak penah cite..balik2 ceramah telan mani suami..booooodoh nya manusia



Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 09:15 AM | Show all posts
gorgeous lady, Marina
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Marina ni attention seeker gak. Selalu tgk kat page amran fans dengan komen2 tah apa2
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama apo pulak ni? Udah2 la tu, cina tak ramai, kalu bergaduh sesama sendiri sapa nak jaga kita huhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:55 PM | Show all posts
sarah82 replied at 15-4-2021 08:41 AM
Tak ada kaitan dgn aku..

Pergi mampos la sekor2 nak gaduh.

ofkos lah takde kaitan

dia gorgeous. Ang?


Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Punat_button replied at 15-4-2021 12:55 PM
ofkos lah takde kaitan

dia gorgeous. Ang?

Aku x pernah kisah pun dia gorgeous ka.. Tak.. Dan aku juga tak pernah mengaku pun gorgeous.. Jadi sakit hati?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:58 PM | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 15-4-2021 08:53 AM
Bukan selet laaa...hangpa salu melepas kat public pastu tak flush..eeeiii

Terapung je mcm kapal ...

pengotoq tapi perasan paling bersih terbersih sebab qubul dan dubur sentiasa ready for action. tak caya tanya rajamoney


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
cun gak ye marina ni
antara DAP lain yg cun ialah Jamaliah (ADUN Bandar Utama)
dah la cun, cerdik lak tu bila berbahas and articulate issues
tp akak will never ever vote DAP
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 01:01 PM | Show all posts
sarah82 replied at 15-4-2021 12:57 PM
Aku x pernah kisah pun dia gorgeous ka.. Tak.. Dan aku juga tak pernah mengaku pun gorgeous.. Jadi ...

bistu kenapa perlu kata takde kaitan?

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 15-4-2021 09:15 AM
gorgeous lady, Marina

Marina masumoto ka..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Punat_button replied at 15-4-2021 01:01 PM
bistu kenapa perlu kata takde kaitan?

Ye la.. Bukan aku sokong DAP.. Jadi apa kaitan dgn aku sesama depa bergaduh.. Makan popcorn garret lagi ada la..

Dan ni semua wayang.. Acah2 nak nampak DAPIG bukan parti kecinaan..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.077753 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list