View: 1724|Reply: 2
|
Tinggal Kulit Dan Tulang, 4 Bulan Mayat Budak Perempuan Disimpan Di Rumah
[Copy link]
|
|
Kanak-kanak berusia tujuh tahun ditemui mati dan mayatnya disimpan selama empat bulan di rumahnya sendiri di Kampung Congkrang, Temanggung, Jawa Tengah.
Gambar hiasan
Lapor Kompas.com, Ketua Polis Temanggung, Benny Setyowadi berkata, kes terbongkar selepas Polis Bejen menerima laporan daripada penduduk mengenai mayat budak perempuan itu.
“Pada pukul 11 malam, Polis Bejen menerima laporan daripada Ketua Kampung Congkrang mengenai kes pembunuhan melibatkan kematian.
“Ketika ditemui, mayat mangsa sudah kering dan hanya tinggal kulit dan tulang sahaja. Mayat itu juga tidak ditanam seperti biasa,” katanya.
Namun begitu, pihaknya belum dapat mengenal pasti punca kematian kanak-kanak itu dan masih menjalankan bedah siasat.
Katanya, pihak polis sudah menahan empat individu termasuk jiran mangsa bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber: Utusan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tragisnya..Kes apa la smpai dibiarkan..aduh.. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh plak dia tahan dengan bau tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|