CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8042|Reply: 56

Asas Sekularisme - Updates NEW Webinar AQIDAH 15 JULAI 2021 #48

  [Copy link]
Post time 30-4-2021 06:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 15-7-2021 10:35 AM

SEKULARISASI, PENDIDIKAN, KEBUDAYAAN DAN KESENIAAN
oleh
Roslan Abd Jelani (disumbangkan oleh hamba Allah , so we pray for her amal soleh)

Sekularisasi Sebagai Cabaran Utama Pendidikan

1.        Cabaran pendidikan masa kini dan masalah yang menurutinya hanya dapat difahami apabila umat Islam mendalami secara ‘aqliyyah berkaitan dengan apa yang disebut sebagai sekularisasi. Sebahagian besar pemimpin, pengamal dan penggiat pendidikan di kalangan umat Islam belum memahami dengan betul faham sekularisasi ini dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Kesan buruk sekularisasi dalam bidang pendidikan telah menjadi begitu nyata, terutamanya ketika timbulnya kekeliruan dan kesamaran di kalangan umat Islam mengenai beberapa faham teras dan utama seperti faham agama, faham ilmu, faham insan, dan faham kebahagiaan. Sekularisasi telah menyerapi akal fikiran umat Islam dengan faham-faham sekular moden yang diseludup masuk melalui beberapa faham penting atau melalui kata-kata kunci baru yang dicipta untuk merangkumi makna-makna sekular. Malangnya, kebanyakan individu yang terlibat dalam pendidikan masih belum sedar berkaitan dengan masalah ini. Ini dibuktikan melalui istilah-istilah yang mereka gunakan dan kenyataan-kenyataan yang mereka berikan, terutamanya berkaitan dengan prinsip dasar ilmu. Jika disedari sekalipun, mereka tidak menunjukkan rasa insaf malah mereka secara terus-menerus menerima secara rambang segala tafsiran moden tanpa mentahkikkan kebenaran dan kesahihannya.

2.        Perkataan sekular tidak semata-mata merujuk kepada perkara duniawi. Sekular bermaksud: (i) mengosongkan alam tabi‘i daripada makna-makna ruhaniyyah supaya alam tabi‘i ini jadi seperti benda biasa saja lalu boleh dipergunakan sesuka hati tanpa mengambil kira had keruhanian sehingga mengubah hakikat yang mencirikan alam tabi‘i         ini; (ii) berikutan daripada itu, alam tidak lagi dianggap sebagai satu tanda (dalil) daripada alam lain, maka sebagai akibatnya, dalam soal pemerintahan, kenegaraan, dan politik, insan tidak patut lagi merujuk kepada perkara-perkara ruhaniyyah. Hanya dia sendiri yang harus membuat undang-undang dan menentukan sendiri segala peraturan, dan bebas membuat perubahan terus-menerus secara sesuka hati tanpa terikat dengan apa-apa unsur keruhanian; dan, (iii) akibat daripa tanggapan yang sedemikian, maka nilai-nilai yang dipegang pun tidak akan bersifat mutlak dan kekal. Apabila insan terus-menerus melakukan perubahan, maka nilai yang dianutinya pun akan berubah, malah setiap zaman dan setiap generasi memerlukan perubahan dari segi nilai. Jadi, segala yang hakikat itu adalah perubahan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2021 06:41 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 30-4-2021 06:53 PM

3.        Pengosongan alam dari makna-makna ruhaniyyah ini bermula dari zaman falsafah Yunani purbakala lalu merebak ke dunia Barat ekoran daripada kegagalan agama Kristian dalam membawa keyakinan yang kukuh tanpa shak-wasangka tatkala tersebarnya ilmu-ilmu berkenaan sains dan ilmu-ilmu lainnya melalui pengaruh Islam di Eropah. Lambat-laun, Barat mula mendaulatkan ilmu sains dan meminggirkan agama dalam rencana dasar hidup mereka. Ilmu sains pula dihubungkaitkan dengan teknologi lalu diperdewakan dan dijadikan nilai hidup. Oleh sebab itu, mereka fikir bahawa kehidupan perlu dinilai mengikut perubahan yang berlaku dalam sains dan teknologi. Fahaman sebegini telah bermula dengan munculnya Revolusi Perindustrian, dan fahaman ini pula dianggap selaras dengan kecerahan (enlightment) dalam ilmu. Golongan ahli falsafah Peranchis seperti Voltaire (meninggal 1778) dan golongan sosiologis seperti Auguste Comte menganjurkan faham bahawa insan harus sentiasa berubah dan dalam merubah alam yang didiaminya. Dia juga harus merubah sistem nilai hidupnya dengan cara menyisihkan agama dan Tuhan daripada rencana dasar hidupnya kerana agama dan Tuhan dianggap menghalangnya membuat sesuatu perubahan secara sesuka hati di atas dunia ini. Selain itu, dalam fahaman mereka, hanya dunia ini sahaja yang dianggap benar ada, sedangkan dunia dan alam lain hanya dianggap sebagai khayalan. Faham sebeginilah yang tersebar dalam pendidikan moden sains lalu mengakibatkan sebahagian besar umat Islam pasrah dengan segala unsur pemikiran yang terkandung dalamnya. Oleh sebab itu, sains dan teknologi yang menurutinya tidak lagi kena-mengena dengan agama dan tidak lagi menjadi penyataan memuji Tuhan tetapi hanya menonjolkan kemegahan diri yang palsu. Ini menunjukkan pendidikan sains moden telah mengeluarkan secara beransur-ansur makna-makna ruhaniyyah dartipada pemikiran dan jiwa insan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 06:41 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 30-4-2021 06:50 PM

4.        Terdapat bukti yang banyak yang menunjukkan bahawa umat Islam sudah terkena pengaruh sekularisasi melalui pendidikan moden. Contohnya, penggunaan bahasa di kalangan umat Islam kini bukan lagi bertujuan untuk memperhalusi akal-budi dan menyuburkan satu pandangan hidup yang murni kerana bahasa umat Islam kini telah dicorakkan oleh rencana dasar pensekularan. Bahasa Melayu, misalnya, yang telah memartabatkan dirinya sebagai bahasa agama dan bahasa ilmu telah dirosakkan sedikit demi sedikit oleh aliran pemikiran moden yang lebih memuja keduniaan dan kebendaan lalu mengubah, secara keseluruhannya, pandangan hidup masyarakat, yang kelihatannya tidak serasi dan secocok dengan fahaman masyarakat yang beragama. Satu ketika dahulu, apabila masyarakat kita menggunakan perkataan akhlak, mereka faham bahawa istilah itu menayangkan satu hubungan yang akrab antara makhluk dengan Pencipta, yang dalam bahasa Arabnya disebut Khaliq. Ini mewajibkan orang yang memahaminya sebegitu supaya melakukan perbuatan dan membawa tingkah laku yang hanya direstui oleh Tuhan yang menciptanya. Namun, apabila istilah etika atau moral digunakan, kewujudan Tuhan Yang Maha Mencipta itu tidak sama sekali dicakupi atau dirangkumi dalam konsep istilah tersebut. Selain itu, faham asal bagi istilah ilmu telah dimansuhkan lalu difahami ketika ini sebagai sains. Pada masa yang sama, istilah-istilah yang telah kental fahamnya telah dilenyapkan lalu digantikan dengan istilah-istilah yang bersifat artificial yang menuruti perubahan pendidikan semasa, contohnya istilah ‘aql telah digantikan dengan minda, atau alam tabi’i yang digantikan dengan alam semulajadi. Lama-kelamaan, pemikiran umat Islam telah dipisahkan dengan apa yang disebut sebagai ghaib dan akhirat, dan dengan apa yang disebut sebagai haqiqat, yakni suatu yang tetap, tidak berubah, yang merujuk kepada perkara dalaman dan batin, perkara yang bukan jasmani, yang menjadikan suatu agama dan suatu ilmu itu dithabitkan dari segi kebenarannya.

5.        Sekularisasi juga telah mengangkat masyarakat atau orang awam sebagai wibawa dalam hal-ehwal ilmu. Akibatnya, tujuan dan matlamat pendidikan juga ditentukan oleh cita rasa dan kemahuan masyarakat dalam melangsungkan kehidupan di atas muka bumi. Campur-tangan masyarakat dan orang awam dalam soal pendidikan telah membataskan pendidikan hanya pada pengetahuan yang membolehkan seseorang itu melakukan kerja berdasarkan teknologi untuk keperluan ekonomi. Mereka tidak mahu mengambil berat dan memberi perhatian kepada ilmu-ilmu yang berkaitan dengan agama dan sejarah yang membolehkan seseorang itu mengikuti dengan sungguh-sungguh satu perjalan hidup yang benar dan berhikmah. Mereka juga tidak menganggap penting perihal pendidikan yang mendalam mengenai kebudayaan dan keseniaan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 06:42 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 30-4-2021 07:00 PM

5.        Sekularisasi juga telah mengangkat masyarakat atau orang awam sebagai wibawa dalam hal-ehwal ilmu. Akibatnya, tujuan dan matlamat pendidikan juga ditentukan oleh cita rasa dan kemahuan masyarakat dalam melangsungkan kehidupan di atas muka bumi. Campur-tangan masyarakat dan orang awam dalam soal pendidikan telah membataskan pendidikan hanya pada pengetahuan yang membolehkan seseorang itu melakukan kerja berdasarkan teknologi untuk keperluan ekonomi. Mereka tidak mahu mengambil berat dan memberi perhatian kepada ilmu-ilmu yang berkaitan dengan agama dan sejarah yang membolehkan seseorang itu mengikuti dengan sungguh-sungguh satu perjalan hidup yang benar dan berhikmah. Mereka juga tidak menganggap penting perihal pendidikan yang mendalam mengenai kebudayaan dan keseniaan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 06:43 PM | Show all posts

Pendidikan dalam Rencana Dasar Pandangan Alam Islam

Edited by mbhcsf at 30-4-2021 07:01 PM


6.        Pendidikan merupakan salah satu amalan yang penting bagi manusia. Melalui pendidikan yang betul, benar, menyeluruh, bersepadu, dan sempurna, manusia akan memperolehi ilmu yang dapat menghasilkan akhlaq yang baik lalu memberi kesan yang baik juga pada setiap peri lakunya. Peri laku yang baik ditayangkan melalui perbuatan-perbuatan dan amalan-amalan yang benar, sah, dan betul sehingga menghasilkan natijah yang benar dan betul juga pada setiap aspek penting kehidupan. Kesan daripada natijah ini akan membolehkan sesuatu benda atau sesuatu perkara dapat berada pada kedudukan atau tempatnya yang sebenar, wajar dan betul lalu mengekalkan satu keadaan yang teratur dan tertib pada perjalanan alam ini sambil melahirkan keadaan harmoni bagi kehidupan insan.

7.        Pendidikan merujuk kepada adab yang diserapkan secara beransur-ansur dalam diri insan sehingga akhirnya seseorang itu dapat mengenali dan memperakui kedudukan sesuatu benda dan perkara pada tempat yang wajar bagi dirinya berdasarkan darjat dan martabatnya masing-masing dalam rencana-dasar kejadian sehingga membawa kepada pengenalan dan perakuan tentang kedudukan Tuhan dalam rencana-dasar kewujudan. Tujuan akhir daripada pendidikan ini adalah ‘adl tatkala lahirnya satu keadaan yang menunjukkan setiap benda dan perkara telah berada pada tempat yang sah, benar dan wajar bagi dirinya masing-masing.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 06:44 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 30-4-2021 07:01 PM

8.        Amalan pendidikan yang berakarumbikan adab akan berupaya mengembalikan serta mengukuhkan kemuliaan akhlaq seseorang manusia. Jika adab tidak dititikberatkan, nescaya sikap dan perbuatan yang menggambarkan sifat zalim, dayus, jumud dan keras kepala (obstinate) akan berleluasa dalam masharakat dan menyamar sebagai sesuatu yang adil, bertolak ansur, berani dan tegas. Ini menunjukkan bahawa jika adab tidak diberi penekanan secara sempurna dalam pendidikan, perkara ini nanti akan membawa kepada kecenderungan yang bersifat memusnahkan (destructive) di kalangan ahli masharakat.

9.        Seseorang tidak dikatakan sebagai telah dididik atau mendapat manfaat yang sebenar daripada pendidikan selagi dia tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah sebagai Tuhannya Yang Sebenar; selagi dia belum memahami dan melaksanakan tanggungjawabnya kepada dirinya sendiri dengan adil; dan, selagi dia tidak berusaha untuk mengislahkan (memperbaiki dan membetulkan) keadaan hidup masharakatnya sehingga masharakatnya itu akhirnya tahu membezakan antara perbuatan dan kelakuan yang baik dengan yang buruk, atau yang benar dengan yang batil. Orang yang benar-benar terdidik dan menerima manfaat daripada pendidikan itulah digelar sebagai insan beradab (insan adabi). Dia digelar sedemikian kerana dia bukan saja mengenali kedudukan sesuatu pada tempatnya tetapi memperakukannya dengan cara menunjukkan kelakuan dan melakukan perbuatan yang sesuai dengan apa yang dikenalinya itu.

Misalnya, jika dia tahu bahawa manusia merupakan makhluq yang dimuliakan kerana dianugerahkan oleh Allah SWT dengan aqal, maka dia dikatakan sebagai insan beradab jika dia senantiasa memastikan aqalnya itu tidak digunakan untuk tujuan yang lebih rendah daripada apa yang sepatutnya ianya dijadikan; jika dia mengetahui bahawa seseorang ilmuwan diangkat darjatnya oleh Allah sepuluh kali lebih tinggi daripada orang biasa, maka dia dikatakan beradab jika dia senantiasa memastikan supaya ilmu yang disebarkan oleh ilmuwan itu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya sambil memuliakan kedudukan ilmuwan itu; begitu juga, jika seseorang itu tidak berakhlaq dengan akhlaq yang mulia dan tidak pula menunjukkan teladan yang baik sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam, dia dikatakan sebagai tidak beradab terhadap Islam. Seseorang juga tidak layak dikatakan sebagai seorang yang beradab selagi apa-apa amanah yang dipertanggungkan atas bahunya tidak ditunaikan dengan sebaik mungkin. Seseorang juga disebut sebagai tidak beradab selagi dia tidak tahu tindakan mana yang perlu diutamakan serta didahulukan dan tindakan mana yang perlu dikemudiankan. Lebih-lebih lagi tidak berdadab jika semua keputusan penting tidak didasarkan atas kewibawaan ilmu dan hikmah, sebaliknya dilandaskan semata-mata berdasarkan agakan, kejahilan, dan pendapat yang semberono.


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-4-2021 06:46 PM | Show all posts
10.        Oleh sebab itu, pendidikan tidak layak dinamakan sebagai pendidikan selagi ia tidak menekankan aspek adab. Dalam pendidikan, usaha yang gigih perlu dilakukan sehingga memungkinkan adab dapat terus disuburkan sebagai satu kelaziman di kalangan pelajar.  Ini dapat dijayakan dengan cara menajamkan akal-budi para pelajar sehingga adab dapat difahami dan diperakukan dalam setiap bentuk amalan mereka sehingga menzahirkan keadilan. Pendidikan yang menekankan tentang adab boleh dilihat sebagai usaha untuk mengukuhkan ciri-ciri keperibadian insan yang sebenar.


11.        Adab adalah disiplin disiplin tubuh, jiwa, dan ruh yang menegaskan pengenalan dan perakuan tentang tempat yang tepat dalam hubungannya dengan kemampuan jasmaniah, intelektual, dan ruhaniah. Susulan daripada ini, maka segala isi kandungan pendidikan perlulah berkisar kepada perkara-perkara yang menuju ke arah:

i.        Mengukuhkan iman dan mencapai kemuncak kehalusan budi pekerti sehingga seseorang itu tidak mungkin dicemari dengan dosa-dosa besar atau melakukan sebarang bentuk salah laku seperti memunkiri janji dan mengkhianati amanah;
ii.        Menguasai ilmu yang betul dan benar sehingga seseorang itu kelak dapat menghasilkan keputusan yang bijaksana;
iii.        Mempunyai kesedaran akhlaq dan kecekapan saintifik yang tinggi, serta pada masa yang sama, mempunyai keberanian untuk bertindak sewajarnya;
iv.        Mempunyai daya tahan diri yang tinggi dengan tidak pernah berputus asa dalam melaksanakan kebaikan malah mampu membuat perancangan yang strategi bagi tujuan tersebut;
v.        Mempunyai kekuatan mengawal hawa nafsu dan tidak terpengaruh dengan budaya kebendaan; dan,
vi.        Berupaya melaksanakan islah dan menghindari daripada melakukan fasad.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 06:47 PM | Show all posts
12.        Melalui penjelasan di atas, pendidikan difahami mempunyai hubung kait yang rapat dan penting dengan perbuatan insan yang bersifat ikkhtiyari. Ini menunjukkan bahawa manusia diberi kebebasan oleh Tuhan untuk memilih sama ada melakukan atau tidak melakukan sesuatu, dan kebebasan memilih itu pula diikuti dengan kesedaran diri. Oleh sebab itu, setiap perbuatan insan mempunyai kaitan dan kesan yang mendalam dari segi akhlaq. Namun begitu, dalam kebebasannya memilih sama ada melakukan atau tidak melakukan sesuatu, seseorang manusia terikat untuk hanya memilih melakukan perbuatan-perbuatan yang baik dan mulia belaka berbanding dengan perbuatan-perbuatan yang buruk dan keji. Bagi maksud ini, dia perlu dididik dengan sempurna untuk memahami hakikat dan prinsip setiap perbuatannya, matlamat bagi perbuatan itu, kaedah dan tata cara yang betul dan wajar bagi menyempurnakan perbuatan tersebut jika perbuatan itu baik, dan akibat akhir daripada setiap perbuatan.

13.        Oleh sebab itu, salah satu fungsi pendidikan adalah untuk merangsang jiwa insan supaya cenderung ke arah perkara-perkara yang secara hakikinya bermanfaat dan memalingkan jiwa daripada perkara-perkara yang secara hakikinya merugikan. Kecenderungan mahupun pemalingan ini masing-masing bergantung kepada sejauhmana seseorang itu dididik dengan ilmu yang benar dan sahih, dan sejauhmana pula pendidikan itu menyuburkan jiwanya bagi menjadikannya akrab dengan Tuhan. Apabila seseorang semakin akrab dengan Tuhannya, jiwanya akan dikukuhkan oleh Tuhan supaya menetap dalam kecenderungannya ke arah memilih dan melakukan perkara-perkara yang baik dan bermanfaat. Aqalnya pula, yang dicipta oleh Tuhan sebagai tempat pengetahuan tertinggi, akan beroleh mencapai kesempurnaan dan tingkat kemampuan tertinggi dalam mendalami sesuatu hakikat dan kebenaran sehingga aqal itu dapat menjadi ukuran yang benar apabila saling berhubung rapat dengan Shara’. Sehubungan dengan ini, Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa aqal adalah shara’ dalam diri insan manakala shara’ adalah aqal di luar diri insan. Oleh sebab itu, shara’ tanpa aqal tidak ada gunanya dan aqal tanpa shara’ tidak akan sama sekali menemui kesempurnaannya. Perkara sebeginilah yang perlu difahami oleh seseorang apabila dia mengendalikan urusan pendidikan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2021 06:51 PM | Show all posts
14.        Pendidikan bermula dengan kefahaman seseorang tentang hakikat dan sifat insan. Ini disebabkan kebaikan yang diharapkan melalui pendidikan mestilah lahir dari dalam diri individu itu sendiri. Pengertian yang mendalam tentang hakikat dan sifat insan amat penting untuk ditekankan dalam pendidikan kerana daripada pengertian inilah manusia akan sedar akan asal-usulnya; keterikatannya dengan janji asali (mithaq) yang dilaksanakan olehnya di hadapan Tuhan ketika di ‘Alam Alastu; amanah dan tanggungjawabnya di atas dunia; kedudukannya yang mulia berbanding dengan makhluq-makhluq lain; musuh-musuh utamanya; kelebihan dan kekurangannya; dan, kesudahan nasib hidupnya yang abadi di akhirat.

15.        Secara ringkasnya, tabiat manusia terbentuk daripada kekuatan ruh, aqal, dan jasad. Pada manusia secara tabiinya terkandung sifat baik dan jahat. Ini menunjukkan bahawa manusia berada di antara dua kemungkinan. Kemungkinan pertama ialah dia memperoleh kesempurnaan sebagai seorang insan sehingga dia menjadi hampir kepada Tuhan sambil menduduki martabat yang lebih tinggi daripada malaikat. Kemungkinan yang kedua pula ialah dia akan menyamai haiwan kerana hanya mengetahui bagaimana untuk mengembangkan keinginan shahwatnya dan daya marahnya sahaja sehingga akhirnya dia jatuh pada kedudukan yang lebih rendah dan lebih sesat daripada binatang ternakan. Dengan kata lain, manusia mempunyai persediaan sama ada untuk menjadi insan yang baik ataupun jahat. Namun begitu, manusia lebih hampir kepada ciri-ciri baik yakni sentiasa ingin mengenali Tuhannya dan taat serta beribadah kepadaNya dilihat dari segi hakikat kejadiannya yang beraqal. Ini menunjukkan bahawa keupayaan manusia untuk mencapai akhlaq yang mulia bergantung kepada asuhan jiwa dan aqalnya sehingga sampai ke peringkat yang sesempurna mumkin (al-kamal al-mumkin).
Kesempurnaan insan dikaitkan dengan berfungsinya daya-daya dalaman diri insan sesuai dengan tuntutan fitrahnya kerana inilah yang menjadi punca kepada terbitnya budi pekerti utama atau ibu bagi segala budi pekerti (ummahat al-fadhail) dalam diri insan. Jika daya-daya dalaman ini tidak berfungsi sesuai dengan tuntutan fitrah, maka akan lahirlah sifat-sifat keburukan yang merendahkan kemuliaan insan (al-radhail).

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 06:54 PM | Show all posts
16.       Oleh sebab itu, pendidikan yangberakarumbikan adab akan memberi perhatian utama dan berterusan bagimempersiapkan dan melengkapkan seseorang individu dengan keadaan yangmelayakkannya dianugerahkan oleh Allah akan ibu bagi segala budi pekerti ini,iaitu al-hikmah yang berkait dengankeutamaan aqal; al-shaja’ah yangberkait dengan keutamaan fakulti al-ghadabiyyah;al-‘iffat yang berkait dengankeutamaan fakulti al-shahwaniyyah;dan al-‘adl yang merujuk kepadanatijah daripada tercapainya ketiga-tiga keutamaan sebelumnya.  Apabila manusia terdorong untuk melakukansesuatu perkara, maka dorongannya itu akan dipacu oleh fakulti al-shahwaniyyah dan fakulti al-ghadabiyyah. Walau bagaimanapun,kecenderungan asal bagi kedua-dua fakulti ini adalah ke arah melakukanperkara-perkara yang terkeji (madhmumah)seperti kejumudan akal budi dan melampaui batasan kebenaran yang merujuk kepadafakulti al-shahwaniyyah, dan baculdan melakukan sesuatu tindakan secara membuta-tuli bagi fakulti al-ghadabiyyah. Kedua-duanya ibarat airyang mencurah dari gunung, merempuh apa saja yang dilaluinya bagi membebaskandirinya. Oleh sebab itu, kedua-duanya perlu dikawal dan diawasi oleh fakultiyang lebih tinggi daripadanya, yakni yang merujuk kepada fakulti yangterkandung dalam diri ‘aqali. Melaluikawalan dan pengawasan ini maka lahirlah salah satu budi pekerti utama yangdisebut sebagai shaja’ah (keberanian/courage), yakni kekuatan akal budi yangberakarumbikan keyakinan tanpa syak, zan dan waham yang digerakkan dengan istiqamahuntuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan, manakala kawalan danpengawasan pada fakulti al-shahwaniyyahpula akan melahirkan salah satu budi pekerti utama yang disebut ‘iffah. ‘Iffah bermaksud keadaan diri seseorang yang berdaya kuasa mengenakanbatasan kebenaran (the limit of truth)terhadap segala kemahuan nafsunya supaya kemahuan tersebut tidak sampai keperingkat yang melampaui batas agama, contohnya, tidak tamak dalam mencarikekayaan, dan tidak merampas hak orang lain dalam mengejar keuntungan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 06:56 PM | Show all posts
17.        Oleh sebab itu, pendidikan mestilah tertumpu kepada usaha untuk menyempurnakan satu fakulti penting dan utama yang terkandung dalam diri ‘aqali yakni quwwah al-‘alamiyyah (theoretical reason).  Fakulti ini merupakan tempat dilimpahkan oleh Allah akan satu bentuk hikmah yang dinamakan sebagai al-hikmat al-‘ilmiyyat al-nazhariyyah yang meliputi ilmu-ilmu yang bersifat ‘alami, diyakini, dan tetap misalnya tentang Tawhid, hakikat kerasulan, dan hakikat alam arwah dan akhirat. Hikmah ini akan diperolehi setelah fakulti ini mencapai peringkat pena’qulan (intellection) dan ijrad (abstraction) yang sesempurna mungkin lalu dapat menanggapi dan memahami intipati-intipati ilmu yang menjadi prasyarat kepada tercapainya hikmah ini yang dikategorikan sebagai ‘ilmu fardhu ‘ayn iaitu tafsir dan ta’wil al-Qur’an, al-Sunnah, al-Shari’ah, iman, Islam, dan ihsan, sifat, nama, dan perbuatan Tuhan, metafisik Islam yakni tasawwuf yang meliputi psikologi, kosmologi, dan ontologi, juga perkara-perkara yang sah dalam filsafat Islam, dan Bahasa Arab serta ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 06:57 PM | Show all posts
18.       Setelah mencapai tingkat kesempurnaannya,fakulti ini akan memberi kesan kepada fakulti kedua yang tertinggi dalam diriinsan, iaitu quwwah al-‘amaliyyahsehingga terzahirnya di sini suatu hikmah yang disebut sebagai al-hikmat al-khuluqiyyah yang berupayamengendali kecenderungan al-shahwaniyyah danal-ghadabiyyah supaya sesuai dengantuntutan fitrah insan. Al-hikmat al-khuluqiyyah ini berfungsimengatur segala daya atau fakulti bawahnya agar sesuai dengan tuntutan Shara’. Pada al-hikmat al-khuluqiyyah inilah segala ilmu yang penting akandiarahkan kepada pembentukan tingkah laku yang berhikmah yang menunjukkanbahawa tingkah laku itu berada di titik tengah di antara dua tingkah laku yangmelampau, satunya melampau dari sudut berlebih-lebihan (ifrat), dan satu lagi melampau dari sudut kekurangan (tafrit).
Apabilapendidikan memberi tumpuan kepada usaha untuk menzahirkan potensi yang terdapatpada diri ‘aqali hingga memungkinkanseseorang insan mencapai kemuncak segala budi pekerti yakni hikmah, shaja’ah, ‘iffah, dan ‘adl, maka orang itu dikatakan telahmemiliki akhlaq yang terpuji. Hal ini kelak akan membawa kepada zahirnyakeadilan dalam siyasah dan kehidupanbermasharakat Contohnya, dalam siyasah,seseorang itu akan sentiasa sedar akan amanah yang dipegangnya lalu berbuatsesuatu yang sesuai dengan amanah itu, manakala dalam kehidupan bermasharakatpula, seseorang itu tidak akan mengambil sesuatu yang bukan haqnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 06:57 PM | Show all posts
19.        Pendidikan juga perlu mengambil kira dua keutamaan lain iaitu keutamaan tubuh badan (badaniyyah) seperti kesihatan tubuh badan dan keselamatan; dan, keutamaan yang diluar diri dan tubuh badan (kharijiyyah) seperti kekayaan dan selainnya yang menggalakkan kesejahteraan diri, badan, dan perkara-perkara yang berkait dengannya. Meskipun kedua-dua keutamaan ini mempunyai nilai instrumental namun keutamaan ini menjadi keharusan bagi keutamaan jiwa, malah hubungannya dengan keutamaan jiwa adalah suatu yang bersifat kemestiaan (hajat dharuriyyah). Kedua-dua keutamaan ini juga bersifat pragmatik yakni mempermudahkan jalan bagi tercapainya tujuan adan matlamat sebenar insan. Malah usaha bagi mencapai keutamaan ini merupakan satu bahagian daripada usaha penyempurnaan diri, dan setiap perkara yang menjurus kepada kesempurnaan insan adalah suatu kebaikan. Usaha penyempurnaan diri adalah suatu usaha yang selaras dengan fitrah.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 06:58 PM | Show all posts
20.        Fitrah merujuk kepada qadar dan ukuran yang dikenakan oleh Allah S.W.T. dalam mencipta sesuatu yang menyebabkan sesuatu itu berbeza dengan sesuatu yang lain. Kedudukan setiap sesuatu dalam aturan dan tertib kejadian adalah bergantung kepada ukuran itu masing-masing. Inilah yang menayangkan undang-undang Tuhan dan kelazimanNya (SunnatuLLah) dalam mencipta sesuatu. Oleh sebab itu, jika kita melakukan sesuatu berdasarkan kesedaran tentang fitrah ini, maka akan berlanjutanlah keadaan tertib dan harmoni dalam perjalanan alam ini dan inilah yang dinamakan sebagai ‘adl.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 07:00 PM | Show all posts
Perihal Kebudayaan


21.        Kebudayaan adalah satu perkara yang lumrah dengan diri manusia kerana dia dianugerahkan oleh Allah dengan ‘aqal yang berkemampuan mengenali daya dalaman (quwwah) sesuatu lalu merubahnya sebagai hasil ciptaan yang berbagai-bagai bentuk rupa dan perkara bagi disesuaikan dengan alam sekitar dan keperluan kehidupannya. Walaupun hidupan lain kelihatan seolah-olah mempunyai daya yang seumpama ini, namun daya itu adalah cetusan secara naluri daripada daya shahwat (shahwaniyyah) dan marah (ghadabiyyah) yang dicipta oleh Tuhan dalam dirinya, bukannya melalui pertimbangan ‘aqal. Dalam dunia haiwan, naluri daripada daya shahwat dan marah itu berkisar pada citarasa mereka untuk mengisi kesedapan atau keselesaan jasmani dan mengelakkan perkara yang mengancam atau mengganggu keselamatan mereka.  
                                                                                        
22.        Dalam suasana kehidupan yang dipengaruhi oleh pemodenan, kebudayaan secara umum melibatkan daya cipta yang dapat memperkenalkan keluaran-keluaran dan teknik-teknik baru dalam sistem sosial dan ekonomi. Oleh sebab itu, perhatian dan keprihatinan terhadap kebudayaan seringkali sejajar dengan perkembangan ilmu pengetahuan, teknologi serta percambahan ciptaan alat-alat komunikasi moden yang canggih; pengharapan orang ramai terhadap corak hidup dan pendekatan baru yang lebih moden dan membangun yang selaras dengan permintaan dan keperluan sosio-ekonomi antarabangsa. Kemajuan dalam kebudayaan pula dikaitkan dengan keupayaan baru (new capability) untuk melakukan sesuatu yang tidak mampu dibuat sebelum ini, atau jika dibuatpun sebelum ini namun dianggap tidak begitu baik dan tidak memberi keuntungan dari segi ekonomi. Ini bermaksud, kebudayaan kini mensharatkan perubahan dari segi fungsi sesuatu masharakat ke arah meningkatkan lagi keupayaan daya cipta dan membanyakkan lagi kaedah-kaedah atau pendekatan-pendekatan baru bagi melicinkan pencapaian kemahuan yang terkandung dalam agenda pasaran moden yang bertunjangkan kapitalisme.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 07:03 PM | Show all posts
23.        Bagi membolehkan kemahuan ini dicapai, hampir seluruh masharakat di seluruh dunia sentiasa berlumba-lumba untuk meningkatkan ketrampilan dalam urusan ilmu pengetahuan dan teknologi agar mereka dapat mempelopori peluang-peluang baru dari segi keluaran dan perkhidmatan. Perkara ini dilaksanakan melalui penyelidikan yang berterusan dan jaringan kerjasama yang mantap antara pakar-pakar bidang, sama ada dalam mahupun luar negeri. Oleh sebab itu, pendidikan di universiti-universiti, dan latihan-latihan yang dianjurkan oleh organisasi dan firma yang ada sekarang lebih tertumpu kepada peningkatan paras kepintaran teknikal. Tumpuan itu sebegitu rupa agar individu-individu yang mempunyai kepintaran teknikal ini dapat menzahirkan keupayaan-keupayaan baru pada setiap prasarana teknologi yakni dari segi kaedah, proses, atur cara, dan tekniknya agar mereka dapat memanfaatkan sepenuhnya alat-alat komunikasi dan teknologi maklumat yang ada bagi melahirkan budaya moden yang berterusan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2021 07:04 PM | Show all posts
24.        JIka kita perhatikan secara ilmiah, ada sebahagian daripada daya cipta bagi menzahirkan budaya itu dilaksanakan dalam keadaan yang melampaui had kebenaran sesuatu. Ini diakibatkan oleh orang yang terlibat dalam daya cipta itu tidak pernah dididik dengan sempurna dengan ilmu agama atau mereka sendiri mengambil sikap memusuhi agama sehingga mereka jahil tentang batasan kebenaran sesuatu. Orang yang tidak tahu had kebenaran sesuatu seringkali terjerumus menzahirkan beberapa aspek kebudayaan yang berlawanan dengan fitrah insan lalu mengakibatkan keadaan tidak aman dan tenteram dalam kehidupan semua makhluk di alam ini. Lebih-lebih lagi, daya cipta bagi menzahirkan kebudayaan pada masa kini hanya tertumpu kepada aspek luaran sahaja, yang mana nilainya bersifat instrumental. Contohnya, daya cipta dalam melahirkan ilmu-ilmu pengetahuan baru yang hanya digunakan sebagai alat untuk mencapai tujuan dan matlamat yang bersifat pragmatik semata-mata, yakni yang berkisar pada ekonomi dan politik, bukannya matlamat yang menuruti secara tepat dan wajar dengan hakikat dan sifat insan, yakni kenapa dia dilahirkan di atas muka bumi ini dan apakah peranannya yang sebenar sebagai manusia. Ini disebabkan, dalam ruang lingkup sains moden, kepentingan sosio-politik dan ekonomi tidak lagi didasari oleh prinsip agama tetapi dipengaruhi oleh prinsip naturalisme yang terbit dalam kerangka pandangan alam secular-humanisme. Slogan yang sering diutarakan dalam kerangka falsafah humanisme ini adalah “pleasure is the sole good for man and the sole end of human activities”.  Oleh sebab itu, naturalisme sebagai elemen utama sekular-humanisme hanya mengesahkan nilai kepuasan hawa nafsu dan kebahagiaan duniawi.

Nota kaki  

Edward P. Chayney and F.C.S. Schiller, “Humanism”, The Encyclopedia of Social Sciences (New York: The McMillan Company, 1932), vol. 7, halaman 540.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 07:06 PM | Show all posts
25.        Oleh sebab itu, soal memuaskan hawa nafsu dan keperluan yang bersifat badani adalah matlamat yang penting dalam aliran pemikiran moden mengenai pembangunan dan kemajuan kebudayaan. Contoh yang ketara dapat dilihat adalah dalam daya cipta bagi memodenkan bidang pendidikan. Apa yang sering ditekankan dalam hal yang berkaitan dengan pendidikan ketika ini hanyalah daya cipta dari segi pendekatan, peralatan dan teknologi pendidikan, yang matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang mahir dan professional bagi mengisi keperluan pasaran semasa. Susulan daripada itu, budaya pendidikan kini tidak lagi berkisar kepada prinsip dasar pendidikan sebenar yang matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang beradab, tidak sekadar manusia yang berkemahiran dan professional. Bagi kaum Muslimin, khazanah ilmu yang ditinggalkan sebagai warisan oleh ilmuan-ilmuan ulung pada masa lampau dan dilanjutkan oleh sebahagian ilmuan pada masa kini sebenarnya mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang amat besar untuk dimanfaatkan bagi mencapai matlamat yang sebenar dalam pendidikan. Malangnya, usaha bagi memgembangkan khazanah ilmu itu tidak dilakukan dengan giat. Jika dilakukan sekalipun, usaha ini hanya dimainkan oleh segelintir kecil ilmuan sahaja pada masa kini. Ini menunjukkan kaum Muslimin pun telah dipengaruhi oleh rencana dasar filsafat pendidikan Barat sehingga tidak ramai daripada mereka yang bersungguh-sungguh ketika ini untuk mencari jalan menghidupkan dan memanfaatkan semula khazanah ilmu itu sebagai aspek penting pembudayaan dalam bidang pendidikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 07:08 PM | Show all posts

26.        Walaupun amalan membangunkan kebudayaan kini mengandungi matlamat untuk meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat (social wellbeing) namun matlamat itu tidak mempunyai pertalian yang akrab dengan agama kerana naturalistic  and rationality  sahaja yang dipakai sebagai asas rujukan dalam pembentukan matlamat itu, manakala yang menentukan nilai keutamaannya adalah masharakat, bukan agama. Matlamat yang sedemikian secara dasarnya telah menjatuhkan darajat dan martabat manusia ke taraf haiwan lalu mengakibatkan pembangunan dan kemajuan kebudayaan yang disemarakkan oleh pelbagai daya cipta pada masa kini sebagai tidak bermakna. Sehubungan dengan itu, Syed Muhammad Naquib al-Attas mengingatkan:

The enquiring spirit of Western culture and civilization originated with disenchantment towards religion as that civilization understands it. Religion in the sense we mean, as din, has never really taken root in Western civilization due to its excessive and misguided love of the world and secular life and of man and preoccupation with man’s secular destiny. Its inquiring spirit is basically generated in a state of doubt and inner tension; the inner tension is the result of the clash of conflicting elements and opposing values in the sustained dualism, while the doubts maintain the state of inner tension. The state of inner tension in turn produces the insatiable desire to seek and to embark on a perpetual journey of discoveries.   

nota kaki:
[1] Sikap yang membataskan hakikat hanyapada alam tabi’i lalu menghadkan daya dan upaya ilmu hanya dalam lingkunganjirim dan jisim semata-mata.
[1] Sikap yang membataskan capaian ilmuhanya pada kaedah akal fikri semata-mata dan menafikan kewibawaan wahyu danilham sebagai sumber ilmu.
[1]Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam andSecularism (Kuala Lumpur: Islamic Youth Movement of Malaysia (ABIM), 1978),halaman 129.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 07:10 PM | Show all posts
27.        Oleh sebab itu, walaupun pelbagai bentuk budaya dibangunkan yang melibatkan semua bidang kehidupan manusia yang meliputi sosial, politik dan ekonomi, namun kebanyakan manusia menderitai keresahan jiwa dan kekacauan psikologi. Ini membuktikan bahawa bentuk-bentuk budaya itu lebih membawa kepada keruntuhan ‘aqal budi (fasad/deform) berbanding dengan peningkatan darjat insan (islah/reform) sehingga mengakibatkan kekeliruan dari segi makna kewujudan, yakni satu keadaan yang menayangkan kehilangan hikmah, keadaan yang menunjukkan manusia tidak lagi dapat dibezakan dengan haiwan kerana mereka hanya tertumpu kepada mengisi keperluan jasadi yang dipacu oleh kepentingan diri peribadi dan ekonomi semasa. Oleh sebab itu, semakin mereka menumpukan perhatian mereka untuk memenuhi keperluan tubuh badan dengan menzahirkan beberapa unsur kebudayaan yang selari dengan tuntutan tersebut, semakin ramai daripada mereka yang menjadi semakin bingung dan keliru tentang tuntutan ruh insan. Mereka lupa bahawa tumpuan dan pandangan mereka secara melampau pada perkara-perkara luaran tidak berupaya sama sekali untuk menghapuskan kekusutan akibat berkurangnya tahap iman dalam jiwa.


28.        Walaupun kenyatan di atas menampakkan sindiran yang tajam yang dari satu segi bersifat penolakan terhadap mana-mana unsur kebudayaan yang berakarumbikan pandangan alam sekular-humanisme, namun kenyataan tersebut lebih kepada memberi peringatan agar kaum Muslimin lebih berwaspada dalam menerima apa yang datang daripada Barat. Kenyataan itu tidak sekali-kali bermaksud bahawa semua yang datang dari Barat itu wajib ditolak kerana dikhuatari membawa kepada fasad. Ini disebabkan ada bahagian-bahagian dalam kebudayaan Barat serta rupa-bentuknya itu yang harus diterima kerana ia menayangkan hikmah dari segi kehidupan duniawi (physical wisdom) dan berupaya membawa kepada keadilan sosio-politik. Walau bagaimanapun, penerimaan dan penolakan ini mestilah berdasarkan pertimbangan yang lahir dalam ruang lingkup Shari‘ah atas kefahaman dan cahaya petunjuk yang lahir dalam kerangka pandangan alam Islam. Ini disebabkan segala rupa bentuk budaya hanyalah berperanan sekadar alat untuk kegunaan manusia, tetapi yang menjadi dasar dalam memberi nilai kegunaan pada alat itu adalah ilmu yang betul lagi lengkap mengenai agama. Nilai dan keutamaannya bergantung kepada sejauh mana unsur kebudayaan itu dapat disesuaikan dengan matlamat tertinggi Shari‘ah. Perkara ini berkait dengan usaha yang bersifat saintifik berlandaskan ilmu dan kebenaran bagi mengenal pasti kekuatan-kekuatan yang masih terpendam dalam sesuatu perkara dan benda, sama ada yang mempunyai hayat ataupun tiada mempunyai hayat, lalu dihasilkan sebagai ciptaan, sama ada yang bersifat benda mahupun yang bukan bersifat benda, yang mendatangkan maslahah, bukan sahaja kepada manusia tetapi juga kepada seluruh makhluk di alam ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.074481 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list