Tambahnya dalam penjelasan tersebut, manusia mana yang tidak sedih melihat keadaan seperti itu lebih-lebih lagi suaminya yang sudah lama terpisah dengan saudara mara dan ahli keluarga.
Dia juga memaklumkan bahawa keluarga suaminya tidak dibenarkan sama sekali untuk pulang ke Palestin kerana tanah mereka sudah dirampas oleh pihak musuh.
Jadi, mereka sejak kecil sudah berpindah randah dari pelbagai negara dan begitu struggle untuk meneruskan kehidupan.
Kita pandai cakap, tapi ada yang merasai sendiri
Pelakon cantik berkenaan turut menyelitkan pesanan kepada orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak sewenang-wenangnya keluar dari rumah dengan alasan bertemu keluarga kerana suaminya sudah sembilan tahun tidak bertemu bapa kandung.
“Bercakap berkenaan ini, untuk orang yang langgar SOP tergedik-gedik nak jumpa orang sana sini, Rami dah 9 tahun tak jumpa ayahnya.”
“Terakhir jumpa ibunya pula ketika saya melahirkan anak pertama (2018). Itu pun sebab ibu mertua gagahkan diri datang ke Malaysia untuk melihat cucunya. Last jumpa adik beradik pun dah bertahun lamanya, dan dia tak pernah merungut.” tulisnya.
Sehubungan dengan itu, Ramona berharap agar sesetengah pihak menghentikan dakwaan dirinya pro Israel hanya kerana tidak memuat naik sebarang kenyataan berpihak kepada Palestin. Dia juga sempat menitipkan pesan agar terus berdoa demi keselamatan Palestin dan kita semua.
Doa dan sokongan sentiasa ada
Oleh itu, ramai yang tampil memberikan kata-kata semangat buat bekas peserta Dewi Remaja 2009/2010 itu agar sabar menerima kecaman tersebut.
Tak upload apa2 tak bermakna tak sokong
Sumber: Ramona Zamzam