Seorang wanita dikompaun sebanyak RM2,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan kerana menziarahi suaminya ketika bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya pada Hari Raya pertama.
Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS semalam turut berkongsi kenyataan media yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
Kredit foto: FB Info Roadblock JPJ/POLIS
"Kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan 17 (PU A 225/20212) Ziarah Hari Raya Raya Aidilfitri (No 21 Kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan dalam SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana pelanggaran SOP PKP dengan menziarah suami di SJR," kata Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali.
Walaupun ia dilihat sebagai tanggungjawab isteri memberi sokongan moral kepada suami yang bertugas dengan menghantar juadah di pagi raya, namun kepentingan awam adalah melebihi kepentingan individu.
Kredit foto: FB Info Roadblock JPJ/POLIS
"olis tidak mahu perbuatan sedemikian dijadikan alasan semua ahli keluarga petugas untuk melawat keluarga yang bertugas di lapangan pada Hari Raya atau hari biasa," ujarnya.
Menurut laporan Bernama, wanita berkenaan membawa tiga anak berusia 11 tahun, 10 tahun dan lima tahun melawat anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya terbabit menimbulkan dakwaan mereka telah melebihi had tiga orang bagi sesebuah kenderaan.
Bagaimanapun, tiada kompaun dikenakan selepas siasatan mendapati mereka menaiki dua kenderaan berbeza.
Kredit foto: FB Info Roadblock JPJ/POLIS
Tegas Fadzil, pihaknya tidak berkompromi sekiranya wujud sebarang pelanggaran SOP PKP.
Tindakan akan dikenakan terhadap sesiapa sahaja sama ada orang awam mahu pun anggota PDRM sendiri. - CARI |