CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1894|Reply: 1

Mercedes akui Red Bull ada kelebihan

[Copy link]
Post time 15-4-2021 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Mercedes akui Red Bull ada kelebihan


HAMILTON tiba di garisan penamat untuk menjuarai GP Bahrain. FOTO AFP


Imola: Lewis Hamilton dan pasukan Mercedes menjangkakan Max Verstappen dan Red Bull akan kembali bangkit dan memberi cabaran sengit di Grand Prix Emilia Romagna minggu ini.

Selepas bersaing sengit dengan pelumba Belanda itu untuk menjuarai GP Bahrain, juara dunia tujuh kali akui berdepan laluan sukar bagi mengulangi kemenangan di Autodromo Enzo e Dino Ferrari.

Bos pasukan Mercedes, Toto Wolff gembira menyaksikan kemenangan Hamilton pada perlumbaan pembukaan selain dapat menyaingi kepantasan jentera Red Bull musim ini.

"Kami mungkin menang pusingan pertama tetapi tidak boleh anggap ia akan menjadi musim yang mudah," katanya.

"Jentera kami masih kekurangan kelajuan dan Red Bull mempunyai kelebihan ketika ini."

Di Bahrain, Verstappen menduduki petak utama tetapi Hamilton menggabungkan pengalaman dan strategi selain dibantu sedikit kesilapan pelumba Belanda itu untuk meraih kemenangan ke-96 dalam kariernya.

Selain Hamilton, seorang lagi pemandu yang pernah mengecapi kejayaan di Imola ialah juara dunia dua kali, Fernando Alonso yang menyertai pasukan Alpine tahun ini.

Alonso sudah pasti enggan kecewa lagi selepas gagal mendapat sebarang mata di Bahrain. Begitu juga juara empat kali, Sebastian Vettel yang tampil bersama Aston Martin musim ini.

Sumber :https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 05:00 PM | Show all posts
walaupon aku fan mercedes tp aku suka adanya saingan sengit mcm ni
biar last race jadi penentu juara bukannya baki lagi 4 race dah tau sape juara
tp tula F1 ni sape yg berjaya tweak kete tu dulu dia akan dominasi beberapa season
dan aku rasa ham last season ni pastu bersara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.087613 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list