CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18881|Reply: 175

[Dunia] Roket dan semua senjata Palestine dibekal Iran. Negara Islam lain cuma pot pet p

  [Copy link]
Post time 14-5-2021 11:08 AM | Show all posts |Read mode
bila aku check ada tak negara yg tolong palestine perang Isreal yg aku jumpa cuma Iran je. Mcm tak pecaya cuma negara syiah yg dikata laknatullah ni rupanya yg sejak awal siapkan Mujahidin palestine sejak dulu sampai lah la ni. senjata, duit, politik semua depa bekalkan. kaum muslimin lain yg dipimpin erdogan dan Saudi setakat kutuk2, maki2, hamun2 sejak 50 tahun lamanya..... poyyyyoo semua




















Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2021 11:15 AM | Show all posts
sorry erdogan ada jugak tolong tapi tolong support ekonomi ISrael sambil buat2 jadi hero isu palestine



Two-faced Erdogan lifts 10-year Israel cargo ban and backs Palestine





Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 11:15 AM | Show all posts
Iran antara yg terkuat dalam ketenteraan.

Dulu aku dan abang aku ke sana ,masa cop passport tu dia boleh lempar passport bila nama ko ada "isa" "Isaac"


bila ambil balik passport nak makan ubat  baca Basmallah ,terus pegawai tu toleh tanya are you muslim??

ye

begtu anti dengan kristian apatahlagi dengan yahudi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2021 11:27 AM | Show all posts
MontanaHannah replied at 14-5-2021 11:15 AM
Iran antara yg terkuat dalam ketenteraan.

Dulu aku dan abang aku ke sana ,masa cop passport tu di ...

aku tak fikir pasal kristian, pasal depa pun ramai je kristian. entahlah
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
MontanaHannah replied at 14-5-2021 11:15 AM
Iran antara yg terkuat dalam ketenteraan.

Dulu aku dan abang aku ke sana ,masa cop passport tu di ...

Dekat kaunter cop passport iteww jugak kau ambik dan makan ubat? Ubat jantung keww sampai tak nyempat nyempat?

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 11:35 AM | Show all posts
Malaysia support juga Iran...kita ada sumbang secara rahsia kpd ekonomi iran
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2021 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia hanta tentera bawang cukup dah. Israel cukup terkesan dan tetekan kate nyer. #Israel koyak. Syukur Alhamdulillah. Kita memperoleh kemenangan!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 11:43 AM | Show all posts
stingercayenne replied at 14-5-2021 11:32 AM
Dekat kaunter cop passport iteww jugak kau ambik dan makan ubat? Ubat jantung keww sampai tak nyem ...

selamat hari raya budak stinger yg hitam legam , yang xcomel yang masam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2021 11:43 AM | Show all posts
Aliaskotonggo replied at 14-5-2021 11:27 AM
aku tak fikir pasal kristian, pasal depa pun ramai je kristian. entahlah

mereka xsuka nama Isa, Isaac tu .


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia antaq duit kan..yg kita ramai2 dok sumbang tu...insyAllah sampai ke sana...walau kera jaan kita x byk bunyik...tp kita2 ada buat sesuatu
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
stingercayenne replied at 14-5-2021 11:32 AM
Dekat kaunter cop passport iteww jugak kau ambik dan makan ubat? Ubat jantung keww sampai tak nyem ...

Hahahha kelako... Kalau meden logik gak... Ubat penenang
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 11:55 AM | Show all posts
sepatutnya malaysia sumbang 2-3 bijik kenderaan perisai di bawah kpd palestine

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
MontanaHannah replied at 14-5-2021 11:43 AM
selamat hari raya budak stinger yg hitam legam , yang xcomel yang masam...

Tak sambut la....posa tak cukup....


Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 11:56 AM | Show all posts
Edited by ifanonline at 14-5-2021 11:58 AM

Tarantula kenderaan perisai pertama buatan Malaysia

Fahmy A Rosli - April 2, 2021 @ 4:56pmfahmy.azril@bh.com.my
[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=]43[/ur
KUALA LUMPUR: Tarantula secara rasmi dipilih sebagai nama kenderaan nasional berperisai mobiliti tinggi empat roda (HMAV 4x4), buatan tempatan yang pertama, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, pemilihan nama kenderaan itu berdasarkan spesis labah-labah daripada keluarga Theraphosidae atau di Asia digelar 'Earth Tiger'.

Katanya, karakter dan keupayaan yang ada pada labah-labah Tarantula menggambarkan 'kekuatan' kenderaan perisai yang dibangunkan bakat tempatan.
"Saya sangat berbesar hati diberi peluang melancarkan dan menamakan kereta perisai tempatan buatan Malaysia sebagai Tarantula.

"Kereta perisai ini melalui pelbagai ujian daripada kumpulan uji nilai Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) Kementerian Pertahanan.

"Dari segi ujian atas jalan raya selama sembilan hari, ia merangkumi perjalanan 700 kilometer (km) dan 300 km lagi ujian panduan 'offroad'.



Bahagian dalam Tarantula HMAV4x4. - NSTP/Aizuddin Saad

Bahagian dalam Tarantula HMAV4x4. - NSTP/Aizuddin Saad

Tarantula HMAV4x4 adalah kenderaan berperisai dengan keupayaan lasak untuk bergerak pantas di atas pelbagai bentuk muka bumi. - NSTP/Aizuddin Saad

"Ia dinamakan Tarantula HMAV4x4 kerana Tarantula adalah kumpulan labah-labah bertaring besar dan berbulu, mempunyai keupayaan mengubah warna serta tingkah laku mengikut persekitaran. Sebab itu kekuatan kereta perisai ini sama dengan Tarantula," katanya pada sidang media selepas mengumumkan nama HMAV4x4 pertama Malaysia di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz; Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang; Penasihat Mildef International Technologies (MILDEF), Jeneral (B) Tan Sri Raja Muhammad Affendi Raja Muhammad dan Pengarah Urusan MILDEF, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa.

Pada majlis sama, turut dilancarkan adalah logo rasmi kenderaan berperisai itu.

Mengulas pencapaian hasil inovasi syarikat tempatan, Ismail Sabri berkata, apa yang ditonjolkan MILDEF adakah bukti bakat dan syarikat tempatan juga mampu menghasilkan kenderaan pertahanan yang sama kualiti seperti dihasilkan negara luar, malah lebih hebat.

Justeru, beliau berkata, Kementerian Pertahanan komited untuk terus menumpukan industri pertahanan dalam usaha memastikan Malaysia tidak lagi bergantung terhadap 'produk' negara luar.

"Kementerian akan memberi fokus industri pertahanan supaya pakar dalam negara iaitu anak Malaysia mampu keluarkan senjata sendiri bagi mengelak pergantungan dengan negara luar.

Ismail Sabri menunjukkan plak nama Tarantula selepas mengumumkan nama HMAV4x4 pertama Malaysia di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, hari ini. - NSTP/Aizuddin Saad

Tarantula HMAV4x4 mampu mencapai kelajuan sehingga 110 kilometer per jam. - NSTP/Aizuddin Saad

Kereta perisai yang dinamakan ‘tarantula’ dipamerkan pada Majlis Penamaan Kereta Perisai Mobiliti Tinggi 4x4 (HMAV4x4) Pertama Malaysia di Wisma Perwira Tentera Darat hari ini. - Foto BERNAMA

"Sebelum ini, kita berjaya menghasilkan peluru, komponen pesawat dan kita sedang membina kapal perang. Dari segi fokus, kita akan mengeluarkan lebih lagi untuk industri pertahanan.

"Saya harap Tarantula ini bukan saja mampu digunakan dalam negara, tetapi di luar negara kerana kualiti ketahanannya. Syarikat tempatan juga perlu fokus pasaran luar negara supaya tidak bergantung pasaran tempatan untuk membeli produk ini," katanya.

Tarantula HMAV4x4 adalah kenderaan berperisai dengan keupayaan lasak untuk bergerak pantas di atas pelbagai bentuk muka bumi dengan mampu mencapai kelajuan sehingga 110 kilometer per jam.

Dengan keupayaan dimiliki kenderaan itu, ia terbukti mampu melaksanakan pelbagai misi penting ketenteraan dan memberi perlindungan kepada pengendali serta kru kenderaan itu.

Ia dibina berlandaskan pelantar modular dengan rangkaian spesifikasi daripada yang asas sehingga paling canggih untuk memudahkan sebarang pengubahsuaian dan memenuhi mana-mana spesifikasi diinginkan negara tertentu.

Dilengkapi sistem persenjataan moden bersama pelancar grenet, kenderaan berperisai ini direka menggunakan sistem Stesen Senjata Kawalan Jauh (RCWS) yang membolehkannya menembak secara 360 darjah ketika bertempur, memberikan keupayaan untuk menembak sasaran menggunakan sistem kawalan jauh dengan bantuan skrin paparan.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
myoujin replied at 14-5-2021 11:52 AM
Hahahha kelako... Kalau meden logik gak... Ubat penenang

Kalau simontana yg bukak mukadimah, baca boleh ...tapi utk percaya , have to be at your own risk....

Lobang besar dia itewww

Kahkahkahkah

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 12:01 PM | Show all posts
malaysia mostly syok sendiri. bagi sumbangan 2-3 kupang, pastu media perbesar news kata malaysia sumbang banyak kt paaalestin dan depa berterima kasih kat malaysia. tapi kalau tanya palestin depa haram tak taw pabenda tu malayziiee prfghhhhhhhhhhhhh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2021 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 14-5-2021 11:56 AM
Tarantula kenderaan perisai pertama buatan Malaysia

Fahmy A Rosli
- April 2, 2021 @ 4 ...

Jentera melawan cobid kewww?

Kahkahkahkahkahkahahkah
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Komisen  berapa ratusan ribu agaknya dapat dalam acquisiton of  this monster kheunz?

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 12:07 PM | Show all posts
stingercayenne replied at 14-5-2021 12:03 PM
Jentera melawan cobid kewww?

Kahkahkahkahkahkahahkah

stinger a.k.a manak a.k.a gary coleman...how are you my brader?

hang ni sekejap hidup, sekejap mati...mengalahkan tuhan hindu ganesh kepala gajah...

anyways...hang muslim atau kuffar?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by me12345 at 14-5-2021 01:11 PM

Erdogan mmg wayang..iran tumpang balas dendam, sbb general dia assasinated by sekutu israel dan us baru ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.094478 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list