"Spesis dok rekod stranger dari jauh ni pompuan tak malu ya? Kalau lelaki yang buat? Generasi tiktok ni tak tahu boundary ya."
Video TikTok yang dimuat naik oleh pemain futsal kebangsaan, Intan Serah mendapat kecaman netizen di Twitter.
Manakan tidak, video yang bermula dengan seorang wanita merakamkan sekumpulan pemuda secara curi-curi kerana meminati seorang daripada kumpulan tersebut.
Bagaimanapun, ia tidak menjadi kerana surat tersebut akhirnya diserahkan kepada lelaki yang salah.
Kapsyen Intan yang menyatakan ianya kelakar mengundang kecaman. Memang generasi sekarang tiada rasa malu ke?
Bagi netizen, ianya telah melanggar etika. Tiada yang melucukan apabila merekodkan orang asing lalu memuat naik di media sosial tanpa izin. Apatah lagi menjadikannya bahan jenaka.
Foto : Twitter
Foto : Tik Tok
Namun, berbeza dengan penerimaan di platform TikTok apabila ramai yang menganggap itu sebagai perbuatan lucu. Malahan, mereka seronok serta meminta video yang seterusnya.
Foto : Tik Tok
Setakat artikel ini ditulis, tiada penjelasan daripada Intan yang juga pelakon Gol dan Gincu 2 ini. Mungkin masih merasakan ianya lucu dan perlu dikongsikan momen tersebut.
Jadi, apa yang perlu dilakukan? Menguatkuasakan undang-undang berkenaan merakamkan gambar tanpa izin? - CARI
|