View: 33469|Reply: 220
|
[Jenayah]
Mastura Alia mohon maaf palsukan Sambal Nyet Berapi Khairulaming selepas beliau
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 29-4-2021 06:32 PM
SEORANG wanita tampil memohon maaf Chef selebriti media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman, 29 atau Khairulaming kerana memalsukan Sambal Nyet Berapi keluarannya.
Wanita itu menemui Khairulaming hari ini selepas chef selebriti itu membuat laporan polis dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap penciplak Sambal Nyet Berapi keluarannya.
Khairulaming berkongsi permohonan maaf wanita itu di media sosialnya sebentar tadi.
“Assalamualaikum saya Mastura Alia sayalah orang yang bertanggungjawab terhadap Sambal Nyet yang bukan original. Baru-baru ini banyak kes sambal basi sudah tentu bukan daripada Khairulaming tetapi dibuat oleh saya.
“Oleh itu saya mahu membuat permohonan maaf yang sebenar-benarnya kepada pemilik Sambal Nyet yang sebenar iaitu Khairulaming dan juga mereka-mereka yang terpedaya,” kata wanita tersebut.
Menurut Mastura Alia, perkara tersebut menjadi pengajaran kepada dirinya dan berikrar tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang dia lakukan.
Mastura Alia turut pergi ke Balai Polis Damansara tempat Khairulamning membuat laporan untuk membuat pengakuan bertulis.
Sementara itu Khairulaming berkata, dia menuntut pampasan tunai daripada wanita berkenaan.
“Selepas issue Sambal Nyet palsu ni dAh naik semalam (thanks for sharing guys), she finally admitted her mistake and came forward pagi tadi. Tapi aku taknak benda ni settle senang-senang macam tu je walaupun datang dengan air mata.
“Tapi duit ni aku takkan refund balik kepada pembeli sebab proses refund ni tak mudah dan aku nak buyers untuk take accountability jugak.
“Oleh itu 100 peratus duit ini aku akan sedekah kat asnaf yang memerlukan di bulan puasa ni. Aku tak akan ambil satu sen pun,” katanya.
Sebelum ini ramai pelanggan merungut kepada Khairulaming kerana Sambal Nyet Berapi yang mereka beli telah basi, bekas pecah dan berair.
Khairulaming menafikan sambal tersebut dikeluarkan olehnya dan telah meminta kawannya menyamar dengan membeli sambal tersebut untuk menyiasat secara terperinci.
“Saya boleh tunjuk bukti beberapa sebab yang menjelaskan ia bukan sambal keluaran saya.
“Logo yang difotostat, ‘font’ kandungan yang sangat ‘blur’, tekstur sambal yang berbeza (ada minyak hitam) dan bau macam minyak goreng ikan,” katanya menerusi rakaman video berdurasi lebih tujuh minit di Instagramnya pada Rabu
Kedai di shopee pun dah kena banned
Khairul Aming juga memaklumkan bahawa kedai wanita itu di Shopee sudah disekat oleh aplikasi beli-belah itu walaupun telah menukar nama dari Masturaaliyah kepada DK Perfume Shop.
Sehubungan dengan itu, Khairul Aming berharap agar perkara seperti itu tidak berulang lagi dan menjadikan kes berkenaan sebagai salah satu pengajaran buat semua.
Dia juga sempat mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warganet yang mengikuti setiap perkembangan mengenai produk sambal keluarannya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nyet tu apa? Monyet |
|
|
|
|
|
|
|
Gile mencuri terang terangan.. Apa igt x blh kantoi ke... Ni belajar Dr politician la ni |
|
|
|
|
|
|
|
Berani betul minah ni. Duit haram kot menipu. Nasib la boleh buat pengakuan video pakai mask.. kalau tak, terpampang muka. |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 29-4-2021 06:30 PM
Nyet tu apa? Monyet
Penyet rasanya.....sambal penyet |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 29-4-2021 06:30 PM
Nyet tu apa? Monyet
Penyet noks.
|
|
|
|
|
|
|
|
padan muka penipu nak kaya cepat |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana boleh dpt yg palsu kalau beli direct dr official shopee account dia??? Yg komplen basi pecah minyak banyak gak rasa apa bagai tu, kat shoppe KA, bukan dr shopee org lain. Pelik betul. |
|
|
|
|
|
|
|
emera replied at 29-4-2021 06:37 PM
Mcm mana boleh dpt yg palsu kalau beli direct dr official shopee account dia??? Yg komplen basi peca ...
dia masak sendiri tapi packaging tiru KA sebijik dan claim sambal tu KA punya |
|
|
|
|
|
|
|
Got nothing better to do ke dikk
cash lah |
|
|
|
|
|
|
|
Jahat betul pompuan ni.. Harap kepala je berbalut tapi berkosepkan semua halal kecuali babi.. Sanggup menipu. 700 botol dia jual. Puas hati mak org jahat mcm ni melingkup awal. Buyers pun degil.. KA dah pesan jgn beli kat reseller n agen takut kena tipu tapi buat jugak... Dasar kemaruk+bebal.
Mujur mak x kemaruk nak makan sambal2 ni semua |
|
|
|
|
|
|
|
pakai tudung,tp.kemain mencuri hasil orang lai
walau ko pinjam nama dia, tiru sebijik2, sama la dgn mencuri gak |
|
|
|
|
|
|
|
kaka tgk gigih betul dia meniru.. Hujung2 dpt malu..sambal basi bagai.. Sahla xpandai masak.. Perempuan muslim plak tu..
Dasat btol penangan ming2 |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 29-4-2021 06:30 PM
Nyet tu apa? Monyet
penyet.. sedap klu makan utk ayam penyet.. tp layan dgn mknn lain jgk. cuma biji cili dia xhancur.. Serem nk order lg.. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Hanat sgt ok perangai perempuan nih dahla curi idea nama...pastu gi jual sambal yg rosak....keji sgt...aku sokong si khairul ni...jgn sesenang nak setel ...bagi pengajaran |
|
|
|
|
|
|
|
sanggup dia....
kalau tk jadi apa2 psl sambal tu.. terus diam la ya..? |
|
|
|
|
|
|
|
PinkyPie replied at 29-4-2021 06:46 PM
Ko kenapa Mastura???
Exactly. Dah kenapa kau Tora?? |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 29-4-2021 06:45 PM
pakai tudung,tp.kemain mencuri hasil orang lai
walau ko pinjam nama dia, tiru sebijik2, sama la dg ...
Baharu nak tag uols tadi thread sambal-sambal penyek sebegini |
|
|
|
|
|
|
| |
|