View: 1688|Reply: 1
|
Chris Brown Disaman Pembantu Rumah
[Copy link]
|
|
Penyanyi Chris Brown berdepan tindakan saman daripada bekas pembantu rumahnya, Patricia Avila selepas kakaknya, Maria diserang anjing peliharaannya.
Tuntutan yang difailkan Avila di Mahkamah Tinggi Los Angeles itu mendakwa anjing milik Brown itu menyerang Maria ketika mereka sedang membersihkan rumah penyanyi berusia 31 tahun itu pada 12 Disember tahun lalu.
Menerusi tuntutan itu, Maria mendakwa dia digigit pada bahagian mata, kaki dan mengalami kecederaan teruk di bahagian lengan hingga memerlukan dua pembedahan serta menerima rawatan beberapa hari di hospital.
Sementara itu, Avila menderita tekanan emosi yang teruk termasuk mengalami trauma, kemurungan dan serangan panik.
Foto: Billboard
Dalam tuntutan yang dikemukakan, Brown memelihara beberapa ekor anjing yang diletakkan di tempat selamat, namun pada hari kejadian seekor anjing seberat 45 hingga 90 kilogram berada di halaman belakang.
Ketika Maria ke kawasan itu untuk mengosongkan penyedut hampagas, anjing itu menerkam dan menggigitnya.
Sebaik mendengar jeritan kakaknya, Avila berlari keluar dan mendapati kakaknya berlumuran darah dan meminta pertolongan daripada penyanyi Gimme That itu untuk menghubungi talian kecemasan.
Avila menuntut ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlahnya atas kejadian itu. Tuntutan itu dibuat atas alasan dirinya kehilangan pendapatan kerana tidak dapat bekerja, bayaran kos perubatan, tekanan emosi, kesakitan dan penderitaan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
omputeh ni undang2 depa bagus betul, marhaen pun mampu saman orka. kat sini?ermmm mls cita. |
|
|
|
|
|
|
| |
|