View: 1663|Reply: 9
|
Guru Besar Salah Guna RM70,000 Sumbangan Zakat
[Copy link]
|
|
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang guru besar sekolah kebangsaan yang disyaki menggunakan kedudukan untuk kepentingan sendiri, membabitkan salah guna sumbangan wang zakat.
Sumber memberitahu lelaki yang berusia 50-an itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Klang kira-kira 4 petang, semalam.
Gambar hiasan
Difahamkan, penjawat awam itu ketika bertugas di sebuah sekolah di negeri ini menggunakan kedudukannya dengan mempengaruhi pihak pengurusan Badan Kebajikan Guru-Pekerja (BKGP) sekolah itu bagi mengeluarkan wang sumbangan zakat daripada sebuah bank berjumlah kira-kira RM70,000 untuk bantuan anak-anak asnaf.
Bagaimanapun sumber berkata, wang sumbangan zakat itu telah digunakan bagi kegunaan diri beliau sendiri.
Menurut sumber itu, lelaki berkenaan yang kini bertugas di sebuah sekolah lain di Selangor akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada 9 pagi esok untuk permohonan reman.
Pengarah SPRM Negeri Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
anak2 murid semua sila screenshot artikel ni. nanti esok bila cikgu2 suh balik minta mak bapak derma zakat, reject je terang2. penyamun betul cikgu besar dah nak pencen dpt duit bulan2 tak ckup lagi |
|
|
|
|
|
|
|
sangkaknya sampai duit zakat pun ko nak songlap... ni dah ada kes jangan pulak di bagi pencen bila bersara nanti... lagi seronok la dia... hidup kerja menyonglap duit... bersara pulak dapat duit lagi tiap2 bulan... |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu ni dah siap g haji ke? |
|
|
|
|
|
|
|
nnt sedekah la seribu kat palestin
terus suci |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu majalah mastika bawak keluar cerita mayat guru besar perut meletup dan terburai ketika nazak... |
|
|
|
|
|
|
|
True-X replied at 21-5-2021 10:00 AM
cikgu ni dah siap g haji ke?
kalau dah kenapa? dan kalau belum pun kenapa? |
|
|
|
|
|
|
|
mest kapiaq menyamaq iseley.. takkan umat iseley nk sapu duit zakat? |
|
|
|
|
|
|
|
Prepare utk total lockdown ke?skrg ni makin byk plak terbukak pekung org2 berjawatan berstatus ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|