CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tumpanglalu74

[Jenayah] Polis Johor Berkas 12 Pegawai Kanan Negeri2 Lain Yang Terlibat Geng Nicky ~ Buki

  [Copy link]
Post time 28-4-2021 03:25 AM From the mobile phone | Show all posts
fatinandreanna replied at 28-4-2021 02:46 AM
Siapakah di SPRM yg berpangkat Penolong Pesuruhjaya tu? Ni dah tip top jerung besar.

Penolong pesuruhjaya SPRM tak sama dengan polis. Gred dia rendah sikit dari penolong pesuruhjaya polis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2021 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Babai replied at 28-4-2021 03:22 AM
Kat mana nak baca komen tu?

X igt kat news mana....sinar/bh
Ade la sorg tu komen pasal DAK ni...tp simple je la. Xtau la ape 'kesalahan' nya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 28-4-2021 02:17 AM

Org integriti dan sprm pun terlibat sama?
Mana la nak betul sistem keadilan ni....
Ape nak kata, dah nama manusia
Semua boleh dibeli walau maruah sekalipun
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah  diucapkan kepada DAK and the team, lepas ni dah boleh kambus sama itu semua polis korup
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 27-4-2021 11:28 PM
Bagus ..Hobit dan 40 penyamun dah kena tangkap.

Dah tangkap semua ka?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
rainbowrainz replied at 28-4-2021 02:11 AM
Iols dah tahu dr minggu lepas... mesti uols x sangka siapa ipd sentul tu...

Sapaaaaa.. Iols nak tau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2021 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 27-4-2021 11:51 PM
Garang sgt DAK ni
Org tunggu peluang je nii
Smlm baca kes lawyer kamarul tu nak sama DAK...pastu a ...

Kalau setakat skandal dgn pompuan ummah pejam mata jer. Janji straight.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 08:48 AM | Show all posts
Geng Nicky: 12 pegawai ditahan
Nurul Amanina Suhaini
am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Seramai 12 pegawai agensi penguat kuasa ditahan menerusi Op Pelican 3.0 dipercayai terbabit kumpulan jenayah terancang dikenali Geng Nicky.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua yang ditahan itu berusia antara 36 hingga 49 tahun, dengan dua daripadanya adalah daripada agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor melancarkan operasi antara 21 April hingga hari ini, di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

"Pecahan tangkapan bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah meliputi seorang berpangkat Superintendan bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan seorang Inspektor bertugas di Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

"Bagi Kontinjen Selangor meliputi seorang berpangkat Deputi Superintendan (DSP) bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Selangor, seorang Asisten Superintendan (ASP) bertugas di cawangan khas IPK Selangor, selain dua Inspektor bertugas di JSJ IPK Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.


"Bagi Kontinjen Melaka meliputi seorang berpangkat DSP bertugas di JSJ IPD Melaka Tengah, manakala Kontinjen Kuala Lumpur meliputi dua polis berpangkat ASP bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan JSJ IPD Sentul," katanya pada sidang media di IPK Johor, hari ini.

Ayob Khan berkata, turut ditahan, seorang Inspektor yang bertugas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, Negeri Sembilan, selain seorang berpangkat Penolong Pesuruhjaya SPRM dan seorang lagi Penguasa SPRM yang bertugas di Putrajaya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan hingga Seksyen 130ZB Kanun Keseksaan Bab VI B Jenayah Terancang Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA.

"Sehingga kini, jumlah keseluruhan ditahan adalah 64 individu. Siasatan masih dijalankan (soalan bagi rampasan sewaktu tangkapan dan adakah mereka melindungi Geng Nicky).

"Kalau ada nama-nama baharu, kita akan jalankan operasi susulan. Biar kita jalankan soal siasat terperinci, siapkan kertas siasatan. Saya tidak boleh bagi perinciannya. Saya pun tidak menyebut nama sebab mereka belum dituduh lagi.

"Jumlah ini tidak statik. Saya tidak boleh kongsi ada lagi 10 ke, mungkin sebelum ini kita kata ada 34, tapi apabila buat tangkapan, jumlahnya kecil, tidak cukup bukti untuk tuduh. Bergantung kepada siasatan yang dibuat, ia akan berkembang," katanya.

"InsyaAllah... tidak pasti Nicky berada di Malaysia atau luar negara (soalan adakah penangkapan ini membawa kepada penemuan Nicky)," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, pada 30 Mac lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador mendedahkan terdapat 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa disyaki bersekongkol dengan kumpulan Geng Nicky yang dikaitkan dengan Pengasas Winner Dynasty Grou, Nicky Liow Soon Hee.

Pada sidang media sama, Abdul Hamid turut memaklumkan 68 ahli kumpulan jenayah terbabit ditahan termasuk lapan orang kenamaan bergelar Datuk Seri dan Datuk.

Disiarkan pada: April 27, 2021 @ 1:35pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2021 08:50 AM | Show all posts
pdrm dan sprm patut di letak bawah agong.
baru la bebas dari rasuah dan pengaruh orang politaik.

yang jadi pengkhianat ambil rasuah,
boleh di charge menderhaka kepada di pertuan Agong,
dan di hukum gantung sampai mati for treason.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 08:54 AM | Show all posts
mantap2.....bukan nyer fokus pada budak2 yg mod moto pastu dlm masa yg sama mengharapkan tax
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Smlm baca adi kanna dgn dua polis komplot dah lepas tahanan poca..mahkamah lepaskan...i bet nicky pon kalo kena tangkap bisa lepas buat penat jah tangkap..ujung ujung bebas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2021 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 28-4-2021 03:16 AM
Harap dapat menyertakan berita nya. Jangan hanya letak video atau "artikel dalam gambar sahaja"

T ...

Sis, I tengah koje.  Dari pagi.  Sat ye..

Comments

FC dah editkan .. jager diri ...  Post time 28-4-2021 03:13 PM
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 09:07 AM | Show all posts
erm...kalau kana lepas..yg ini ntah2 tak disabitkan pun...
this is still at initial stage, jgn excited sgt ye kome2...ntah2 lps raya semua aman2 je

#dari iols yg dah give up dgn sistem kat malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 09:08 AM | Show all posts
Pehh kat Bukit Aman Nicky dah pegang satu Superitendan.. patutlah senang lepas.  Hanco semua IPK selatan dia ada kaki.. tactical level DSP, ASP & Insp.. info pasal rush memang hujung jari ler.. Sib baik IPK Johor clean... alhamdulillah IGP bagi kepercayaan pada IPK Johor to lead kes ni... pasal pegawai dia di Bukit Aman pun dia tak boleh percaya dah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 09:26 AM | Show all posts
capiloton replied at 28-4-2021 08:50 AM
pdrm dan sprm patut di letak bawah agong.
baru la bebas dari rasuah dan pengaruh orang politaik.
...

tengok dulu sape jadi corn pada masa tu...  sebab kerakerabat ni pun corrupted jugak...  hahaha...  tengok la what happened to negeri2 banjir besar...  dengan jadi planet marikh segala...  pendek kata kat malaysia ni, ko ada power, tu dia boleh buat macam2 tanpa gusar...
malaysia bakalan jadi seperti indon dan india yang selalu netizen cemuh...  bwahahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku risau jugak DAK ni. Sebab takut orang dendam kat dia. Apa2 hal, salute dia sebab sanggup meredah arus.

Harap ada sinar harapan untuk melihat kebenaran ditegakkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2021 09:51 AM | Show all posts
sarahmirza replied at 27-4-2021 02:10 PM
Selagi melayu percaya.... hanya babi sahaja haram di makan, mak rasuah itu adalah biasa..

Begitul ...

Babi & anjing sis
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
kakakko replied at 28-4-2021 09:51 AM
Babi & anjing sis

Anjing org tak makan sis....
Tapi itulah bila Syed Azmi buat program touch a dog ramai pulak yang meroyan macam seumur hidup tak pernah sentuh tangan bf gf... Hahahaha


Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dato ayob calon yg plg sesuai jd kpn, kalo nak bg msia ni bersih.
Ko tgk sprm pun mkn suap. Apa nak harap kat sprm lg?
Yg kes bks pengarah sprm dulu skandal di bali and jd kroni najib 1mdb apa cerita?
Tetiba senyap plk kes tu. Aneh btl.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Babai replied at 28-4-2021 03:25 AM
Penolong pesuruhjaya SPRM tak sama dengan polis. Gred dia rendah sikit dari penolong pesuruhjaya p ...

Yg penolong pesuruhjaya & penguasa sprm yg kena tangkap tu gred baper ye? Aku ada kwn sprm rasa gred 52 atau 54 tp tak tau nama pangkat. Nmpk mcm mewah jugak hidup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.089438 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list