CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2025|Reply: 13

[Dunia] Kes di Thailand semakin meningkat, terbaru 1,543 kes

[Copy link]
Post time 15-4-2021 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Thailand resah, kes COVID-19 tiba-tiba semakin banyak
Agensi
April 15, 2021 15:07 MYT

BANGKOK: Thailand hari ini merekodkan sejumlah 1,543 kes koronavirus baharu, menjadikannya rekod kenaikan paling tinggi sejak pandemik bermula di negara itu, selepas menunjukkan catatan peningkatan sepanjang tempoh seminggu ini.
Reuters melaporkan, bagaimanapun dalam 24 jam terakhir, tiada kematian baharu direkodkan.
Keseluruhan jumlah kes COVID-19 di Negara Gajah Putih itu setakat ini adalah 37,453, dengan angka kematian masih kekal pada 97 orang.

Pihak kerajaan dan rakyat negara itu menyedari bahawa mereka sedang berdepan penularan gelombang ketiga.
Pada Rabu (14 April), sebanyak 1,335 kes COVID-19 citatatkan, dan juga dianggap jumlah yang besar sejak bermulanya pandemik.
Kenaikan angka jangkitan itu direkod menjelang sambutan tahun baharu Songkran, sekali gus memaksa pihak berkuasa mengeluarkan peringatan kepada orang ramai supaya tidak melakukan perjalanan yang tidak penting selain mengurangkan perhimpunan yang ramai.
Semua itu adalah langkah untuk mencegah kemungkinan penularan, termasuk varian B117 yang kali pertama dikesan di Britain.

"Tempoh selepas Songkran adalah waktu yang kritikal untuk mengawal jangkitan, jika tidak kita boleh menyaksikan antara 10,000 hingga 20,000 kes sehari," ujar pegawai kesihatan kanan, Opas Karnkawinpong, yang turut menggalakkan rakyat agar terus bekerja dari rumah selama dua minggu selepas cuti umum tersebut.

Bermula Khamis, pusat beli-belah akan ditutup lebih awal daripada jam 9 malam untuk mencegah kemungkinan penularan, kata kumpulan industri runcit.
Thailand secara umum dapa mengawal penularan koronavirus berbanding negara lain, meskipun program vaksinasi di negara itu berjalan dengan perlahan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 04:43 PM | Show all posts
ai thai pon nk elak PRU ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Org thai takda penyakit kronik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 06:26 PM | Show all posts
lambat thai baru nk wave 3
orang lain semua dah get ready nak wave 4
dah kne marah la tu yg kejar balik
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa ler tu, makin lama orang makin alpa. Tengok contoh negara kita sendiri.

3rd wave ni panjang betul, tak reda lagi. Ntah nak ada berapa wave lagi sebelum habis covid ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha ha..mana pemuja thai yang kununnya sangat berjaya berbanding mesia dalam menangani kobit?? Masuk lubang jamban ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2021 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Thai gov baru nak buka sector pelancongan October ni jadi macam ni pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan convit ni unreal ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg bos i mengadu tadi. Public holiday seminggu Songkran takleh keluar pun main air, kes meningkat punya pasal.
Semuanya sbb kluster kelab malam.
Dah la sana PH nya jarang2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2021 08:16 PM | Show all posts
yg kagum dulu pasal Thailand, pasal India tak byk kes
sure tgh menyorok
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Thai ni dari mula memang bagus. Malaysia gaduh2 pasal pelancong wuhan, mereka dah ambik langkah saring pengunjung malls. Dah lama kes takde, jadi leka. Laluan tikus pun banyak untuk ummah burma.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 15-4-2021 06:26 PM
lambat thai baru nk wave 3
orang lain semua dah get ready nak wave 4
dah kne marah la tu yg kejar  ...

Yela lambat sgt baru terkedek2 ikat tali kasut org lain dh berlari
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 15-4-2021 07:58 PM
Ni yg bos i mengadu tadi. Public holiday seminggu Songkran takleh keluar pun main air, kes meningkat ...

Dengarnya ramai celebs sana positif. Hasil berparti di kelab malam juga kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 01:08 PM | Show all posts
takut betul tngok artis thai sane berparti...sop ke laut...siap berfan meet and greet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.066916 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list