CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1155|Reply: 3

[Tempatan] Dalam masa 4 bulan pertama tahun ni, ada 902 kes keganasan rumahtangga

[Copy link]
Post time 4-5-2021 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Kes keganasan rumah tangga meningkat sepanjang PKP
Latifah Arifin - Mei 4, 2021 @ 4:30pm


KUALA LUMPUR: Sebanyak 902 kes keganasan rumah tangga dilaporkan dalam tempoh Januari hingga April tahun ini, dengan peningkatan didorong pelbagai faktor, khususnya implikasi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sejak tahun lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun, berkata kebanyakan kes berpunca daripada desakan ekonomi dan tekanan hidup sehingga ada yang bertindak mencederakan pasangan atau ahli keluarga.

"Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM)sepanjang Januari hingga Disember 2020, sebanyak 5,260 kes keganasan rumah tangga telah dibuka kertas siasatan, manakala merujuk kepada statistik Talian Kasih KPWKM, dalam tempoh sama, sebanyak 2,540 kes keganasan rumah tangga telah diterima.

"Bagi empat bulan pertama untuk tahun 2021 iaitu dari Januari hingga April, sebanyak 902 kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan. Statistik ini menunjukkan isu keganasan rumah tangga memerlukan intervensi dan kerjasama pelbagai pihak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Masjid Sebagai Pusat Transit Keganasan Rumah Tangga (KRT) di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini.

Majlis itu dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail dan Ketua Setiausaha KPWKM, Dr Maziah Che Yusoff.

Rina menyifatkan usaha JAWI menjadikan masjid sebagai Pusat Transit Keganasan Rumah Tangga adalah inisiatif amat tepat dengan objektif KPWKM dalam dalam memastikan golongan wanita dilindungi sekali gus mewujudkan komuniti yang prihatin dan peka terhadap persekitaran yang berlaku.

Sebanyak 14 buah masjid di Kuala Lumpur terbabit dalam projek rintis bagi melindungi mangsa keganasan rumah tangga dengan dua daripadanya dijadikan pusat transit, manakala selebihnya berfungsi sebagai pusat aduan dan khidmat kaunseling.

"Masjid ini premis yang dekat dengan masyarakat. Melalui projek ini, kita akan lihat keberkesanan dan bagaimana untuk tambah baik dan memperluaskannya ke masjid-masjid di negeri lain.

"Kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita telah mengambil inisiatif awal dengan membangunkan modul bersesuaian sebagai rujukan oleh pegawai JAWI yang dilantik bertugas di pusat transit ini nanti.

"Modul Skuad WAJA iaitu "Wanita Anti Jenayah" telah dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita dengan kerjasama Institut Sosial Malaysia yang memfokuskan kepada penyampaian ilmu dan kemahiran asas psikologi dalam usaha meningkatkan keseimbangan kendiri, keluarga, komuniti setempat dan masyarakat keseluruhannya," katanya.

Beliau berkata, seramai 19 orang pegawai JAWI dan masjid telah menjalani sesi latihan Skuad WAJA pada awal tahun ini.

Katanya, mangsa yang ditempatkan di pusat itu akan turut dibekalkan kit persalinan antaranya mengandungi baju, seluar, selimut, tuala mandi, peralatan mandi dan keperluan asas wanita.

"Meskipun barangan ini mungkin tidak seberapa, namun diharapkan dengan kit persalinan ini dapat membantu kelengkapan mangsa ketika dilindungi di pusat transit ini kelak daripada berteduh dengan keadaan sehelai sepinggang tanpa sebarang kelengkapan asas sewaktu hadir memohon perlindungan di masjid kelak.

"Mangsa akan ditempatkan sementara di sini sementara menunggu perintah mahkamah untuk dibawa ke pusat perlindungan wanita yang telah diwartakan," katanya.

Dua buah masjid yang terpilih sebagai Pusat Transit Keganasan Rumah Tangga adalah Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Al Ghufran di Taman Tun Dr Ismail.

Sementara itu, dua buah masjid yang menjadi pusat khidmat aduan dan kaunseling termasuk Masjid Al Imam Al Ghazali di Bandar Manjalara, Kepong; Masjid Al Qurtubi di Taman Sri Segambut; Masjid Amru Ibn Al Ass, Bandar Baru Sentol; Masjid Ar Rahman, Jalan Pantai Baru dan Masjid Al Ikhlasiah, Bukit Kerinchi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2021 08:46 PM | Show all posts
apa deme kisah...kes ni memang x pernah zero..ada covid ke takde covid

janji kes covid zero...

kalo kes covid naik...boleh darurat ...tutup parlimen ...rakayt xleh mengundi

kalo kes ni naik apa adaaa....parlimen bukak je





Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku x de pikir lain kalau PKP kesian org yg duk rmh berhimpit,yg gaji hari,yg berbisnes pendapatan merosot,yg ada mak tiri/bpk tiri jahat..belum lg bpk kandung yg mkn ank sendiri.semoga dilindungi la mereka2 yg teraniaya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 10:53 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 4-5-2021 11:27 PM

itu yang kes keganasan rumah tangga.
yang murtad sejak PKP tahun lepas ada sesiapa yang peduli dan buat research?

ada ka lobai dan olarmak yang peduli dengan masalah umat?
bila di kritik, bukan main melenting.
masing2 mengaku pewaris Nabi

Nabi ambil berat dan sayangi umat nya.
yang lobai2 akhir jaman, lagi suka mengampu kerajaan,
dan lagi selesa berkawan dengan golongan kayangan dan bangsawan.

malu ler mengaku diri sendiri olarmak pewaris Nabi.
bila naseb umat Islam ini kau semua tak ambil peduli.

dah la ahli politaik, menteri dan kerajaan ni semua tak boleh harap,
olarmak pun sama join the club.  






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.211569 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list