View: 2531|Reply: 1
|
Tulisan Hebrew, Bahasa Yahudi Yang Diguna Pakai Dalam Kitab Taurat
[Copy link]
|
|
Tulisan Hebrew, Bahasa Yahudi Yang Diguna Pakai Dalam Kitab Taurat
Hebrew, atau turut difahami sebagai bahasa Ibrani, merupakan bahasa orang Yahudi. Namun, berlaku kekeliruan di mana ramai yang menganggap bahasa Ibrani ini ialah bahasa utama mereka.
Orang Yahudi hanya menggunakan bahasa tersebut untuk beribadah. Situasinya boleh disamakan dengan bangsa Melayu kita yang menggunakan bahasa Arab dalam pertuturan ibadah harian.
Bagi menjelaskan lagi, pada zaman Nabi Isa A.S, bahasa yang digunakan dalam percakapan harian adalah bahasa Aramaik yang dianggap lebih tidak rasmi.
Walau bagaimanapun, kitab suci Taurat diturunkan sebagai wahyu oleh Allah SWT dalam tulisan Hebrew atau bahasa Ibrani kepada Nabi Musa A.S. Bahasa ini dianggap sebagai perantaraan rasmi bagi penulisan kitab.
Taurat dalam bahasa Ibrani bermaksud undang-undang syariat atau peraturan.
Kini, kitab Taurat yang asli tidak lagi ditemui kerana telah ditokok tambah oleh orang Yahudi.
Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|