CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ashilalat

Tular Dakwaan Nora Ariffin Kahwini Annuar Musa, Anak Sulung Tampil Bersuara! Upd

  [Copy link]
Post time 30-4-2021 07:41 AM | Show all posts
Aku rasa bila pasangan meninggalkan kita atau sebaliknya tak salah pun nak cari pengganti. sayang tetap ada tapi hidup perlu diteruskan. orang yang biasa berpasangan ni mesti nak ada peneman, anak - anak dah besar ada kehidupan masing - masing duduk jauh ada nak kisah sakit pening emak ayah yang keseorangan? mungkin juga bila pasangan takde hidup susah dari segi kewangan at least ada suami yang boleh bergantung harap. anak - anak yang dah besar dan berkeluarga jangan selfish kalau parent nak remarried, diorang sunyi kot. Kalau menangis meratap hiba sekali pun tak salah sebab time tu memang tengah kesedihan, and time will heal. jangan judge orang sebab kita belum berada ditempat mereka, sekurang - kurangnya bukan tanah kubur masih merah mereka cari pengganti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2021 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sehirkedi at 30-4-2021 08:06 AM

Pakcik jangan lupa ya. Masa terlantar dulu sampai termenung!  siapa yg jaga pakcik ya???? Toksah gatal nak menikah lagi. Ingatlah bini dan anak!


Orang lelaki memang bila ada kuasa dan duit memang gatal lain macham. Bila terlantar barulah merenungi dosa dosa silam.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 08:11 AM | Show all posts
biar lah org yg pasangan dia dh meninggal nak kawin lain
alangkan yg ada pasangan pun sibuk pasang gf/bf
diorg sedih ms kejadian je
lps tu diorg move on lah
yg igt diorg sedih tak akan kawin tu
hanya expectation org lain je
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
arffa replied at 30-4-2021 07:41 AM
Aku rasa bila pasangan meninggalkan kita atau sebaliknya tak salah pun nak cari pengganti. sayang te ...

Saya setuju 1000%.. masa meratap hiba tu.. mmg tgh sedih..kehilangan org yg disayangi
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
sehirkedi replied at 30-4-2021 08:02 AM
Pakcik jangan lupa ya. Masa terlantar dulu sampai termenung!  siapa yg jaga pakcik ya???? Toksah gat ...

Sayu tengok muka datin seri. Datin sri pon muka boleh tahan dengan hidung mancung. Apakan daya, kebanyakan lelaki malaysia yg berduit mmg akan cari spare. Mampu la katakan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 09:57 AM | Show all posts
sehirkedi replied at 30-4-2021 08:02 AM
Pakcik jangan lupa ya. Masa terlantar dulu sampai termenung!  siapa yg jaga pakcik ya???? Toksah gat ...

x relevant....kalu ada bini 2 harusla bini no 2 pun  berebut2 nak jaga....
dosa silam ke kawin dua?  


tp seeloknya kawin lebih ni kena mintak izin dan bincang isteri pertama....dan pertimbangkan luahan hati masing2..barula isteri itu dihargai...isteri rasa tidak dihargai dan dikhianati bila suami kawin lagi...masa muda2 susah bersama isteri pertama...dah kaya raya gi berjoli kawin dgn pompuan lain...tu je point penting.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2021 10:04 AM | Show all posts
Cleocatra replied at 29-4-2021 04:34 AM
AM ni la dulu katanya mamazat dok aim. Aku tahu pun baca dari benang sskjp sebelum ni. Terselamat AM ...

Allahu ngerinyaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 10:11 AM | Show all posts
rainbowrainz replied at 30-4-2021 05:01 AM
Susah lah nak tengok cinta mati sekarang...

sabri yunus kot..
sampai skang kan single walaupun dah berbelas tahun wife dia takde...
aritu kawan2/keluarga dia ke ade nak match kan dia dengan sorang pempuan ni..
then after 2x keluar date, sabri confess dgn girl tu he cannot forget his wife..
so diorg decide jadi kawan biasa je..
ini citer yg sabri bgtau utk satu program kat astro aritu...

tapi tak tau la kot latest ade pulak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2021 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kahwin cari duda, jgn kaco laki org..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul pun apa salahnya.. kalau itu boleh buat sheols move on.. meols kesian kat acik nora ni.. byk btol dugaan
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 01:44 PM | Show all posts
sehirkedi replied at 30-4-2021 08:02 AM
Pakcik jangan lupa ya. Masa terlantar dulu sampai termenung!  siapa yg jaga pakcik ya???? Toksah gat ...

orang jantan kalau dia kata dia nak
dia bukan kira pengorbanan bini
ingat tak kes khir toyol?
lepas keluar penjara terus kawin bini no 2
tak ingat siapa yang setia di belakang dia waktu tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
irvene replied at 30-4-2021 01:26 AM
dh cerai rasanya ariel tu. banyak projek la kot terpaut. hari2 jumpa, lama2 jd syg. tp ok lah kala ...

gosip dgn reza plak kuar ni...rasanya semua sekadar gosip kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac replied at 29-4-2021 10:39 PM
Apa salahnya. Nora pun kasih muda. Nampak lagi muda dari Ziela Jalil

Muda setahun dr amy mastura
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kaklimahcomot replied at 29-4-2021 01:40 PM
kak long ank wak jahid pun cinta mati gak.hari2 pegi kubur. meratap sedih sayu.tup2 brmadu. tak leh  ...

Itu k long drama queen. Ya lah tu cinta mati. Member aku oghang peghok...tau sangat peel nya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
irvene replied at 29-4-2021 12:21 PM
BCL hampir2 dh tu. now duk rapat dgn ariel noah katanya

Itu pun tak lama tu....tengok lah nanti. Aku dok pelik pun kalu kawin itu ariel.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
AshkieLa replied at 30-4-2021 10:11 AM
sabri yunus kot..
sampai skang kan single walaupun dah berbelas tahun wife dia takde...
aritu ka ...

Rasanya setakat ni sabri belum kawen lagi, aritu anak dianyg kawen kalau x salah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2021 11:59 AM | Show all posts
sleepandream replied at 29-4-2021 02:57 PM
annuar musa tu duda ke chuols

hidup lg PS...hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 09:36 AM | Show all posts
smeetasmitten replied at 29-4-2021 11:47 AM
Ziela j dulu pun cinta mati kat arwah suami. Dok meratap menghiba. Tapi dah jumpa jodoh ke2 terus pa ...

tu la you
kecundang jugak akhirnya siap plan nak beranak pinak lagi





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2021 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Nora mengaku terima lamaran pernikahan tapi bukan daripada Annuar Musa
Mei 18, 2021 18:55 MYT

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin mengakui, beliau ada menerima lamaran pernikahan, namun bukanlah daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa seperti yang didakwa sebelum ini.
Nora, 48, yang juga balu komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi itu, sebaliknya, menegaskan, lelaki yang mahu memperisterikan beliau itu merupakan personaliti yang bukan dalam kalangan orang terkenal.

"Saya fikir sudah sampai masanya untuk saya mengumumkan bahawa saya ada menerima lamaran daripada seseorang.

"Insya-Allah jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan berkongsi mengenai hari bahagia saya dengan anda semua tidak lama lagi," katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi sebentar tadi.
Penyanyi yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu berkata demikian sebagai menjawab dakwaan kononnya beliau dan Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu sudah bernikah di selatan Thailand.
Bahkan, di media sosial tersebar sekeping salinan sijil pernikahan yang didakwa milik Nora dan Annuar.

"Demi Allah, saya dan Tan Sri (Annuar) tidak bernikah… saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang boleh buat tuduhan sedemikian.

"Sudah banyak kali saya nafi, Tan Sri juga sudah menafikannya, namun, masih ada yang nampaknya tidak percaya.

"Disebabkan itu, saya fikir sudah sampai masanya saya umumkan bahawa saya ada menerima lamaran pernikahan dan sedang merancang ke arah majlis itu," akui beliau lagi.
Menurut Nora, kesediaannya untuk bernikah dibuat selepas berfikir sedalam-dalamnya selain direstui oleh anak-anak.
"Anak-anak ada berkata, mereka akan memberi sokongan pada apa sahaja keputusan yang baik buat saya. Mereka hanya mahu melihat ibu mereka gembira," jelas Nora.

Dalam masa sama, Nora juga memaklumkan, keluarga di sebelahnya dan Allahyarham Johan turut sependapat sekiranya ada lelaki yang serius untuk memperisterikannya, elok sahaja dipertimbangkannya.
"Ibu Abang Johan juga ada berpesan pada saya sebelum beliau meninggal dunia sekiranya ada lelaki yang mahu mahu melamarnya, terima saja.
"Alhamduliillah, berkat restu dan sokongan anak-anak serta keluarga, saya sudah bersedia menerima lamaran itu," kata Nora.

Nora mengahwini Johan pada 1992 dan hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Johan, bagaimanapun meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung, sementara anak kedua pasangan itu, Muhammad Syakir Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun pada 13 Disember 2019.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Rahsia naw naw...bagitau je la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.081365 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list