Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tular rakaman video pelawak kontroversi Lan Pet Pet memukul seorang penghantar makanan.
Video berdurasi 24 saat itu dikongsi pengguna laman sosial dan mendakwa anggota kumpulan Senario terbabit melakukan kekerasan terhadap penghantar makanan berkenaan.
Lan akhirnya tampil menjelaskan perkeara sebenar. Menurutnya, sebelum kejadian dia memandu di Jalan Ampang di hadapan Kedutaan Russia sebelum ternampak penghantar makanan terbabit sedang menunggang motosikal sambil menggunakan telefon bimbit dengan kedudukan motosikal di tengah jalan.
Gusar perbuatan pemuda terbabit mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada dirinya sendiri, malah pengguna jalan raya yang lain, Lan mendakwa dia menghampiri individu terbabit.
"Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila saya kena maki dan menerima provokasi. Saya juga manusia biasa, kesabaran ada batasan. Takkan saya mahu membiarkan sahaja apabila diserang.
"Tindakan saya hanya untuk mempertahankan diri, bukan tunjuk samseng. Bagaimanapun, kami hanya bergaduh dalam beberapa saat sahaja," dakwanya memetik laporan BH Online.
Susulan kejadian, Lan membuat laporan polis berhubung insiden pergaduhan berkenaan termasuk terhadap seorang wanita dalam kereta yang dipercayai merakamkan dan menyebarkan video kejadian itu tanpa mengetahui hal sebenar.
Kredit Foto - BH Online0
Dalam masa sama, Lan akan bertemu pemuda tersebut untuk menyelesaikan isu yang tercetus antara mereka di balai polis.
Eloklah di hari baik bulan baik ini, ambil lah peluang bermaaf-maafan sesama saudara. -
CARI