“Doakan Saya..” Sedar Diri Jahil, Ifa Raziah Ambil Kesempatan Berlatih Berhijab Di Bulan Ramadan
Pelakon senior dan personaliti TV terkenal, Ifa Raziah mengakui dirinya masih jahil dan tidak sempurna dan tidak kisah jika ada orang di luar sana yang mempersoalkan niat sucinya untuk berhijab di bulan Ramadan.
Dia yang ditemui media baru-baru ini menjelaskan bahawa dia sudah tiga tahun mengamalkan bertudung litup secara sepenuh masa di bulan puasa.
Jelas Ifa Raziah atau nama sebenarnya Saripah Raziah Binti Mustapha,45, dia tidak mahu ketinggalan untuk merebut pahala berganda di bulan mulia ini.
“Kalau kita sedar diri kita jahil, jadi bulan ini untuk kita ambil kesempatan untuk mengumpul banyak pahala. Mungkin bulan sebelum ini, bulan lain jahil, buka-buka, jadi bulan ini memang untuk saya menutup aurat.”
Ifa sebelum ini memang bertudung pada setiap hari Jumaat setiap minggu berkata enggan bersikap hipokrit dalam isu membabitkan agama kerana beranggapan itu urusan dirinya dengan Allah S.W.T.
“Orang selalu cakap, dah elok berubah, berhijab, tiba-tiba dah habis raya habis Syawal, buka balik. Benda ini tak boleh janji dengan manusia, ini antara saya dengan Allah..” ujarnya kepada sebuah portal berita ketika ditemui.
Ujarnya lagi, komitmen kerja turut menjadi sebab dan kekangan buat dirinya untuk tampil berimej muslimah sepenuhnya.
Akhir bicara, Ifa menzahirkan perasaan syukur kerana masih dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan turut memohon doa daripada orang ramai serta peminat agar dirinya dapat menjadi lebih baik dan berhijrah ke arah kebaikan.
Post time 15-4-2021 02:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
masuk dalam cerita dalam kain rambut kenmain oren sunquick (tah mandi hadas ke sah tk ke tu tak tahulah). boring tul retis rentua posing time ramadhan pakai tudung. lepas raya tu kuku berkutex balik pulak....
Post time 16-4-2021 07:47 AMFrom the mobile phone|Show all posts
c===8 replied at 15-4-2021 07:15 PM
Artis2 ni macam bangga pulak ngaku tak pandai pasal ugama sendiri
Terpikir yg sama jugak!bukan ke lahir dlm keluarga muslim bukan convert pun! Tiap2 tahun up crita yg sama! retis nie kadang songeh mcm budak2 baru lepas pmr!
ko ni mualaf ke ipah? atau memang ignorant macam tu semata2 nak sensasi? muka dia dah macam SAW semakin hari semakin pelik.. macam pondan tu definitely, kalau cantik tu haprak! tipu lah kalau nak kata cantik. kalau nak bagi senang faham tu seolah2 macam kalau 'mak ko ijau' tu ada muka, ini lah muka dia
Post time 17-4-2021 12:25 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dia ni tiap tahun asal bulan pose je brtudung..kluar citer bertudung..lama2 nampak mcm syok sendiri weh bulan pose je pkai tudung..nak pujian ler tu..lg sorg mekjurah..beriya..nak pakai tu pakai terusss jelaaa