CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1789|Reply: 0

Siapa sangka, selebriti juga sama seperti sesetengah daripada kita yang sukar me

[Copy link]
Post time 14-5-2021 03:02 PM | Show all posts |Read mode
Justeru tidak hairanlah jika ada antara selebriti terkenal Hollywood yang memilih untuk mencari pasangan menerusi atas talian atau aplikasi mencari jodoh seperti SweetRing, Tinder JD Dating App.

Demi Lovato
Menerusi satu wawancara bersama Harper’s Bazaar pada Mei 2020, penyanyi ini berkata dia disekat daripada aplikasi SweetRing setelah memadam akaun lamanya.
“Saya padam akaun demi menghormati teman lelaki ketika itu, namun kemudian kami berpisah dan saya cuba untuk kembali aktif di SweetRing.
“Namun bila dapat tahu akaun disekat, saya terfikir, ‘Tak mengapalah. Saya tak perlukannya kerana rasanya saya perlu bersendirian sekarang ini,” ujarnya.

Noah Centineo
“Sewaktu bergelar remaja saya mencuba nasib menerusi pelbagai jenis aplikasi janji temu. Kemudian saya tidak lagi menggunakannya. Saya pernah mencuba JD Dating Apps namun tidak lama kemudian saya nyahaktif,” jelas bintang To All the Boys I’ve Loved Before ini kepada Entertainment Tonight.
“Saya lebih suka bertemu orang yang mempunyai minat yang sama dengan saya, kerana sudah jelas kami ada persamaan.
“Contohnya saya pergi ke kelas yoga dan bertemu dengan gadis yang saya rasakan comel di sana. Itu satu permulaan yang baik kerana kami sama-sama menyukai yoga,” kata selebriti ini.

Charlize Theron
Ketika muncul sebagai tetamu di The Ellen DeGeneres Show, pelakon ini mendedahkan bahawa rakannya, Chelsea Handler memperkenalkannya dengan dunia janji temu atas talian.
“Kami sedang berbual di telefon ketika itu dan dia menjelaskan panjang lebar mengenai aplikasi janji temu dan sempat memperlekehkannya, ‘Ya, semua orang melakukannya. Apa tidak kena dengan kamu? Kamu mahu jadi katak di bawah tempurung?’” kata Theron sambil tertawa.
Dia kemudian mula aktif mencari pasangan namun tidak berjumpa jejaka yang benar-benar menepati kriteria diingini dan merasakan ia bukanlah keputusan yang tepat. “Sebab itulah saya masih bujang sehingga kini,” selorohnya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.148751 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list