Dari isu lawak rogol, kemudian ugutan rogol oleh pelajar seterusnya kini body shaming dan cyberbully.
Bapa kepada pelajar Ain Husniza Saiful Nizam, yang mendedahkan mengenai jenaka rogol yang didakwa dibuat oleh seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Kuala Selangor pada Jumaat lalu, berkongsi screenshoot komen-komen jelik berkenaan penampilan anaknya.
Menurut Saiful Nizam, kebanyakan screenshoot diambil dari group Facebook yang ahlinya terdiri daripada para guru. Lihat sendiri betapa 'sakit'nya masyarakat kita.
Kredit foto: Facebook
Jika inilah mentaliti kebanyakan guru yang ada, memang tak hairanlah jika anak-anak kelak makin hancur akhlaknya. Malah ia turut memberi tempias kepada guru-guru lain yang ikhlas mendidik anak bangsa.
Budaya pemikiran segelintir lelaki atau wanita yang merosakkan pemikiran generasi seterusnya sedangkan agama telah ajarkan dan melarang keras ucapan kotor atau lucah.
Bila Allah dah cabut rasa malu dalam diri, maka melucahlah mereka sepanjang masa, hatta bulan Ramadan sekalipun.
Mungkin ramai kurang faham tujuan Ain mendedahkan perilaku guru tersebut. Perkara yang ditentang bukan individu, profesion, sekolah atau institusi.
Sebaliknya, ia adalah tingkah laku buruk guru tersebut, yang dapat diubah. -CARI
|