CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4370|Reply: 30

[Tempatan] Ayam piru kini dapat permintaan tinggi di pagi Syawal selain ayam kampung. Sekil

  [Copy link]
Post time 15-5-2021 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Ayam belanda terima permintaan tinggi
NOR AZURA MD AMIN | | 15 Mei 2021


Nurul Fairuz antara usahawan wanita berjaya dalam ternakan ayam belanda.

PONTIAN - Ayam piru atau ayam belanda cukup digemari masyarakat Barat dan menjadi hidangan tradisi sempena perayaan utama mereka.

Keenakan ayam belanda yang mempunyai isi lebih pejal dan kandungan kolesterol lebih rendah kini turut menjadi hidangan istimewa bagi masyarakat Melayu terutama ketika Syawal.

Tidak sukar untuk mendapatkan ayam belanda kerana ramai usahawan tempatan kini mula menternak ayam itu dalam skala besar.

Antaranya, Nurul Fairuz Amir, 39 usahawan ayam belanda di Kampung Parit Haji Zain Darat yang berkecimpung dalam bidang ternakan itu sejak enam tahun lalu.

Nurul Fairuz tidak menyangka percubaannya melakukan pembaharuan dalam ternakan ayam kampung yang dimulakan oleh ayahnya Amir Misran, 62, membuahkan hasil cukup lumayan.

"Harga ayam belanda mencecah sekitar RM30 hingga RM35 sekilogram dengan tempoh matang sekitar enam dan tujuh bulan sebelum dapat disembelih.

Bercerita mengenai pembabitannya, Nurul Fairuz berkata, lawatannya ke Australia sebelum ini memberi idea mengenai ternakan ayam belanda.

Bekas pengurus bahagian latihan di sebuah syarikat swasta ini berkata, dia pulang ke kampung pada tahun 2014 bagi meneruskan ternakan ayam kampung yang diusahakan ayahnya.

"Pada tahun berikutnya, saya mula menternak 100 ekor ayam belanda. Permintaan yang tinggi mendorong saya menambah ternakan.

"Bilangan ayam belanda kini mencecah 250 ekor dengan pasaran terbesar di Johor Bahru," katanya kepada Sinar Harian.

Nurul Fairuz berkata, produk hiliran daripada bulu ayam belanda berasaskan kraf turut diperkenalkan di samping telurnya yang dijadikan telur asin.

"Saya yakin dengan peluang cerah yang dimiliki dalam bidang ternakan ayam belanda. Wanita juga boleh berjaya dalam ternakan ayam belanda.

"Paling penting kesungguhan dan jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru selain berkat doa ibu bapa dan keluarga," katanya.

Sementara itu katanya, menu rendang ayam belanda menjadi pilihan utama ketika Syawal.

Selain itu, ada juga yang memasak ayam belanda dijadikan ungkep yang merupakan hidangan tradisi masyarakat Jawa terutama di Pontian.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2021 03:15 PM | Show all posts
Ajet thanksgiving.
Turkey ni bukan ke liat yakmat macam ayam pencen..ke kena masak lama
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat ayam dalam citer mr bean dulu tuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha
Iols baru tau nama.ayam piru ni tahun 2012
Mak mertua iols cakap anak iols pakai gaun kembang cam ayam piru
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 15-5-2021 03:15 PM
Ajet thanksgiving.
Turkey ni bukan ke liat yakmat macam ayam pencen..ke kena masak lama

Mmg liat.. tapi sedap je mkn. Tak sure depa masak camne. Iols tukang mkn je.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 15-5-2021 04:20 PM
Haha
Iols baru tau nama.ayam piru ni tahun 2012
Mak mertua iols cakap anak iols pakai gaun kembang ...

Org utara panggil ayampiru hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 15-5-2021 04:41 PM
Org utara panggil ayampiru hahaha

Tu la
Mak.mertua.iols.orang tepeng
Kelako plak.dengor.
Laki iols pon xtau ayam piruntu apa
Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
udah ore Belanda lupa tangkap dan bawa balik ayam depa...kan dah di buek rendang  jadinya di Tanah Melayu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2021 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 15-5-2021 04:41 PM
Org utara panggil ayampiru hahaha

Tiber teringat ayam pieh..arwah baik orangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik tak, ayam turkey msk malaysia di panggil ayam belanda. Kecelaruan asalusul kah?

Bdway org utara mmg panggil Ayam piru2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2021 05:47 PM | Show all posts
ayam piru ni aku kenal masa budak2
pantang di ajuk
memang dia akan menyondol arah kita
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 05:57 PM | Show all posts
kejar orang kan ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2021 06:05 PM | Show all posts
ayam piru = ayam Belanda = ayam Turkey
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2021 06:08 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku panggil ayam klok...klok. bunyi dia mcm tu sambil kejar orang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Piru ni mcm bahasa jawa je..baru 1st time dengar..kg iols panggil ayam belanda/turkey jah..geli tgk kedut & dgg lebih tergantung..kuat ngejor org jgk mcm angsa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2021 08:31 PM | Show all posts
Edited by ChildrenOfBodom at 15-5-2021 08:33 PM

aku pernah beli bela, masa baru menetaih tu payah la nk hidup.. hujung2 semua mati..ayam mutiara (guineafowl) lebih mudah nk bela dan jauh lagi lawa dari ayam piru



Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 15-5-2021 06:57 PM
Aku panggil ayam klok...klok. bunyi dia mcm tu sambil kejar orang.





Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 15-5-2021 09:18 PM

Mcm red Indian dh

Actually ada kajian scientific x nape bila kita klok3 tu ayam tu akn sahut
Mcm melatah pun ye

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 16-5-2021 12:06 AM
Mcm red Indian dh

Actually ada kajian scientific x nape bila kita klok3 tu ayam tu akn sahut
...

Kena husnuzon sis, ayam belanda/turkey/turki tu memang nak balas balik bersembang dengan kita, tapi vocabulary mereka  hanyalah klok klok klok sahaja

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.436659 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list