CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9860|Reply: 84

[Tempatan] SOP Hari Raya Aidilfitri. UPDATE #32

[Copy link]
Post time 4-5-2021 04:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 4-5-2021 08:15 PM

Larangan rentas negeri sehingga 17 Mei – Dr. Adham
Manzaidi Mohd Amin -
4 May 2021


KUALA LUMPUR – Ketika orang ramai menunggu pengumuman penting mengenai prosedur operasi standard (SOP) Hari Raya Aidilfitri petang ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba awal-awal lagi memaklumkan pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan sehingga 17 Mei ini.

Kata beliau, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira lebih 13 kluster direkodkan akibat merentas negeri di beberapa negeri sejak April lalu.

Akhbar, Kosmo melaporkan, Dr. Adham berkata, beberapa kluster komuniti turut dikesan membabitkan kontak rapat dalam kalangan ahli keluarga dan komuniti setempat selepas menghadiri majlis atau program.

“Kami mengesan beberapa kluster yang tercetus dalam komuniti akibat majlis dan program seperti majlis pengebumian, perkahwinan, sambutan perayaan, majlis kesyukuran, majlis pertunangan dan bencana banjir,” katanya pada sidang media semalam.

Pada 1 Mei lalu, Kementerian Kesihatan mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Sarawak.

Ketika ini, lima negeri tersebut kecuali Kedah dikenakan PKP Bersyarat sehingga 17 Mei berikutan bilangan kes Covid-19 yang masih tinggi.

Namun begitu, pejabat Menteri Kanan (Keselamatan) memaklumkan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan sidang media mengenai Covid-19 pada jam 5 petang ini.

Menurutnya, beliau dijangka mengumumkan prosedur SOP bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang turut melibatkan larangan merentas negeri ketika ini.

Antara SOP yang dijangka diumumkan adalah berkenaan ziarah Aidilfitri iaitu jumlah tetamu, ziarah perkuburan serta takbir di masjid dan rumah ke rumah.

Manakala aktiviti yang melibatkan perkumpulan ramai seperti rumah terbuka dan kenduri-kendara sepanjang Aidilfitri dijangka tidak dibenarkan. – MalaysiaGazette

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2021 04:11 PM | Show all posts
Bole senaraikan tak jumlah kluster mana yang buat kes paling tinggi?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:15 PM | Show all posts
aik bukan kluster kerja ke pakcik munturi yg kes tinggi..setau aku kes kluster rentas negeri kat kelantan ja..yg kat selangor ribu2 lemon ni kluster kerja pakcik
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:16 PM | Show all posts
negeri pkpb, jumlah temamu yang hadir adalah berkapsiti 100% kapasiti rumah...

demikianlah
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:17 PM | Show all posts
Ok, noted , thanks R2D2.

So far setakat yg  saya faham  PKP di Kedah, yg lain PKPB.
Ada apa apa berita lagikah tentang beberapa negeri katanya yang ingin memohon PKP dilaksanakan juga?

especially in KL?

sebab dok polemik panjanglah.


Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik menteri as usual la, salahkan orang rentas negeri. Walhal berapa je pencetus covid hasil rentas negeri.. mostly kluster tempat kerja dan sekarang kluster sekolah. Masa korang pak menteri rentas negeri untuk PRN sabah, takde lak korang bunyi apa kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2021 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Selagi industri kilang dan tapak pembinaan tetap dibuka..... pkp sampai ajm pun covid tetap sama
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2021 04:22 PM | Show all posts
Edited by BicaraHatiku at 4-5-2021 04:24 PM

Whatever...koser. Yang vip melangkawi dan menilai karpet ok jer.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kluster kilang industri yang beribu boleh keje cam biasa pulak.... Bangsat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2021 04:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya x perlu la aktiviti ziarah rumah, kuburmasa raya nnt, masing2 beraya je dlm rumah masing2, bukannya mati pun..
Solat raya bg ler tp dgn sop yg ketat...lps solat ajk kna perambat semua balik...kalau tidak sila saman ajk...baru ada akai ajk
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 4-5-2021 04:17 PM
Ok, noted , thanks R2D2.

So far setakat yg  saya faham  PKP di Kedah, yg lain PKPB.


Eerrrr...eerrrrrr.....persalinan serta busana eid tahun ini berapa pasang? Tali selipar jepun yg putus yg kau pakai ke ofis dah berganti? Sibuk semacam aja nak dengar sop eid?

Goshhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kl dgn selangor x pkp mmg setan. Aku smpai postpone booking bilik utk berlibur raya nnti.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:49 PM | Show all posts
TomyamPuteh replied at 4-5-2021 04:46 PM
Kalau kl dgn selangor x pkp mmg setan. Aku smpai postpone booking bilik utk berlibur raya nnti.

Siapa suruh adik bberbuat demikian sedangkan pengumuman rasmi masih belum dikeluarkan
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
dah keluar belom sop nyahhh, harap tiada kunjung mengunnjung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2021 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Pkp gaisss....mereput di rumah saja
Lg reput dr tahun lepas
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Whatever ler. Iols mereput kat rumah sorang2 je pun
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 4-5-2021 05:48 PM
Pkp gaisss....mereput di rumah saja
Lg reput dr tahun lepas

tp bukan pkp seluruh kl selangor..xjd kot yg nk announce hr tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 4-5-2021 04:20 PM

Mmg gagal pn..dpt kuasa scr khianat, dpt la cash gagal satu persatu lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.179657 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list