Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
1562
View
24
Reply

[Jenayah] Guru Besar Mengaku Bersalah Terima Rasuah

[Copy link]

Author: notM    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-5-2021 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Guru Besar mengaku bersalah terima rasuah
NASIONAL

Syahira Yahya - 3 May 2021

Guru Besar mengaku bersalah terima rasuah
   
KUANTAN – Seorang guru besar sekolah rendah di Cameron Highlands mengaku bersalah di hadapan hakim Datuk Ahmad Zamzari ke atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM6,918 pada tiga tahun lalu.

Tertuduh, Sahrum Ayumi Yusoff, 54 mengaku kesemua pertuduhan ketika berkhidmat sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Rata telah mendapatkan dirinya suatu benda berharga dengan tiada balasan iaitu wang berjumlah RM6,918 daripada Zainal Muhammad.


Suapan diterima menggunakan transaksi akaun Maybank milik tertuduh pada bulan Ogos, September dan Disember 2018 sebagai imbuhan untuk kelulusan tender pembekalan makanan di sekolah itu yang diketahui ada hubungan rasmi dengan tugasnya.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan menerima suapan berjumlah RM2,430 pada 16 Ogos 2018 manakala pertuduhan kedua melibatkan tertuduh menerima suapan kedua pada 24 September 2018 bernilai RM765.

Sementara itu bagi pertuduhan ketiga, pada 17 Disember 2018, tertuduh didakwa menerima suapan berjumlah RM3,723


Kesemua perbuatan tersebut didakwa dilakukan oleh bapa dua orang anak itu di Maybank Islamik Berhad cawangan Kuala Rompin, No 21 dan 22 Jalan Utama, Bandar Rompin.

Tertuduh yang diwakili peguam Zameri Mat Nawang, memohon hukuman minimum daripada mahkamah berdasarkan pengakuan bersalah anak guamnya dan kerjasama yang diberikan sepanjang perbincaraan berlangsung serta situasi masa depan tertuduh yang akan ditamatkan perkhidmatan.

Pengumbela juga memohon mahkamah mempertimbangkan rayuan tertuduh dengan alasan isteri tidak bekerja dan seorang anaknya masih bersekolah, selain daripada menjaga ibu uzur dan menanggung seorang anak saudara serta mempunyai komitmen bulanan yang tinggi.


Dalam penghujahan balas, Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Siti Sarah Zainal Abiddin memohon mahkamah agar memberi hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat tanpa mengambil kira nilai suapan sekali gus perbuatan tertuduh menerima suapan mencalar imej pernjawat awam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 4-5-2021 06:44 PM | Show all posts
Sikit noo rasuah tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha cam sial je.

Banking pakai Islamic window tapi pastu makan rasuah. Prffthhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 4-5-2021 07:40 PM
Hahahaha cam sial je.

Banking pakai Islamic window tapi pastu makan rasuah. Prffthhhhh

Salah tu.

Makan rasyuah.
Banking melalui islamic window.
Cuci duit bior nampak suci.

Modus operandi masakini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 4-5-2021 06:44 PM
Sikit noo rasuah tu

Sebab sikit yang jadi rasa tak bersalah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
X berbaloi. Skit punya rasuah pencen hilang, kena jail. Nama busuk lg. Lain kali ambik bilion2 baru puas hati.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada kebiasaannya.....org yang kantoi ni bukan pertama kali dia ambik rasuah...tambah2 pulak ko dah tittle guru besar yg mana mungkin dah gred 54


Lain laa gred 41 baru masuk kerja tak sampai setahun pastu kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan isu baru pn ckgu besar/pengetua mkn rasuah ni..huhuhu..antara kantoi ataupun tak je
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ala sedihnya la nilai suapan tu kecik bebenor, tp risiko hilang pencen. tu la , kdg2 yg mintak tolong ni adik beradik le, kwn rapat le. karang klu x tolong, ckp kerek la, sombong le, x sayang keluarga le.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Beza rasuah dan komisyen? Printer pernah tanya pada pegawai sprm masa kursus btn dulu tapi krik krik sahaja jawapan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
tangkap rasuah bilis berani la.  rasuah yg lompat2 parti tu polis & sprm hilang telor
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 4-5-2021 09:51 PM
tangkap rasuah bilis berani la.  rasuah yg lompat2 parti tu polis & sprm hilang telor

Dh pencen br muncul telur ....ehhh
Tiberrr
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 4-5-2021 07:47 PM
Salah tu.

Makan rasyuah.

Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
printercomel replied at 4-5-2021 09:49 PM
Beza rasuah dan komisyen? Printer pernah tanya pada pegawai sprm masa kursus btn dulu tapi krik krik ...

Kamsen Ada unsur usaha si penerima utk menjayakan sesuatu sbg pertimbangan dia dpt bayaran.

Lepas Tu baru boleh dicabangkan sbg korupsi atau tak (atas ujian salahlaku kedudukan, atau kemampuan kawal outcome mcm si Datuk kartel bilik projek bertahun2 Tu)
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 07:59 AM | Show all posts
guru besor ada nafsu berashwah walau seciput je. Biarlah seciput asal jangan ketinggalan trend berashwah
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-5-2021 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 5-5-2021 12:37 AM
Dh pencen br muncul telur ....ehhh
Tiberrr

Biasa Nye camtu lah....mungkin gomen nak Sita harta pesalah semua kot.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 4-5-2021 08:28 PM
Pada kebiasaannya.....org yang kantoi ni bukan pertama kali dia ambik rasuah...tambah2 pulak ko dah  ...

Takde mknanya gb gred 54 hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian replied at 4-5-2021 08:58 PM
ala sedihnya la nilai suapan tu kecik bebenor, tp risiko hilang pencen. tu la , kdg2 yg mintak tolon ...

kalau tolong tanpa ambik rasuah?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Cekgushilla replied at 6-5-2021 08:01 AM
Takde mknanya gb gred 54 hahaha

Gred tggi gak bsuk2 48 or 52. Mksodnya da gred tggi laa. Tp still nk amek rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
b_n_c replied at 6-5-2021 05:45 PM
kalau tolong tanpa ambik rasuah?

bkn ak la, ak bkn gomen servant. asal cara ak tulis mcm ak pegawai ke nok. maaf ye, ter high expectation pulak cara tulis. xde ko baca jela berita, yg selalu sangkut msti isteri keje pejabat gomen, suami yg own bisnes. x suami ,adik beradik, sepupu dpt tender. yg mcm kes bapak pegawai besar dbkl, anak yg co.director itu mmg pegawai tu punya idea la kot suh anak sendiri bkn company, pastu sub kt kontraktor lain.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list