View: 26291|Reply: 141
|
[Jenayah]
Suami setan pukul isteri Hamil sampai Masuk ICU ,Retak Tulang Belakang, Suami Le
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 7-5-2021 10:45 PM
Seorang wanita dipercayai dipukul oleh suaminya sehingga dia dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Paling menyedihkan apabila wanita berkenaan sebenarnya sedang hamil dan kandungannya masih baru.
Terdapat kesan lebam pada muka dan tangan pesakit
Berita mengenai wanita terbabit telah dikongsi oleh adiknya sendiri yang mendapat tahu kakaknya telah dimasukkan ke wad ICU. Setelah dia tiba di wad berkenaan, dia melihat kakaknya sedang terlantar di katil namun jururawat yang bertugas memberitahu agar tidak mendekati pesakit kerana perlu dibersihkan dahulu.
Ketika dia sedang menunggu kakaknya itu, doktor pakar bahagian otak ingin berjumpa dengannya untuk memberi keterangan mengenai kondisi kakaknya itu. Hasil daripada keterangan terbabit, didapati kakaknya mengalami keretakan tulang pada bahagian belakang, rahang dan juga pada bahagian muka.
Tidak terhenti disitu, doktor memberitahu juga yang pesakit mengalami lebam pada bahagian muka dan mata pesakit merah akibat lebam berkenaan. Selain itu, tangannya juga mempunyai tanda kesan-kesan lebam berwarna hitam dan juga bengkak.
Sempat mengambil cincin emas sebelum menghilangkan diri
Sewaktu dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan, kakaknya telah mengalami pendarahan otak yang agak serius dan mengakibatkan seluruh otaknya dipenuhi dengan darah sehingga perlu menjalani pembedahan otak selama 12 jam.
Menurutnya, kakaknya itu seorang yang lemah lembut dan tidak pernah marah-marah mahupun melenting namun ujian yang dihadapi oleh kakaknya itu begitu berat.
Walau bagaimanapun, suami kepada kakaknya itu hanya menghubungi dia untuk memberitahu kakaknya berada di wad ICU dan pihak hospital memerlukan waris untuk dihubungi. Turut dikatakan juga, ketika suaminya menghantar isterinya itu ke hospital, suaminya sempat mengambil cincin emas pada jari isterinya sebelum hilang tanpa dikesan.
Akibat tidak sanggup melihat kakaknya yang diperlakukan dengan kejam sehingga kakaknya terpaksa bertarung nyawa seorang diri dengan kandunganya yang masih baru, dia telah membuat laporan polis untuk menuntut bela bagi pihak kakaknya itu.
Di sebalik kisah perit yang dialami oleh wanita berkenaan, rupa-rupanya suaminya sudah ada isteri pada sebelum ini. Pendedahan berkenaan telah buat oleh seorang wanita yang mengaku bahawa dia baru mengetahui perkara ini selepas menjadi viral.
Dikatakan selama empat tahun perkahwinan mereka, wanita berkenaan tidak tahu langsung mengenai suaminya yang mempunyai isteri lain. Malah mempunyai anak yang berusia setahun lebih dan kini sedang hamil anak mereka yang kedua. Walau bagaimanapun, wanita tersebut memilih untuk mendiamkan diri saja.
Sumber : Fazariah Nordin , ziahzara15 |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Celaka punya jantan... muka je innocent perangai x layak utk hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Makan apa weiii jantan ni
Smpai takde hati perut mcm ni
Polis sila tangan2 kan sikit dja ni
Kalau dapat |
|
|
|
|
|
|
|
Cmna kawen lain istri no1 x tau?
Istei no2 kawen kt siam ka?
Sapa suh kawen ngan org jahat |
|
|
|
|
|
|
|
jahanam punya jantan..sengkek sangat ke sampai cicin emas bini pon ko rembat..semoga mampus kena lenyek lori |
|
|
|
|
|
|
|
Astaghfirullah.... kenapa kejam sgt drug addict ke nih takde hati perut langsung.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kdg2 da tahu laki tu ekonomi cmne, sifat dia cmne. Tp prempuan2 ni bodoh gak. Ujung2 mnta simpati org rmai |
|
|
|
|
|
|
|
Haramjadah.. Dasar loser.. Berani dgn perempuan saja la.. Bila dgn lelaki terus kecut telur. |
|
|
|
|
|
|
|
Jap...yg kena pukul ni 2nd wife?
1st yg dah de anak? |
|
|
|
|
|
|
|
haruslah replied at 7-5-2021 06:05 PM
Jap...yg kena pukul ni 2nd wife?
1st yg dah de anak?
sefaham i mcm tu jugak..yg first taktau laki dia kawen lain..ikut pemahaman i la..kot i salah pun bleh jadi jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Antara yg isteri2 nya ni...mane satu no 2...ko kawen kat Siam ke....kalau kawen kat Siam Tu lain Kali panjang akal sikit Tanya kenapa kawen kat Siam..pi la selidik...pej agama pun lembap..nak check status kat online asyik loading ....yg kesian kat perempuan la...asyik kena tipu je.... |
|
|
|
|
|
|
|
Terdesak duit banyak berhutang sana sini ke hapa sampai sanggup rembat cincin bini. Moga dihukum setara perbuatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kiranya yang kena pukul ni 2nd wife. 1st wife pun baru tau laki ada 2nd wife lepas kes viral.. hebat sangat dia lari sana sini. bagi makan buaya kt zoo pun di ludahnya kot. syaiton perangai pukul pompuan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kdg2 taktau nak kesian dgn pempuan yg kawen kat siam turn out bini bernombor |
|
|
|
|
|
|
|
Harap kandungan mangsa gugur la
Xpayah ada kaitan dgn laki xguna tu lg |
|
|
|
|
|
|
|
Siapakah nama lelaki yg memukul isterinya |
|
|
|
|
|
|
| |
|