CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1028|Reply: 1

United menang mudah atasi Granada

[Copy link]
Post time 16-4-2021 02:24 PM | Show all posts |Read mode
United menang mudah atasi Granada


Alex Telles cuba untuk memecah benteng kawalan barisan Granada dalam aksi suku akhir Liga Europa. FOTO EPA


Manchester: Manchester United melangkah ke separuh akhir Liga Europa selepas menewaskan Granada 4-0 secara agregat untuk peluang menyaksikan pertembungan final membabitkan kelab-kelab Inggeris, menentang Arsenal.

Skuad Ole Gunnar Solskjaer melayan kunjungan Granada di Old Trafford dengan kelebihan 2-0 di Sepanyol dan sedar mereka boleh menang jika tidak berdepan dengan masalah.

Gol awal daripada Edinson Cavani yang juga gol pertamanya untuk United sudah cukup memastikan kemenangan di suku akhir itu sebelum Granada menjaringkan gol sendiri di akhir perlawanan.

Granada mempunyai beberapa peluang di kedua-dua babak namun penyudah yang tidak menjadi meletakkan mereka di kedudukan sukar di Old Trafford.

Kali terakhir United memenangi kejohanan itu adalah ketika di bawah kendalian Jose Mourinho pada 2017.

Mereka perlu menang ke atas Roma dalam aksi separuh akhir selepas berdepan empat kekalahan di peringkat itu di bawah kendalian Solskjaer.

"Kami tidak sabar untuk beraksi. Kami kini mara ke separuh akhir. Ia seperti stu pertembungan Eropah yang sebenar kerana Roma adalah kelab yang penuh dengan sejarah. Kami beraksi dengan baik menentang kelab-kelab Itali sebelum ini.

"Kami harap dapat mara ke final. Jika kami dapat menamatkan musim ini dengan trofi kemenangan ia sudah tentu sangat hebat," kata pengendali dari Norway itu.

United hampir pasti akan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tempat kedua, memburu trofi pertama mereka sejak memenangi Liga Europa empat tahun lalu.

Tahun lalu mereka tewas kepada Sevilla dalam kelompok empat terakhir.

Sumber :https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2021 10:39 PM | Show all posts
Mu Panas ni!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.403810 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list