Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
452
View
0
Reply

[BAM] Cheah puas juara di Sepanyol

[Copy link]

Author: piao       Show all posts   Read mode

Author
Post time 18-5-2021 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Cheah puas juara di Sepanyol


RASHID bersama Cheah (tengok) di Cartagena, Sepanyol. FOTO FB BAM

Kuala Lumpur: Pemain badminton para Malaysia, Cheah Liek Hou berpuas hati dengan kejayaan menjuarai Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol Ahad lepas.

Pemain nombor dua dunia itu mengakui mempunyai masa yang begitu singkat untuk membuat persiapan menghadapi cabaran di Cartagena, Sepanyol selepas menjuarai kejohanan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan lepas.

"Saya sangat berpuas hati atas kejayaan ini. Saya terpaksa kuarantin seminggu selepas pulang dari Dubai dan hanya mempunyai tiga minggu sahaja untuk membuat persediaan menghadapi kejohanan di Sepanyol," katanya dalam satu video dikongsi kepada media hari ini.

Cheah menampilkan aksi cemerlang dan hanya memerlukan masa 34 minit untuk muncul juara perseorangan dalam kategori SU5 (kecacatan anggota bahagian atas) selepas mengalahkan wakil Jepun Taiyo Imai 21-13, 21-1.

Ini kejayaan kedua berturut-turut diraihnya tahun ini selepas mengecewakan pemain Indonesia Dheva Anrimusthi 14-21, 22-20, 21-18 di perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Fazza-Dubai buat kali ketiga di UAE.

Sementara itu, Cheah yang juga juara dunia sebanyak enam kali itu berkata pengalaman diraihnya ketika turun bertanding pada kejohanan lepas membantu dirinya mengatasi tekanan dihadapi untuk mengecap kejayaan di Sepanyol.

Beliau pada masa sama turut bersyukur dan menghargai usaha dilakukan pegawai yang menganalisis setiap pencabarnya seterusnya membantu mengungguli kejohanan di Sepanyol itu.

Jurulatihnya, Datuk Rashid Sidek ketika dihubungi mengesahkan Cheah berjaya menempah slot ke Sukan Paralimpik di Tokyo, Jepun yang dijadualkan berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 Sept ini susulan kejayaannya di Cartagena.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list