CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8867|Reply: 73

[Tempatan] Edisi sebak sayu-Ebit Lew 'borong' juadah, bantu peniaga bazar Ramadan

  [Copy link]
Post time 15-4-2021 11:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 15-4-2021 11:02 AM

Ebit Lew 'borong' juadah, bantu peniaga bazar Ramadan

KUALA LUMPUR - Simpati melihat kejadian menimpa para peniaga bazar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju, di sini yang mengalami kerugian akibat hujan dan angin kencang mendorong penceramah terkenal, Ebit Lew tampil menghulurkan sumbangan kepada golongan terjejas.

Beliau berasa sayu sebaik melihat kejadian tidak diduga menimpa para peniaga yang pertama kali berniaga pada Ramadan kali ini terutama peniaga yong tau fu, Fatin Amalina Zulkifli, 29, bersama ibu dan adiknya di mana aksi mereka sedang mengutip jualan yang jatuh di atas jalan dalam keadaan hujan tular hingga mengundang simpati warganet.

"Sebak sayu rasa hati bila tengok khemah makcik jual yong tau fu di Wangsa Maju runtuh rosak diterbangkan angin waktu hujan ribut kuat semalam.

"Baru hari pertama berniaga. Semuanya rosak. Dekat RM800 juga semuanya modal. Berat ujian mereka. Di sinilah rezeki dan harapan mereka. Ujian mereka," ujarnya dalam status di Facebook rasminya pada Rabu.

Katanya, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian terbabit, beliau bergegas ke lokasi dan membeli sebanyak tujuh khemah untuk disumbangkan kepada tujuh peniaga yang tidak memiliki khemah termasuk memberi wang perbelanjaan buat mereka.

"Betapa besar harapan seorang peniaga menanti bazar Ramadan ini. Dengan nak dapat tapak. Ramai yang nak masuk. Dengan keadaan Covid-19 sekarang. Allahuakbar. "Bila saya beri sedikit duit tadi wajah makcik berubah sebak sayu je. Ucap terima kasih. Gembira rasa dapat melihat beberapa peniaga gembira hari ini," katanya.

Dalam pada itu, Ebit Lew juga 'memborong' juadah berbuka puasa bagi membantu para peniaga ekoran kekurangan pelanggan disebabkan bencana alam itu.

"Musim hujan sekarang. Agak kurang orang membeli. Tengok makanan banyak rasa sedih. Tapi kata peniaga di sini. Beginilah ustaz cari rezeki. Adat berniaga.

Insya-ALLAH sekejap lagi ramai datang membeli. Allahuakbar. "Berapalah sangat untung mereka. Tapi demi rezeki halal. Bagi kita mungkin sedikit tetapi bagi peniaga 50 sen itu rezeki buat mereka. Saya doakan ALLAH berkatkan dan mudahkan buat semua peniaga bazar Ramadan dan pasar malam di seluruh Malaysia," katanya.

Pada Selasa, tular video berdurasi 41 saat memaparkan Fatin bersama ibu dan adiknya sedang mengutip jualan yang jatuh di atas jalan dalam keadaan hujan.

Fatin Amalina berkata, dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, dia mengalami kerugian kira-kira RM800 melibatkan jualan makanan yong tau fu yang rosak dan terpaksa dibuang selain khemah niaganya patah.

Bagaimanapun mereka sekeluarga menganggap insiden itu sebagai ujian di hari pertama berniaga pada bulan Ramadan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... niaga-bazar-Ramadan

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ada perkataan ‘sebak’, ‘sayu’. Why?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:16 PM | Show all posts
dh tu yg dia rasa.suka atila dia nk tulis

lainla ko, ati tk pnah sayu tgk org susah, fakir miskin susah, ank2 yatim susah,  puak2 lgbt yg nk tobat, ada ko nk dekati?, ade ko rasa sayu, sebak bagai?
sebab tu org cm ko jarang bantu org miskin pstu jadi heran bila org rasa cmtu

bangang punya posting....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:18 PM | Show all posts
bila dia balik dr aprika?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:25 PM | Show all posts
renko replied at 15-4-2021 12:18 PM
bila dia balik dr aprika?

Last week...

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:44 PM | Show all posts

kuarantin wajib sekarang bape hari?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2021 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih weh. Meols yg tengok video tu pun rasa sebak je diorg dok kutip makanan dalam hujan. Yang lain2 dok sebuk merakam. Walaupun x berapa suka EL tp respek la dia terus turun padang jumpa diorg.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok..tu je iollss nak komen
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang kutip tu basuh jual balik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 15-4-2021 12:16 PM
dh tu yg dia rasa.suka atila dia nk tulis

lainla ko, ati tk pnah sayu tgk org susah, fakir miskin ...

Hihihi... Kan dah kena...salam ramadan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
shysari replied at 15-4-2021 01:59 PM
Yang kutip tu basuh jual balik ke?


Tak basuh, tapi akan diambil dan seterusnya dibuang. Tanak makanan tu terbiar dipijak2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah sangat ke nak letak mask utk tutup hidung dan mulut???
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 05:02 PM | Show all posts
alhamdulillah UEL x perlu pun nk berforum acah2 pemurah.

terus action.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by missbigrockstar at 15-4-2021 06:10 PM

EL ni tak pernah gembira ka? Sentiasa sedih sebak sayu
Anyway credit to him for helping. Yg ni tak boleh deny
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Mulan at 15-4-2021 06:29 PM
missbigrockstar replied at 15-4-2021 06:08 PM
EL ni tak pernah gembira ka? Sentiasa sedih sebak sayu
Anyway credit to him for hel ...


Ada je masa dia gembira/seronok, tak tulis sebak sayu bagai.

Tgk sini

https://www.instagram.com/p/CLY0uy6FZnI/?igshid=12gn63jpui0g9

https://www.instagram.com/p/CLOarqAlXDc/?igshid=inu0hzp7f0en

2 cth dh cukup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 15-4-2021 12:44 PM
kuarantin wajib sekarang bape hari?

SOP rojak sekarang.. asik tukar2.. tp UEL tulis dulu dia kena kuarantin 10 hari.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 15-4-2021 12:16 PM
dh tu yg dia rasa.suka atila dia nk tulis

lainla ko, ati tk pnah sayu tgk org susah, fakir miskin ...

Bravo batmana.. salam ramadhan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mulan replied at 15-4-2021 06:24 PM
Ada je masa dia gembira/seronok, tak tulis sebak sayu bagai.

Tgk sini

Ok thank you
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru je iols komen pasal acik ni
Lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.564136 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list