CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1096|Reply: 1

[Tempatan] Atok nak PKP penuh, mentang2lah dia duit berkepuk2 kan

 Close [Copy link]
Post time 20-5-2021 01:30 PM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dikuatkuasakan di seluruh negara dengan syarat kerajaan perlu menanggung kos termasuk menyediakan makanan cukup untuk seluruh rakyat

Dr Mahathir berkata, langkah kerajaan adalah tepat untuk memperkenalkan semula PKP sehingga 7 Jun depan, namun pelaksanaan PKP kali ini tidak lagi ketat berbanding pelaksanaan pada kali pertama.

“Kita perlu sekat orang ramai supaya tetap berada di rumah. Tak seharusnya ada alasan untuk orang ramai berkumpul. Penjarakan mesti dilaksanakan bahkan dalam kalangan barisan hadapan,” katanya dalam kenyataan di blognya pada Khamis.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi bagaimanapun mengakui dengan langkah menyekat pergerakan orang ramai di rumah bermaksud mereka tidak ada duit dan tidak mempunyai makanan.

“Kerajaan perlu terima tanggungjawab untuk pastikan rakyat terus hidup. Bagi makanan, mestilah ada dapur awam di mana makanan disediakan, dibungkus dan dihantar ke rumah,” katanya.

Beliau berkata, kuarantin kendiri di rumah juga mesti dilanjutkan dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan di samping polis dan tentera digesa bertegas dalam memastikan orang ramai tidak keluar untuk membeli-belah atau melakukan perkara-perkara lain.

“Kos perbelanjaan harus ditanggung kerajaan. Kosnya akan jadi tinggi, namun kerajaan perlu lakukannya,” kata beliau lagi.

Tambah Dr Mahathir, program vaksinasi mesti dipercepat dan kita harus menerima apa sahaja vaksin yang digunakan di negara lain secara meluas serta usaha khas harus dilakukan agar orang kampung diberi vaksin.

"Kita harus serius dalam memerangi Covid-19. Sekiranya tidak, kita akan melihat banyak orang mati yang mungkin dapat diselamatkan," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... a-laksana-PKP-penuh
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 03:21 PM | Show all posts
Thread dah ada
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1251664

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.056066 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list