CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1495|Reply: 0

But Timberland Dan Bagaimana Ia Berjaya Menjadi Model But Hebat Dalam Dunia Fesy

[Copy link]
Post time 14-5-2021 08:47 PM | Show all posts |Read mode
Sejarah But Timberland Dan Bagaimana Ia Berjaya Menjadi Model But Hebat Dalam Dunia Fesyen



Timberland 6-Inch Boot merupakan salah satu model but yang akan sentiasa diingati. Dari jalanan hingga ke pentas peragaan, ketahanan serta rekaannya yang ikonik menjadi antara faktor mengapa kasut but ini kekal relevan sehingga sekarang.

Sejarah but ini bermula pada tahun 1973 apabila Sidney Swartz memperkenalkan model ini untuk kegunaan pekerja pembinaan. Model ini dibuat dengan rapi agar ia tahan lasak dan dapat bertahan walau dalam apa jua keadaan.



Nama asal syarikat Timberland ialah Abington Shoe Company. Disebabkan populariti but kuning ini, Nathan Swartz yang juga merupakan bapa kepada Sidney Swartz telah menukar nama syarikatnya kepada Timberland pada tahun 1973. Perubahan drastik ini dilihat membuahkan hasil kerana nama Timberland lebih menarik perhatian dan senang diingati.



Pada tahun tahun 90-an, but Timberland ini turut menjadi pilihan artis ternama terutamanya artis dari genre muzik hip hop. Legenda Notorious B.I.G antara artis hip hop pertama yang kerap menggayakan but Timberland sepanjang hidupnya.

Tidak berapa lama kemudian, but ini menjadi fashion statement dan turut disarung oleh selebriti terkemuka dunia seperti Justin Timberlake, Kanye West, Jay-Z, dan Pharrell Williams. Artis wanita seperti Rihanna dan Gwen Stefani turut menjadikan Timberland sebagai salah satu but yang perlu ada dalam koleksi mereka.

Dalam pada itu, Timberland 6-Inch Boot juga merupakan salah satu kasut but terawal yang kalis air dan kekal begitu hingga ke hari ini.

Sumber:
CNBC Make It, The Vocket

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.080247 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list