CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5536|Reply: 53

Bekas Tentera Pukul, Ugut Bunuh Anak Bini Kerana Tak Tutup Pintu

  [Copy link]
Post time 14-5-2021 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Hanya kerana tidak menutup pintu rumah, seorang lelaki mengamuk dan memukul isteri serta anak perempuannya dengan kerusi di Taman Desa Sena, di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, lelaki berusia 44 tahun yang dikatakan berang apabila anak perempuannya berusia 19 tahun tidak menutup pintu rumah.


Berikutan itu, lelaki berkenaan bertindak di luar jangka apabila mengambil kerusi berwarna putih di bahagian ruang tamu lalu memukul anaknya.




KERUSI yang digunakan seorang lelaki untuk memukul anak, isteri. FOTO Ihsan PDRM





Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian itu disedari isteri suspek berusia 51 tahun yang kemudian menghalang tindakan suaminya namun dia turut dipukul.


Katanya, insiden menyebabkan isteri dan anak suspek sakit di badan sebelum membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan mereka selepas suami suspek turut mengugut mahu membunuhnya.


"Menurut hasil percakapan, pasangan ini sudah berkahwin selama 20 tahun dan tinggal di rumah teres dua tingkat yang dibeli oleh wanita (isteri suspek) yang bekerja sebagai pegawai kerajaan.


"Suspek adalah bekas tentera dan kini bekerja di sebuah kilang yang mana dia sudah tidak bercakap dengan isterinya sejak setahun lalu biarpun masih tinggal serumah," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Menurutnya, suspek yang juga seorang mualaf dikatakan sering memukul isteri dan anak-anaknya apabila berlaku perselisihan faham namun perkara itu tidak pernah dilaporkan kepada polis.


"Suspek tidak mempunyai masalah kesihatan dan pasangan ini mempunyai masalah dalam rumah tangga mereka apabila tinggal berasingan yang mana suspek tinggal di bilik bawah manakala isterinya di tingkat atas," katanya.


Noorzainy berkata, bertindak melalui laporan yang diterima polis ke lokasi kejadian dan menahan suspek pada jam 2.10 petang untuk tindakan selanjutnya.


"Siasatan awal, suspek mengaku memukul isteri dan anaknya dengan kerusi.


"Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan dia kini ditahan mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut," katanya.




Sumber: Harian Metro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2021 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
barannya
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap dpt strok..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko yg dok tingkat bawah, ko lah patutnya tutup pintu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ada masalah kesihatan pun, so baran sangat ni kenapa? Pasal tak tutup pintu je pun. Cakap la baik2. Dah 40+ tu cool down la sikit. Cakap je la. Tak yah la sampai pukul.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh eh dah la menumpang rumah bini. Dasar hanat perangai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2021 12:35 PM | Show all posts
Kenapa marah sangat sampai nak ugut bunuh, janganlah selalu pendamkan masalah tu, buang ego masing-masing, sifat baran harus dibuang jauh-jauh ya
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Supersirap: Kenapa marah sangat sampai nak ugut bunuh, janganlah selalu pendamkan masalah tu, buang ego masing-masing, sifat baran harus dibuang jauh-jauh ya

Setahun tak ngam..tunggu point jer nak meletup.kepala pun dah masuk air.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2021 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Menurutnya, suspek yang juga seorang mualaf dikatakan sering memukul isteri dan anak-anaknya apabila berlaku perselisihan faham namun perkara itu tidak pernah dilaporkan kepada polis.
Dah biasa
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Barankah?biawakkah? Ke tercabar isteri lebih berkemampuan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam hati mesti anak2 dia menyumpah ayah dia mati kena covid
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauh gak beza dia dgn isteri
Dah kawin lama patut makin ngam, ni makin menjauh
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari ade tmpt berteduh rumah teres 2 Tingkat, terus kena report polis, Silap2 msk lokap. padan muke. Jenis bini bnyk beralah ni, walau dah x sefahaman still bagi laki ddk rumah bawah. Mesti panas hati dgn anak yg selalu sokong mak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam kekawan my sister je kisahnya...kawen dah lama anak2 dah besar pastu buat hal sendiri bilik asing etc sebab malas nak cerai.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bekas tentera kerja kilang, memang species problem ke apa..boleh dah akak ceraikan je, takut kena pukul lagi sebab dah libatkan polis pulak
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mintak cerai je lak kak oii
ko pun keje gomen.Insya Allah terjamin masa depan tanpa suami pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2021 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg baran sgt ni.. dah la wife bg tinggal free kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
hareeeesah replied at 14-5-2021 02:32 PM
Bekas tentera kerja kilang, memang species problem ke apa..boleh dah akak ceraikan je, takut kena pu ...

Tentera yg bukan pegawai biasanya umur 41 dah pencen dah. Lepas tu ramai je kerja mcm2. Ada yg jd chef pun ada. Mualaf yg baran ni mungkin iban ke bidayuh kot. Kottt
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow. Dok rumah bini dgn tak bercakap pastu panas baran. Boleh tahan ya. Mohon la cerai siap2. Jgn kata makan minum semua bini yang siapkan. Tak guna punya jantan macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh eh setahun duduk satu rumah x bercakap walaupun sorang tingkat atas sorang tingkat bawah.  Mmg elak terserempak dlm rumah ke mcmana.   Time masak mkn kat dapur, mesti jumpa kan.  Dah mak bapak bergaduh mcm ni, mcmana anak dia ckp dgn parents
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.592425 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list