View: 2295|Reply: 10
|
Langgar SOP, Awie Sedia Beri Kerjasama
[Copy link]
|
|
Datuk Awie sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada majlis amal di sebuah hotel di Melaka, pada 7 Mei lalu.
Awie atau nama sebenar, Ahmad Azhar Othman, berkata beliau sudah memberi keterangan di Ibu Polis Kontinjen (IPK) Melaka, malam kelmarin.
Foto: mStar
"Malam kelmarin, saya sudah pergi ke balai polis dan memberi keterangan mengenai apa yang berlaku.
"Saya buat semua apa yang diminta polis. Alhamdulillah, semuanya positif kerana polis sudah jelas mengenai apa yang saya lakukan di sana (majlis amal di Melaka).
"Cuma sekarang, saya sedang menunggu tindakan selanjutnya. Kalau perkara ini akan dibawa ke mahkamah, maka ke mahkamah lah saya (pergi).
"Saya tiada masalah untuk beri kerjasama. Saya yakin tidaklah teruk sangat melanggar SOP.
"Orang ramai hanya menilai daripada rakaman video pendek itu... Mereka tidak tahu apa berlaku sebenarnya," katanya kepada BH Online.
Sebelum ini, video klip berdurasi 42 saat tular dalam media sosial memaparkan Awie bersama beberapa individu sedang menyanyi pada majlis berbuka puasa sempena Misi Kemanusiaan Datuk Awie Bersama Sayap-Sayap Wings di sebuah hotel di Melaka.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman dilaporkan berkata, polis akan mengambil keterangan kesemua individu yang terbabit dalam rakaman video berkenaan.
Foto: NSTP
Tindakan itu diambil selepas polis menerima laporan mengenai dakwaan pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada majlis itu.
Awie berkata, video yang dirakam pada acara yang berlangsung pada 7 Mei itu adalah bagi meraikan dan memberi sumbangan kepada komuniti penarik beca yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
"Sebelum rakaman video itu, mereka tidak tahu apa yang saya buat. Saya terbabit dengan satu misi kemanusiaan bersama 160 penarik beca beragama Islam dan bukan Islam.
"Kami beri sumbangan kepada orang tua, anak-anak tahfiz, anak-anak yatim dan ibu tunggal.
"Misi itu orang tidak nampak. Apa yang orang nampak rakaman video lebih kurang 30 saat itu.
"Jadi, mereka yang tak tahu keadaan sebenar, usahlah komen. Kita bersangka baik sahajalah. Takkan saya nak merosakkan SOP yang sudah ditetapkan?
"Sedangkan dalam video itu sendiri orang boleh dengar saya menyuruh mereka duduk dan patuh SOP," katanya.
Awie berkata, sebelum memasuki hotel berkenaan, dia memeriksa suhu badan dan akur SOP ditetapkan.
Namun, Awie berharap orang ramai tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui situasi sebenar.
"Saya tak salahkan pun abang-abang penarik beca ini kerana mereka teruja diraikan.
"Malah, saya tidak minta apa-apa pun sebagai balasan. Saya buat majlis itu pun tidak memanggil media. Kita buat kerana Allah, jadi janganlah disebabkan ini saya dimaki dan dihina.
"Janganlah menghentam saya mengatakan saya ada gelaran Datuk tapi bodoh dan sebagainya.
"Dalam keadaan sekarang, orang sedang susah, kita membantu dan kita pula yang dihentam dan dituduh bukan-bukan.
"Inilah yang dikatakan akhir zaman iaitu zaman fitnah di mana fitnah seperti ini sangat mudah tersebar," katanya. -CARI
Sumber: Berita Harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah awie sbb mengambil berat keperluan penarik beca. Psl SOP tu aku taknak komen la. Cuma tersentuh sikit dgn niat amal dia tu |
|
|
|
|
|
|
|
Face mask tuu mana? Susah ke nak pakai? Anak erra fazira alisya yg baru 12 tahun pun tahu jaga SOP. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la bertanggungjawab..dh salah ngaku dan byr denda. Aritu beriya kata jg sop sbb ada baby baru kt rumah...now....jgn buat lg tok |
|
|
|
|
|
|
|
harap kena denda duit kalau x, x adil. |
|
|
|
|
|
|
|
Siasatan belum lengkap, bagaimana Awie bayar denda?
MELAKA: Pihak polis masih menjalankan siasatan dan belum mengenakan kompaun terhadap Datuk Awie yang dipercayai telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, pihaknya bagaimanapun telah mengambil keterangan pihak penganjur dan Awie, petang semalam.
“Siasatan masih diteruskan kerana kita masih belum mengambil keterangan beberapa orang daripada persatuan beca yang turut terlibat dalam kejadian tersebut.
“Apabila selesai nanti, kita akan hantar terus kertas siasatan yang lengkap kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporkan beberapa buah media semalam yang menyatakan Awie sudah membayar denda terhadap kesalahannya itu.
Menurut laporan tersebut, perkara itu disahkan pengurus penyanyi rock tanah air itu, Mubarak Akhtar.
Razali berkata, setakat ini kontinjen Melaka tidak menerima apa-apa bayaran denda daripada Awie.
“Siasatan belum lengkap, bagaimanapun pula denda telah dibayar?
“Kita akan lengkapkan siasatan kes ini secepat mungkin. Orang boleh bercakap apa sahaja, namun di pihak kami, kita tunggu tindakan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya sahaja nanti,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum rakaman video itu, mereka tidak tahu apa yang saya buat. Saya terbabit dengan satu misi kemanusiaan bersama 160 penarik beca beragama Islam dan bukan Islam.
Ko langgar SOP ape kaitan ngn MISI bodoh lain ni.
Ape dgn misi tu ko leh ke langgar SOP tu?
Ape jenis argument ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kata dh bayar saman..tp polis lom selesai siasat..jgn menipu di bulan ramadhan tok..ke wartawan yg salah |
|
|
|
|
|
|
|
Xlarat pengurus sembang si awie dh byr kompoun.. Pfft.. Xnk benda kecoh pon xpyh bt fake story. Sabar jela.. |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 11-5-2021 01:01 PM
Ko langgar SOP ape kaitan ngn MISI bodoh lain ni.
Ape dgn misi tu ko leh ke langgar SOP tu?
...
Masa tuk bt penyucian la..dia ni owner night club kt perak sana kan. Heheh |
|
|
|
|
|
|
| |
|