Kredit foto: Facebook Kokong Yee via The Vocket
Pencuri zaman sekarang berani membuat onar di siang hari walaupun di tempat terbuka.
Terbaru, tular pula rakaman video dashcam menunjukkan sebuah Honda City dibawa lari ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat kawasan Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Insiden disedari beberapa pengguna jalan raya lain dan mereka bekerjasama mengejar pencuri tersebut dan membantu pemiliknya mendapatkan semula kenderaan itu. Sekurang-kurangnya empat kereta dilaporkan mengepung kereta berkenaan.
Netizen memuji tindakan pengguna jalan raya lain itu yang sanggup merisikokan kenderaan dan diri mereka bagi menangkap pencuri terbabit.
Malah, mereka menyuarakan rasa kagum dengan keberanian ditunjukkan lelaki yang merakam video kejadian kerana dapat menumpaskan pencuri kereta dengan mudah tanpa sebarang pergaduhan.
Golongan wanita dan mereka yang memiliki kenderaan mewah perlu lebih berhati-hati kerana penjenayah lazimnya mensasarkan dua golongan ini untuk menjadi mangsa samun di lampu isyarat.
Sentiasa berwaspada ya! - CARI |