|
Darimana Sebenarnya Otak-otak ini berasal?
Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang.
Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu "Otak-otak Terengganu" dan "Otak-otak Johor." Namun, otak-otak juga boleh didapati di Indonesia (Sulawesi) dan Singapura yang kebiasaanya dipanggil sebagai otah-otah, otah atau otak.
Pada lazimnya otak-otak, dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai 'spring roll'.
Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Seterusnya, isi ikan (kebiasaannya ikan tenggiri) tersebut digaulkan dengan campuran berempah termasuk lada, bawang putih, bawang merah, kunyit, serai dan santan.
Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.
Ada yang mengatakan bahawa otak-otak sebenarnya berasal dari Muar, Johor. Nelayan di Muar tidak mahu membazirka hasil tangkapan ikannya yang banyak lantas menghasilkan menu otak-otak. Untuk menghilangkan bau hanyir ikan tersebut, beberapa campuran telah dibuat bagi menghasilkan rasa yang lebih enak
Terdapat banyak versi yang menceritakan asal usul otak-otak. Tetapi jalan penceritaannya hampir sama. Versi cerita otak-otak yang mana pernah anda dengar?
Sumber: Fb
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|