CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1599|Reply: 0

Pengasas Sebenar Di Sebalik Teori ‘Flat Earth’ Bukan Suhaimi Saad

[Copy link]
Post time 12-5-2021 08:04 AM | Show all posts |Read mode
Pengasas Sebenar Di Sebalik Teori ‘Flat Earth’



Dalam setiap ideologi mahupun teori, pasti ada pengasas di sebaliknya. Begitu juga pengasas atau bapa kepada teori ini adalah seorang lelaki Inggeris dari Britain yang bernama Samuel Birley Rowbotham.



Samuel yang dilahirkan pada tahun 1816 merupakan seorang penulis dan pencipta yang aktif pada penghujung abad yang ke 19. Pada ketika itu, dalam kalangan masyarakat barat telah berlangsungnya revolusi saintifik apabila terdapat beberapa kemunculan pandangan saintifik mula mencabar isi kandungan Bible. Hal ini juga telah mempengaruhi Samuel untuk mengubah pemahamannya terhadap kitab tersebut.




Samuel telah menafsir kitab Bible secara literal apabila aspek yang patut diambil kira seperti maksud tersurat dan tersirat tidak dipedulikan. Pada ketika itu juga, beberapa usaha dari masyarakat barat telah dilakukan apabila mereka cuba untuk mentafsir semula isi kandungan Bible agar ia lebih tepat. Hal ini terjadi disebabkan oleh desakkan individu yang skeptikal seperti John William Draper dan Andrew Dickson White yang gemar menyebarkan propaganda ketika itu.




Dalam mentafsir kitab tersebut, beberapa ayat di dalamnya seakan-akan memberikan gambaran bahawa bumi itu adalah rata. Antaranya adalah ayat-ayat dalam Isiah 11:12 dan 40:22, Psalm 75:3 dan Revelation 7:1. Samuel kemudiannya memilih untuk menilai semula pendiriannya apabila berlaku perdebatan antara agamawan dan tokoh sains. Dia yakin bahawa kitab Bible hendaklah diambil secara liberal berdasarkan ayat yang direkodkan.

Untuk membuktikan fahamannya, Sam telah menggunakan hujah-hujah agama dari kitab Bible yang dikutipnya dan turut menggunakan kaedah mirip sains.



Pada tahun 1838, Samuel telah mencipta satu kaedah bagi menentukan bentuk permukaan bumi yang sebenar yang diberi nama ‘Eksperimen Keratan Bedford’ (Bedford Level Experiment). Sebuah terusan sepanjang 15 km yang terletak di sebuah kampung bernama Welney, Bedford telah dijadikan sebagai lokasi kajian Samuel disebabkan oleh bentuk dan panjang kampung itu yang lurus serta tidak diganggu apa-apa halangan.



Menggunakan peralatan seperti teleskop, Samuel telah mengukur jarak penglihatannya dengan bot atau perahu yang terletak lebih kurang 9.7 km daripada lokasi beliau. Menurut hipotesisnya, jika permukaan bumi adalah bulat dan mempunyai lengkungan, sudah pasti permukaan air akan menutup penglihatannya yang mana akan turut menghalang melihat keseluruhan badan bot tersebut.



Hasil yang ditemukan dari eksperimennya, Samuel mendapati bahawa permukaan air adalah rata dan sekaligus menidakkan pandangannya bahawa bumi mempunyai lengkungan. Berikutan hasil uji kaji ini, Samuel telah merekodkan teori tersebut di dalam bukunya yang berjudul ‘Zetetic Astronomy: The Earth Is Not A Globe‘ di mana isinya merupakan komplikasi pandangan dan bukti yang merekod fahaman ini.

Ini hanyalah merupakan kajian dan pendapat yang dibuat oleh penulis sahaja.

Sumber:
The Vocket

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.048409 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list