View: 2425|Reply: 9
|
Intan Najuwa Dah Kebal Dengan Cemuhan
[Copy link]
|
|
Belum sedekad menghayun langkah sebagai anak seni, nama pelakon kecil molek, Intan Najuwa, 24, sudah dihambat dengan pelbagai kontroversi.
Bermula kisah dicari polis untuk menjadi saksi perbicaraan membabitkan kes dadah, dua tahun lalu kepada gambar intim bersama hero drama Setelah Ku Dimiliki, Zul Ariffin yang mencetuskan kekecohan hingga hari ini.
Foto: IG
Ia juga dikatakan menjadi punca terlerai ikatan pertunangan Intan bersama usahawan dari Kedah, Razarul Anwar Rusli, tahun lalu. Baru-baru ini, kisah Intan dan Zul Ariffin tular semula apabila aktor berbadan sasa itu dituduh sebagai punca perpisahan Intan dan Razarul.
Gara-gara satu demi satu kontroversi, berbakul-bakul cemuhan diterima pelakon yang mula menempa nama melalui drama Kekasih Paksa Rela dan Tuan Danial itu.
Jujurnya, andai tidak kuat menahan sepak terajang dunia glamor yang agak 'dahsyat', mungkin saat ini nama Intan sudah lama lenyap daripada dunia seni.
Meskipun dihambat pelbagai kontroversi, gadis kelahiran Johor Bharu yang melangkah dalam dunia lakonan pada usia 18 tahun menerusi Metrowealth Pictures itu masih mampu bertahan hingga hari ini.
"Bagi saya, tidak perlu menoleh ke belakang, sebaliknya setiap apa yang berlaku perlu dijadikan iktibar untuk menjadikan saya insan lebih baik. Saya tidak mahu menyusahkan orang tua dan keluarga. Setiap kontroversi yang berlaku saya anggap sebagai pengajaran.
"Tidak dinafikan, banyak tohmahan dilemparkan rentetan daripada kontroversi berkenaan. Namun, ia tidak langsung melemahkan semangat, lagipun saya seorang yang sangat positif. Saya lebih suka memandang ke hadapan dan tidak suka menghiraukan apa yang orang perkatakan.
"Saya tidak gemar melayan komen negatif netizen dalam platform media sosial kerana saya tidak memerlukan orang luar untuk campur tangan dalam urusan peribadi. Bagi saya, selesaikan sendiri isu peribadi, lagipun benda tidak akan selesai jika saya terus melayan komen orang.
"Apa yang penting adalah sokongan keluarga dan peminat," katanya kepada BH Online.
Dijolok mengenai ikatan pertunangan selama enam bulan, Intan sebolehnya enggan mengenang semula momen tidak enak, lebih lagi apabila dirinya dipersalahkan tatkala hubungan dengan usahawan yang berbeza jarak usia 16 tahun itu berakhir.
Intan mengikat tali pertunangan dengan Razrul, 40, pada tanggal 18 Ogos 2018, di sebuah hotel di Johor Bahru, namun ikatan pertunangan terlerai enam bulan kemudian.
Meskipun tidak bergelar tunangan orang, Intan pernah berkongsi gambar bersama bekas tunangnya hingga ramai membuat spekulasi hubungan mereka kembali bertaut.
Namun, Intan mengesahkan hubungan dengan Razrul sudah lama berakhir pada Februari lalu. Intan menjelaskan, mereka tidak pernah menyambung semula ikatan pertunangan yang sudah terlerai seperti didakwa.
"Kami putus sekali sahaja dan tak pernah bermusuhan, sebaliknya berkawan baik hingga saat itu. Hubungan kami berakhir secara baik, malah kami tidak menaruh sebarang dendam kerana tidak mahu memanjangkan apa yang berlaku.
"Lantaran itu, ramai menyangka kami berbaik semula, seterusnya membuat spekulasi kononnya kami putus buat kali kedua. Semua cerita ini tidak benar. Kami tidak berhubung selepas kejadian berkenaan.
"Kami memutuskan membawa haluan masing-masing," jelas Intan.
Hampir dua tahun menjalani hidup solo, Intan berkata, dia semakin selesa dengan kehidupannya. Bukan serik untuk kembali menyulam cinta, sebaliknya merasai ketenangan yang tidak terungkap dengan kata-kata.
Lagipun, katanya, dia ingin fokus kepada kerjaya dalam bidang lakonan dan perniagaan produk penjagaan rambut dan wajah.
"Buat masa ini, saya belum bersedia kembali bercinta. Bukan serik, tetapi saya selesa bersendiri untuk sementara waktu. Saya hanya ingin memberikan fokus kepada kerjaya dan keluarga, buat masa ini.
"Ketenangan dan privasi amat penting. Saya langsung tidak terlintas di fikiran kriteria lelaki yang diinginkan. Lagipun, saya masih muda. Saya hanya mengikut peredaran masa dan menyerahkan soal jodoh mahupun rezeki di tangan Tuhan.
"Saya tidak mempunyai sebarang syarat sama ada mahukan lelaki muda atau berusia. Walaupun hubungan dengan lelaki lebih berusia gagal, namun ia tidak bermakna saya serik. Namun, seperti dikatakan, buat masa ini, saya tidak memikirkan ciri-ciri lelaki yang sesuai untuk dijadikan pasangan," katanya.
Sementara itu, ditebak mengenai hubungannya dengan Zul Ariffin yang dikatakan punca hubungan dengan tunangnya terlerai, Intan menjelaskan, dia sangat profesional, malah tidak kisah seandainya ditakdirkan bergandingan sekali lagi dalam drama.
Ujar Intan, hubungannya dengan aktor bertubuh sasa itu tidak pernah bermasalah. Justeru, dia tidak melihat kenapa perlu mengelak daripada bekerjasama dengan bintang pujaan ramai.
"Saya tidak suka mencampur adukkan urusan peribadi dengan kerja. Saya terbuka bekerjasama dengan Zul Ariffin kerana hubungan kami tiada masalah. Industri ini kecil sahaja, pusing-pusing kita akan berjumpa orang sama, jadi tiada guna untuk kami bermusuhan," katanya.
Baru saja selesai menjalani drama Tak Sempurna Mencintaimu, Selasa lalu, nama Intan Najuwa agak tenggelam selepas isu kontroversi, kembali menjadi sebutan peminat, baru-baru ini.
Namun, lakonannya sebagai Siratul dikritik dan dilabel sebagai 'kayu' meskipun sudah enam tahun berada dalam industri seni.
Tidak melatah dengan kritikan yang boleh dianggap 'keras', Intan mengakui, dia masih belajar untuk memperbaiki teknik lakonan.
Katanya, kesibukan dengan kerja menyebabkan tidak berkesempatan menghadiri kelas lakonan, tetapi dia sedaya upaya menimba ilmu daripada pelakon berpengalaman di lokasi penggambaran.
Intan menafikan, impiannya menjadi pelakon disebabkan mengejar glamor, sebaliknya minat terlalu mendalam dalam bidang lakonan.
"Saya tidak kisah dengan label diberikan penonton terhadap lakonan saya. Bagi saya, biasalah kena kritik. Apabila masuk bidang lakonan, saya harus menerima dengan hati terbuka komen positif mahupun negatif.
"Saya akui, mutu lakonan masih belum sempurna. Saya anggap setiap projek drama yang dijayakan adalah ruang untuk saya memperbaiki diri. Saya masih terlalu baru dan banyak lagi yang perlu belajar dan ditempuh, jadi saya berharap penonton dapat memberikan peluang untuk saya memperbaiki diri.
"Ini kerana kita semua insan biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan," katanya. -CARI
Sumber: Berita Harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mungkin dia tak tau cercaan kurex kat forum macam mana. baru ko tau erti penyesalan nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Dari sudut etika bisnis, menggunakan nama artis atau celebriti amatlah tidak beretika, salah bila menggunakan nama mereka tanpa izin.
Membaca tulisn awak ttng perkara ini shnga berlarut2 menilai figura MF n suami, saya rasa agak berlebihan. Tak seharusnya awak menilai begitu keji kerana dikhuatiri boleh berkibat buruk kpd diri awak sendiri. Kerana pulut santan binasa. Jika awak menulis berlebihan shnga boleh mencemarkan nama baik/reputasi seseorang, awak harus ingat ada undang2 yg boleh diambil.
Kita boleh suka atau tak suka kpd seseorang (artis or celeb), tapi kita tak ada hak nak fizikal shamming atau mempertikaikan rezeki yg diperolehnya. Pihak yg sanggup membayar kpd bakat seseorang tentu lebih tau menilai dan itulah periuk-nasi mereka sedangkan periuk-nasi kita ada di platform lain. Ape lagi di hujung2 Ramadhan, kenapa lagha sangat, madah bicara pun tak ikut berpuasa. Kita semua wujud dn hadzir di pentas dunia berbekal rezeki masing2. Dia makan rezeki dia dn kita makan rezeki kita.
Sekian dari saya, neither MF's fan nor her hater
- nolya |
|
|
|
|
|
|
|
OooOooao..org Johor rupanya...
Jap..perasan tak kenapa kebanyakkan artis dtg dari Johor ekkkk ?
Sampai skang asik dok terpikir.. |
|
|
|
|
|
|
|
panjang betul cerita dia dalam posting ini.. cuma mmg ramai betul eh kutuk dia. sabo ajelah. haha |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah kalau jadi artis. |
|
|
|
|
|
|
|
Pehal plak ada beberpa benang minah ni kat bodgos. Cubaan menaikkan nama nan sendu ke ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah sendu ka sampai nak kena up benang mcm ni? |
|
|
|
|
|
|
|
AKu kdg2 tertanya, ejen/pengurus diorang mmg ade yg cr wartawan and bayar utk buat artikel eh, termasuk wartawan cari.
Sbb thread ni sgt la kosong xde isi |
|
|
|
|
|
|
| |
|