CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 974|Reply: 3

Asyik Nak Naik Tangan, Kes Keganasan Rumah Tangga Melonjak Sejak PKP

[Copy link]
Post time 30-4-2021 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Kehilangan dan pengurangan punca pendapatan selain tekanan duduk rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 menjadi penyumbang kepada peningkatan keganasan serta penderaan terhadap wanita di negara ini.


Ketua Kempen Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Abinaya Mohan mendedahkan pihaknya menerima sebanyak 1,487 aduan keganasan dan penderaan terhadap wanita sepanjang Januari hingga Mac lalu berbanding 867 kes bagi tempoh sama tahun lalu menerusi talian Hotline dan aplikasi WhatsApp TINA.


"Secara purata sepanjang tempoh PKP tahun ini, kami menerima purata kira-kira 16.5 panggilan dan WhatsApp sehari.


"erlu difahami, keganasan dan penderaan bukan hanya dilakukan oleh pasangan berumah tangga, kadangkala teman lelaki, ahli keluarga dan saudara-mara yang menetap dalam rumah bersama mangsa," katanya.


Katanya, daripada jumlah keseluruhan aduan itu, pihaknya merekodkan 70 peratus peningkatan kes keganasan rumah tangga iaitu 708 kes sepanjang Januari tahun ini hingga Mac lalu berbanding 415 kes sepanjang tempoh sama tahun lalu.


Kredit foto: Gambar Hiasan






"Walaupun pelaksanaan PKP tahun ini kurang ketat berbanding PKP fasa satu tahun lalu, WAO masih menerima secara purata 7.8 panggilan dan WhatsApp sehari bagi kes keganasan rumah tangga.


"eningkatan dalam kes keganasan rumah tangga mungkin juga disebabkan pelbagai faktor lain seperti pengangguran dan masalah kewangan.


"Selain itu, faktor utama keganasan ialah kehendak pendera menggunakan kuasa dan kawalan terhadap mangsa seperti isteri dan anak mereka," katanya.


Menurutnya, mangsa yang terperangkap dengan mereka yang melakukan keganasan dan penderaan selalunya tiada pilihan kerana menetap dalam rumah sama, sekali gus usaha membina semula kehidupan baharu amat sukar terutama dalam keadaan pandemik Covid-19.


"Situasi ini menjadi lebih buruk ketika PKP dilaksanakan kerana mangsa terkurung bersama penderanya dalam tempoh lama dan sukar mendapat bantuan disebabkan sekatan pergerakan, gerak-geri dan perbualan telefon juga diawasi.


"Malah, penderaan tidak semestinya membabitkan perbuatan fizikal seperti memukul, menampar dan menumbuk kerana mendera pasangan secara mental atau psikologi juga dikira sebagai penderaan mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (AKRT)," katanya.


Abinaya berkata, kes keganasan atau penderaan turut membabitkan pasangan yang belum berkahwin.


"Statistik WAO menunjukkan kes keganasan pasangan intim sepanjang 2020 ialah 317 kes (9.3 peratus) daripada keseluruhan 3,381 kes keganasan rumah tangga yang direkodkan.


"Namun, kebanyakan kes mungkin tidak dilaporkan kerana perundangan hanya membabitkan keganasan rumah tangga dan bukan untuk mereka yang tiada ikatan perkahwinan.


"Dalam menangani keganasan dan penderaan terhadap wanita, kita juga harus sedar tiada siapa berhak melakukan keganasan terhadap seseorang dengan apa alasan sekalipun.


"Isu berkurung di rumah ketika PKP, masalah kewangan serta kehilangan kerja hanya faktor tekanan dan tidak seharusnya dijadikan alasan atau punca melakukan keganasan," katanya.


Menurutnya, mereka yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, penderaan fizikal dan psikologi boleh menghubungi Talian Nur di 15999 atau Talian Bantuan WAO 24 jam di 03-3008858 atau SMS dan WhatsApp TINA di 018-9888058.


"Mangsa juga boleh melayari laman sesawang WAO di wao.org.my untuk maklumat lanjut mengenai keganasan rumah tangga dan cara untuk mendapatkan bantuan.


"Mangsa juga diingatkan supaya membuat panggilan pada waktu selamat tanpa pengetahuan pendera. Jika tidak akan memburukkan lagi keadaan, sekali gus meningkatkan risiko keganasan," katanya.


Suami tertekan, isteri jadi mangsa


Sering menjadi mangsa penderaan fizikal dan seksual apabila suaminya tertekan di tempat kerja.


Itu nasib malang dialami Jeannie, 36, sejak tujuh tahun lalu malah semakin buruk ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun ini.


Menurut Jeannie, selama tujuh tahun dia mampu bertahan dengan sikap suaminya kerana lelaki itu akan meminta maaf selepas melakukan kesilapan.


Namun katanya, keadaan semakin tidak terkawal dan menjadi buruk ketika suaminya bekerja di rumah dan mengalami potongan gaji sepanjang PKP.


Menurutnya, tekanan dan masalah yang semakin bertambah ketika PKP menyebabkan suaminya bersikap lebih agresif setiap hari termasuk memukul dirinya dan anak mereka.


"Apabila saya mempertahankan diri, suami ringan tangan pukul saya dan anak-anak.


"Lebih mengecewakan, suami turut mengancam tidak memberikan wang nafkah untuk saya dan anak-anak jika saya menolak berhubungan intim dengannya.


"Sebagai balasannya, saya dan anak-anak tidak dapat makanan mencukupi untuk tempoh tertentu jika kehendaknya tidak dituruti," katanya.


Jeannie berkata, dia memutuskan untuk menghubungi Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) bagi mendapatkan bantuan dan sokongan.

Kes 2


"Mental dan emosi saya penat didera suami. Dia bukan saja mengawal gerak geri saya, malah kad ATM (mesin juruwang automatik) akaun bank gaji saya turut dipegang.


"Ini membuatkan saya sungguh tertekan dan murung," kata wanita yang mahu dikenali sebagai Ayu, 27.


Menurut Ayu, dia tidak menyangka perkahwinan yang dibina pada tahun lalu bertukar igauan ngeri apabila suami mula menunjukkan belangnya.


Katanya, keadaan itu semakin ketara ketika PKP apabila suaminya dibuang kerja pada Januari lalu.


"Saya hanya sempat mengecapi nikmat berumah tangga pada awal perkahwinan kami dan empat bulan selepas berkahwin suami mula berubah serta menghina saya.


"Saya dikongkong hingga tidak dapat berhubung dengan rakan dan keluarga, malah lebih teruk lagi tidak boleh mengakses kad ATM saya kerana kata laluan ditukar suami.


"Tak tahu hendak buat apa dan berasa takut kerana jika ingkar, suami akan mempertikaikan dan mengancam mencederakan saya," katanya.


Katanya, pada satu masa dia menjadi murung dan terpaksa meninggalkan kerjayanya.


"Oleh kerana tidak percayakan saya, suami memaksa saya berhenti kerja," katanya.


Ayu berkata, buntu dengan apa yang berlaku dia bertindak menghubungi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang membela nasib wanita.


"Saya mengetahui suami masih mengekori saya ketika dalam perjalanan ke tempat perlindungan sementara.


"Namun, apa yang menjadi masalah sekarang saya tidak mampu membayar untuk mendapatkan perintah injunksi selain tidak memenuhi syarat mendapat perintah perlindungan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (AKRT)," katanya.


433 daripada 1,482 babit mangsa lelaki


Sebanyak 433 daripada 1,482 kes keganasan rumah tangga membabitkan lelaki sebagai mangsa dilaporkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di seluruh negara bermula Januari hingga Mac lalu.


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, jumlah itu direkodkan sepanjang tempoh PKP 2.0 selain di beberapa negeri yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


"Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 353 kes diikuti Kedah (163), Sarawak (138), Johor (127), Kelantan (112), Perak (88), Sabah (85) dan Kuala Lumpur (81).


"Beberapa negeri lain iaitu Terengganu mencatatkan 68 kes, Pulau Pinang (67), Pahang (61), Negeri Sembilan (59), Melaka (53) dan Perlis (27)," katanya ketika dihubungi, semalam.


Siti Kamsiah berkata, antara punca dikenal pasti menyumbang kepada kes keganasan rumah tangga adalah tekanan perasaan.


"Selain itu, pembabitan dalam penyalahgunaan dadah dan saling berkait dengan faktor kewangan turut menyumbang kepada kes sebegini," katanya.


Katanya, ada juga perselisihan faham yang berlaku disebabkan isu remeh-remeh termasuk akibat sifat panas baran atau sensitif.


"Kita pernah menerima laporan memaklumkan punca perselisihan faham disebabkan kain langsir terkena makanan semasa mahu makan.


"unca-punca berkenaan adalah keseluruhan kes yang dilaporkan dan bukan hanya merujuk kepada mangsa lelaki sahaja," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2021 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
So, kalau kebanyakan perempuan still bodoh gak asalkan dapat batang acah2 best women win jadi setiap tahun ulang benda sama je
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Yala. Hari2 hadap peel yg sama kat rumah. Baru tau perangai laki bini. Selalu kerja 8 jam, balik dah penat. Nak gaduh pon takdak energy
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 10:46 PM | Show all posts
Mula2 PKP, famous psl pncarian bnda2 lucah thru internet kat Msia. Skrg ni kganasan rumh tngga plak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.052768 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list