CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1450|Reply: 3

[Sarawak] Covid-19 02/05/2021

[Copy link]
Post time 2-5-2021 07:54 PM | Show all posts |Read mode
COVID-19: 587 kes baharu, dua lagi kematian di Sarawak
KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan 587 kes baharu COVID-19 dengan sebanyak 67 peratus dikesan di daerah Mukah, Bintulu, Sibu, Kanowit dan Kuching, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).


Menurut JPBNS, daerah Mukah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 175 kes di mana 95 peratus kes merupakan penghuni di rumah panjang yang dikesan melalui pengesanan kes secara aktif (ACD) dan saringan kontak kepada kes positif, melibatkan rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Daerah lain yang turut merekodkan kes ialah Bintulu (61), Sibu (57), Kanowit (56), Kuching (45), Kapit (37), Miri (30), Sri Aman (25), Sebauh (20), Song (14), Pakan (9), Serian (8), Meradong (7), Subis (7), Bau (6), Betong (5), Beluru (5), Tebedu (4), Lundu (4), Tanjung Manis (3), Matu (2), Samarahan (2), Tatau (1), Marudi (1), Julau (1), Dalat (1) dan Simunjan (1).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 31,691 kes.
“Daripada 587 kes baharu yang dilaporkan, seramai 47 orang menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 523 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin,” katanya dalam kenyataan hari ini.
JPBNS turut memaklumkan hari ini terdapat dua lagi kes kematian melibatkan jangkitan COVID-19 yang sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini meningkat kepada 182 orang.
Jelasnya, kes kematian ke-181 adalah melibatkan seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 82 tahun yang ditemui tidak sedarkan diri di rumah oleh ahli keluarga pada 25 April 2021 dan dibawa ke Hospital Mukah.
“Kes disahkan meninggal dunia pada 25 April 2021. Sebelum ini, kes didapati mengalami gejala batuk dan hilang selera makan tiga hari dan mulai mengalami sesak nafas.
“Siasatan lanjut oleh Jabatan Forensik mengesahkan kematian kes akibat penyakit COVID-19 dan ujian RT-PCR COVID-19 juga adalah positif pada 29 April 2021.
“Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan kencing manis. Kes ini melibatkan Kluster Sungai Nirai, Selangau,” katanya.
Manakala kes kematian ke-182  kata JPBNS, adalah melibatkan seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 88 tahun yang mendapat rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami sesak nafas.
Kes ujarnya, mengalami gejala muntah dan kelesuan badan beberapa hari yang lepas.
"Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 1 Mei 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis,” katanya sambil merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.
Hari ini juga, kata Jawatankuasa itu, terdapat 472 kes baharu yang pulih dan dibenarkan discaj dari hospital di seluruh negeri ini dan 587 individu disyaki (PUI) baharu dilaporkan.

kredit : utusan borneo 02/05/2021


Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-5-2021 07:57 PM | Show all posts
Tiga lagi kluster baharu di Sarawak, empat kluster tamat



KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak hari ini mengisytiharkan tiga lagi kluster iaitu Kluster Sungai Tengah di Bau, Kluster Sungai Sebemban di Bintulu dan Kluster Sebujok di Sri Aman.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, Kluster Sungai Tengah merupakan kluster komuniti yang melibatkan sebuah kampung di Sungai Tengah, Jalan Matang, daerah Bau.

Mengulas lanjut, kes indeks kepada kluster ini adalah kes ke-27,630 merupakan seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 55 tahun dari kampung tersebut yang dikesan positif COVID-19 melalui saringan individu bergejala pada 24 April 2021 di Hospital Bau.

Kes indeks merupakan seorang suri rumah menghadiri majlis sembahyang untuk saudara yang meninggal dunia di kampung tersebut daripada 19 hingga 21 April 2021.

“Perebakan jangkitan dipercayai berpunca daripada upacara pengebumian dan seterusnya telah merebak kepada ahli keluarga dan komuniti setempat di kampung tersebut.

“Hasil siasatan dan saringan pengesanan secara aktif ke atas kontak rapat dan kontak kasual kepada kes indeks ini serta survelan Influenza Like Illness (ILI), terdapat pertambahan 22 kes melibatkan kluster ini.

“Manakala, sejumlah 175 individu yang disaring dengan 23 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 110 kes dikesan negatif dan 42 kes masih menunggu keputusan ujian makmal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBNS menambah, semua kes yang didapati positif dirujuk dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan PKRC di daerah Kuching dan Bau bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

“Kampung ini juga diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi mengawal dan mengekang perebakan jangkitan,” ujarnya.

Bagi Kluster Sungai Sebemban di daerah Bintulu, kata JPBNS ia merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Sungai Sebemban, Jalan Pesisir Kuala Tatau, Bintulu.

Kes indeks kepada kluster ini iaitu kes ke-28,019 merupakan seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 68 tahun yang dikesan melalui saringan pra-perubatan di Bintulu pada 25 April 2021 selepas dirujuk oleh sebuah klinik kesihatan swasta di Bintulu kerana mengalami lemah seluruh badan dan tiada selera makan.

“Hasil siasatan lanjut dan pengesanan kes secara aktif melibatkan ahli keluarga serta kontak kasual kepada kes indeks dan saringan bersasar di rumah panjang tersebut, terdapat pertambahan 20 kes positif COVID-19 melibatkan kluster ini.

“Manakala, sejumlah 59 individu yang telah disaring dengan 21 kes dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes, 32 dikesan negatif dan enam kes lagi masih menunggu keputusan ujian makmal.

“Semua kes yang didapati positif dimasukkan ke Hospital Bintulu dan PKRC di daerah Bintulu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” katanya.

Ujar Jawatankuasa itu lagi, rumah panjang itu diletakkan di bawah PKPD bagi mengawal dan mengekang perebakan jangkitan.

Manakala Kluster Sebujok, Sri Aman pula, kata JPBNS merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan dua buah rumah panjang di Sebujok dan Kaong Ili Skrang, Engkelili, Sri Aman.

Kes indeks kepada kluster ini iaitu kes ke- 26,750 merupakan seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 62 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Hospital Betong pada 23 April 2021.

Hasil siasatan lanjut dan pengesanan kes secara aktif melibatkan ahli keluarga serta kontak kasual kepada kes indeks dan saringan bersasar di kedua-dua rumah panjang tersebut, terdapat pertambahan 14 kes positif COVID-19 melibatkan kluster ini.

“Manakala sejumlah 163 individu disaring dimana 15 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 21 kes dikesan negatif dan 127 kes masih menunggu keputusan ujian makmal,” katanya.

Sementara tiga kes lagi, katanya, dirujuk ke Hospital Umum Sarawak dan 12 kes positif yang lain dirujuk dan dimasukkan ke PKRC di daerah Sri Aman dan daerah Betong bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Kontak rapat kepada kes-kes positif tersebut juga dimasukkan ke pusat kuarantin untuk tujuan pengasingan dan saringan ulangan bagi mengawal dan mengekang perebakan jangkitan,” ujar JPBNS lagi.

Dalam pada itu, JKN Sarawak turut mengisytiharkan empat kluster tamat iaitu Kluster Jalan Tanjung, Bintulu; Kluster Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu; Kluster Jalan Merpati, Miri dan Kluster Rajang, Tanjung Manis.

Penamatan kluster dibuat selepas tidak ada kes baharu dikesan melibatkan kluster-kluster ini dalam tempoh 28 hari yang lepas.

“Susulan itu, jumlah kluster yang masih aktif di Sarawak setakat ini adalah sebanyak 78 kluster dengan 19 kluster daripadanya merekodkan penambahan kes baharu,” katanya.

kredit : utusan borneo 02/05/2021
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2021 07:58 PM | Show all posts
Daerah Bau kini zon merah COVID-19



KUCHING: Daerah Bau telah bertukar ke status zon merah COVID-19 daripada jingga hari ini, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).


JPBNS berkata, perubahan status bagi zon kawasan jangkitan COVID-19 itu berlaku setelah merekodkan sebanyak 45 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Ini menjadikan jumlah daerah berstatus merah di Sarawak telah meningkat kepada 24 daerah.
Selain Bau, daerah merah adalah Sri Aman, Julau, Sebauh, Lundu, Pakan, Song, Tatau, Bukit Mabong, Kanowit, Selangau, Saratok, Subis, Mukah, Sarikei, Beluru, Samarahan, Serian, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu.
“Manakala daerah Simunjan pula telah bertukar ke status kuning daripada status hijau setelah merekodkan satu kes jangkitan tempatan baharu pada hari ini.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus kuning telah meningkat kepada 12 daerah dan tiada daerah berstatus hijau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengenai laporan notis kompaun, kata JPBNS, polis Sarawak telah mengeluarkan sebanyak 60 kompaun melibatkan 52 kompaun di daerah Kuching, Bintulu (3), Miri (3) dan Bau (2) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Antara kesalahan SOP yang dikenakan seperti mengunjungi premis yang beroperasi lebih masa, tiada penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 6,121 kompaun.
Manakala, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah mengeluarkan 12 kompaun di bawah seliaan Majlis Daerah Dalat dan Mukah (6), Majlis Bandaraya Miri (4) dan Majlis Daerah Serian (2) atas kesalahan pelbagai pelanggaran SOP.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan oleh PBT sejak 1 Februari 2021 hingga hari ini adalah sebanyak 156 kompaun.

kredit : utusan borneo 02/05/2021

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2021 08:00 PM | Show all posts
Lima rumah panjang di Mukah dikenakan PKPD

KUCHING: Lima buah rumah panjang di kawasan Mukah diarah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi mengekang penularan COVID-19.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, rumah panjang yang dikenakan PKPD itu ialah rumah panjang Luni Jugah; rumah panjang Jali Empaling; rumah panjang Lanyau Tuli; rumah panjang Manna Mulok dan rumah panjang Nelson Chuat Glong.

“PKPD di lima buah rumah panjang di Mukah ini akan berkuat kuasa 3 hingga 16 Mei 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, JPBNS turut memaklumkan PKPD di Rumah Juni Ulu Pedanum, Pakan dilanjutkan pada 1 hingga 7 Mei 2021.

Manakala, PKPD di Rumah Terrance Tarang, Ng Selaut Lli, Julau dilanjutkan dari 2 hingga 15 Mei 2021.

Sebelum ini, PKPD dilaksanakan di Rumah Juni Ulu Pedanum, Pakan bermula 17 April hingga 30 April 2021.

Sementara Rumah Terrance Tarang, Ng. Selaut Lli, Julau dikenakan PKPD berkuat kuasa 18 April sehingga 1 Mei 2021.

kredit : utusan borneo 02/05/2021
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.387822 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list