CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1491|Reply: 5

Insiden Azan Maghrib 3 Minit Awal Di Gombak, Mufti Selangor Beri Penjelasan

[Copy link]
Post time 22-4-2021 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Puasa adalah batal dan wajib diganti, begitulah nasihat Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid berhubung insiden sebuah masjid yang tersilap melaungkan azan Maghrib tiga minit lebih awal sebelum waktu yang sebenar, Isnin lalu.


"Batal puasa hari ke-7 (Ramadan) bagi jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib di masjid tersebut dan mereka berbuka serentak dengan seawal azan dikumandangkan.


"uasa hari itu wajib diqada setelah berakhirnya puasa bulan Ramadan ini," katanya kepada mStar ketika dihubungi.


Mohd Tamyes bagaimanapun berkata, puasa tetap sah bagi mereka yang berbuka lewat seminit dari azan Maghrib tersebut kerana ia sudah dikira masuk waktu berdasarkan zon tempatan.


Foto: mStar




"Akan tetapi bagi mereka yang yakin telah berbuka lewat seminit dari azan tersebut dikumandangkan pada hari itu, puasanya tetap sah.


"Ini kerana (zon tempatan) waktu solat Maghrib hari berkenaan di masjid tersebut, dua minit lebih awal dari waktu solat zon bagi daerah-daerah yang termasuk dalam zon satu negeri Selangor," katanya.


Pada Isnin lalu, pihak Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor tersilap melaungkan azan Maghrib tiga minit lebih awal sebelum waktu yang sebenar.


Dalam satu kenyataan rasmi, pihak pentadbir Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak turut memohon maaf atas kesilapan itu.


Menurut Nazir masjid, Wan Nawawi, kesilapan berpunca akibat masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di rumah ibadah itu.


"Assalamualaikum. Saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak memohon maaf atas kesilapan kami melaungkan azan Maghrib tiga minit sebelum masuk waktu sebenar pada hari Isnin, 7 Ramadhan 1442 atau 19 April 2021 disebabkan oleh masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid," katanya.


Ujar beliau, pandangan jumhur ulama menyatakan puasa mereka yang terlibat dalam insiden itu terbatal dan ia perlu diganti semula.


"Jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Al-Khairiyah untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa tuan puan telah terbatal pada hari tersebut dan perlu diganti atau diqada.


"Begitulah pandangan jumhur ulama dalam kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama Hambali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqada.


"Sekali lagi kami mohon maaf dan InsyaAllah perkara sebegini tidak akan berlaku lagi," ujar beliau dalam kenyataan itu.


Terdahulu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya akan merujuk kepada mufti negeri berhubung ketetapan hukum, dan meminta pihak masjid berkenaan untuk memberi laporan penuh susulan kejadian yang berlaku. -CARI


Sumber: mStar Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2021 10:14 AM | Show all posts
xmemasal lah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 12:23 PM | Show all posts
sebab tu i selalu tunggu half azan baru makan..
takut jadi macam ni la..
kadang macam kelakar setengah orang ni..
azan baru sebut allah terus minum..
lapo sangat ke yeop
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya kalo start azan korang dok baca doa bukak puasa,doa makan seminit dah makan masa seminit kot.jd sah posa.tu hikmah baca doa panjang panjang..abahkow doa panjang kat tb korang sinis
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya nak posa ganti
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MarryPottet at 23-4-2021 02:01 AM
prettyuglybabe replied at 22-4-2021 12:23 PM
sebab tu i selalu tunggu half azan baru makan..
takut jadi macam ni la..
kadang macam kelakar sete ...


Sunnahnya begitu
Nabi suruh terus makan sebaik azan dilaungkan untuk membezakan puasa orang Islam & penganut agama lain, dimana mereka akan melengahkan waktu berbuka
Nabi larang umatnya dari mengikut cara puasa penganut agama lain
Sebetulnya dengar je azan berkumandang, baca bismillah dan terus ngap buah2an esp kurma / teguk air yg tidak dimasak (air mineral/filtered)
Doa buka puasa & doa makan patut baca kemudian i e masa nak jamah hidangan utama
Begitulah adab & aturannya sebagaimana yg diperturunkan oleh para ulamak
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.051072 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list