View: 1923|Reply: 10
|
Dibalut Tuala Pink, Bayi Maut Dibuang Tepi Pagar
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Mayat bayi perempuan ditemukan di tepi pagar Jalan Sri Rejang 3, Taman Sri Rampai, di sini, oleh pekerja warga Pakistan ketika menyapu sampah di kawasan itu, hari ini.
Dalam kejadian 8 pagi itu, tukang sapu dari Syarikat Alam Flora itu mendakwa menyapu sampah dan terlihat satu beg berwarna putih di tepi pagar sebelum dikejutkan dengan penemuan mayat bayi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu setengah jam kemudian dan dibantu Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bergegas ke tempat kejadian untuk siasatan lanjut.
Foto: Harian Metro
Menurutnya, saksi kejadian memberitahu, ketika mengangkat beg itu, dia terlihat bayi di dalam beg dibalut dengan kain tuala warna merah jambu.
"Bayi perempuan malang itu disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur yang turut dipanggil membantu siasatan di tempat kejadian.
"Tiada sebarang dokumen pengenalan dijumpai pada bayi itu yang mana pemeriksaan awal pada tubuh bayi tiada dijumpai sebarang kesan kecederaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ashari berkata, polis percaya mayat bayi itu ditinggalkan di lokasi itu dalam tempoh kurang 12 jam sebelum dijumpai.
"Mayat bayi itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkannya ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebak bila baca berita macam ni.
Astaghfirullahalazim. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cikpet pompuan tu disengat lipan bara & ciknek laki tu tumbuh kulat |
|
|
|
|
|
|
|
harap baby tu dah meninggal masa bersalin.. kalau x,tak terbayang baby tu dok menangis sornag2, sejuk and sakit kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh, time buat xingat..dh beranak perangai mengalahkan binatang. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah...adakah bayi itu telah meninggal kemudian dibuang ...atau mati lemas sebab terlalu lama dalam plastik tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian baby nie tak berdosa..kesian jugak pekerja pembersihan kerna tak tahu bila dapat kejutan begini dalam waktu bekerja |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia, ayuhlah berjihad melawan kekejaman terhadap kanak2 tanahair yang dibunuh, dirogol, diliwat, didera, diabaikan tanpa peri kemanusiaan! |
|
|
|
|
|
|
|
Astaghfirullahhal adzim.. Kesian nue.. Wei x berhati perot betul buang anak.. Ramai jer sanggup amek jadi anak angkat.. Aku pun nak klu ko nk buang gitu jer |
|
|
|
|
|
|
| |
|