CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1082|Reply: 3

[Tempatan] Kerajaan haram Israel dan komander-komandernya adalah merupakan 'penjenayah-penj

[Copy link]
Post time 20-5-2021 10:50 AM | Show all posts |Read mode



BAITULMAQDIS - Kerajaan haram Israel dan komander-komandernya adalah merupakan 'penjenayah-penjenayah perang,' kata bekas juruterbang Tentera Udara rejim Zionis, Yonata Shapira.

Dalam satu wawancara dengan agensi berita Anadolu Agency baru- baru ini, Shapira menjelaskan tentang kenapakah beliau menyertai perkhidmatan Tentera Israel sebelum ini.

Bekas juruterbang tersebut turut menceritakan bagaimana beliau boleh menyedari dirinya ketika itu merupakan sebahagian daripada anggota sebuah pertubuhan pengganas kerana menyerang penduduk Palestin.

Menurutnya, beliau menyedari Israel melakukan jenayah perang semasa berlakunya kebangkitan penduduk Palestin atau intifadah kedua bagi menentang penjajahan rejim Zionis yang bermula pada tahun 2000 dan berakhir pada tahun 2005,.

Ujarnya, juruterbang-juruterbang itu menggugurkan misil-misil dan peluru berpandu-peluru berpandu di bandar-bandar Palestin.

Justeru, katanya, beliau kemudian menyedari tindakan tersebut merupakan satu jenayah perang.

Ekoran itu, katanya, beliau membuat keputusan bukan sahaja untuk meninggalkan perkhidmatan tentera Israel tetapi juga meminta beberapa juruterbang lain supaya tidak mengambil bahagian dalam jenayah perang tersebut.

Menurutnya di Israel, seorang kanak-kanak telah diajar tentang pendidikan ketenteraan rejim Zionis.

Katanya, kanak-kanak di Israel tidak mengetahui semua perkara tentang Palestin, peristiwa Nakba pada tahun 1948 atau penyingkiran lebih 700,000 penduduk Palestin dari negara haram Israel dalam perang Palestin dan penindasan-penindasan terhadap penduduk itu.

Katanya, penjajahan Israel ke atas Palestin merupakan satu bentuk jenayah perang dan beliau tidak bersedia mengambil bahagian dalam jenayah itu.

Semasa berkhidmat dengan Tentera Israel, Shapira turut melancarkan satu kempen yang meminta anggota-anggota tentera rejim Zionis untuk tidak mematuhi arahan supaya membedil penduduk Palestin.

Tindakan itu, tambahnya, menyebabkan beliau dan beberapa juruterbang lagi diketepikan daripada tentera rejim tersebut dengan mengambil kira tentang keadaan di Palestin ketika itu.

Dakwanya, beliau bersama 27 juruterbang pesawat telah ditamatkan jawatan daripada Tentera Udara Israel sejak tahun 2003.

Shapira turut dipecat daripada semua jawatannya di syarikat-syarikat swasta yang berjaya diperolehinya selepas penamatan perkhidmatannya iru,

Ini adalah kerana beliau menyertai tunjuk-tunjuk perasaan bagi menyokong hak-hak penduduk Palestin dan memberikan syarahan di kebanyakan negara di dunia tentang kekejaman Israel disebabkan Shapira merupakan anggota Pergerakan Boikot, Sekatan dan Nyahlabur Israel.

Beliau juga menyatakan Israel turut mengamalkan sistem apartied terhadap penduduk Palestin.

Shapira juga berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada masyarakat mengenai jenayah perang yang dilakukan oleh Tentera Israel melalui persidangan-persidangan antarabangsa.

Justeru, katanya, beliau terpaksa berpindah ke Norway dan meneruskan kelangsungan hidupnya di negara tersebut. -Agensi
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -kutuk-rejim-Zionis
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa sokong israel dia sokong pengganas
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 12:35 PM | Show all posts
ni baru real yahudi..

ada mamat melayu xde DNA yahudi, bole plak sokong zionis israel bagai.. muka tak malu, tak sedar hidung tu  pesek  muke melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 01:02 PM | Show all posts
Dengar penjelasan Ahmad Deedat ni.......



Dalam Quran:
Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya).
(Surah AlBaqarah. Ayat 047.)

Dalam Bible:
Jadi sekarang, jika kamu sungguh-sungguh mendengarkan firman-Ku dan berpegang pada perjanjian-Ku, maka kamu akan menjadi harta kesayangan-Ku sendiri dari antara segala bangsa, sebab Akulah yang empunya seluruh bumi.

Kamu akan menjadi bagi-Ku kerajaan imam dan bangsa yang kudus. Inilah semuanya firman yang harus kaukatakan kepada orang Israel.
-Exodus 19 (5-6)

Dan jikalau kamu dalam keadaan yang demikianpun tidak mendengarkan Daku, maka Aku akan lebih keras menghajar kamu sampai tujuh kali lipat karena dosamu
-Leviticus 26:18


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.073057 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list