View: 6833|Reply: 42
|
Tak Kisah Dipanggil Kayu- Kisah Hidup Dolla Dijadikan Telefilem
[Copy link]
|
|
Baru setahun berada dalam industri seni, kumpulan Dolla teruja dan berbangga apabila kisah hidup mereka diangkat dalam telefilem berjudul Dolla Watch Me Glow.
Salah seorang anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo berkata dia tidak menyangka Astro menunjukkan minat menghasilkan telefilem ini meskipun mereka masih baharu dalam industri.
Foto: IG
"Apabila pihak Universal Music memaklumkan mengenai tawaran pihak Astro, kami sangat terkejut sebab jika hendak dibandingkan dengan kumpulan atau penyanyi lain, kami masih lagi terlalu hijau dan kerdil.
"Lagipun kami masih belum mempunyai sebarang pencapaian yang boleh dibanggakan, jadi kami rasa Dolla belum layak untuk menerima pengiktirafan sejauh itu, bagaimanapun kami tetap berbangga sekurang-kurangnya ada pihak yang mengiktiraf bakat kami," katanya.
Berkongsi pengalaman kali pertama mencuba bidang lakonan, Sabronzo mengakui sedikit kekok ketika memasuki set penggambaran, namun masalah itu dapat diatasi dengan bantuan pengarah serta krew.
Dalam masa sama, Dolla yang turut dianggotai oleh Tabby, Syasya, dan Angle ini bersedia berdepan kritikan penonton mengenai lakonan mereka.
"Tidak dinafikan bukan mudah sebenarnya untuk bergelar pelakon, apatah lagi ini adalah pengalaman pertama semua anggota Dolla. Nasib baik pengarah dan krew banyak membantu sewaktu di set, jadi kami berjaya juga menghayati watak masing-masing.
"Bagi saya bahagian paling sukar apabila dipaksa untuk menangis... saya amat mengagumi Tabby dan Syasya sebab mereka boleh melakonkan adegan menangis dengan baik.
"Dolla juga sudah bersedia dikritik oleh penonton. Kami tidak kisah sekiranya ada yang mengatakan kami kayu selepas menonton aksi pertama kami sebagai pelakon. Kami dikenali sebagai penyanyi dan penari, bidang lakonan bukan kepakaran kami, jadi adatlah jika penonton merasakan mutu lakonan kami belum memuaskan, ” katanya.
Dalam pada itu, Sabronzo berkata jalan cerita Dolla Watch Me Glow hampir 70 peratus mengenai kisah hidup anggota kumpulan itu.
"Memang hampir 70 peratus kisah yang dipaparkan dalam telefilem itu ada ke mana mengena dengan kami. Cuma 30 peratus yang ditokok tambah bagi mewarnai telefilem itu dan menjadikan jalan cerita drama itu menjadi lebih menarik.
"Bagi kami tiada apa yang perlu dirahsiakan daripada penonton, jadi apa yang bakal peminat saksikan nanti memang kisah hidup sebenar kami," ujarnya.
Telefilem berjudul Dolla Watch Me Glow terbitan Zeel Production dengan kerjasama Astro dan Universal Music itu bakal menemui peminat pada Sabtu ini pukul 9 malam menerusi saluran Astro Citra dan Astro Citra HD.
Dolla Watch Me Glow arahan Izuan Mokhtar diinspirasikan dari kisah benar kumpulan Dolla iaitu Tabby, Syasya, Sabronzo dan Angle.
Selain Dolla, telefilem itu turut dibarisi Fauziah Nawi, Angeline Tan, Aniq Suhair, Azwan Ali, Catriona Ross, Aida Aris dan Douglas Lim. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok... BTW, kalau korang batu kelikir pun, orang x kisah punye, sbb orang x tau, and x nak tau pun korang ade telefilem |
|
|
|
|
|
|
|
Huntung ler |
|
|
|
|
|
|
|
Dolla ni macam ada pakej. Tapi ada something yg tak padu..bajet kecik kot |
|
|
|
|
|
|
|
dah tengok sneak peak... lakonan lebih herlok la dari si sharipah rose...
tapi masih kekayuan sebab ni first telemovie deorang kan...
janji ada diva AA dik lain2 tu iols tak kisah pun...
kalau boleh letak chef wan sekali baru meletop...
silap2 tv pun terhumban... |
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K: Dolla ni macam ada pakej. Tapi ada something yg tak padu..bajet kecik kot
To be honest rimas demgan imej dorang dengan nak copy cat bp lagi.. kalau buat imej sendiri lagi oramg suka kot.. macam orang korea kalau famcy2 pon masuk sebab doramg kulit smeua putih sekata & sama saiz.. jd bila on stage nampak kemas.. so dh tau kita tak mcm orang korea.. buat la imej semdiri yang lagi clean.. amd kemas.. paling tk minat yang nak tiru lisa tu.. too obviouss
|
|
|
|
|
|
|
|
selalu yang suka klon retis2 yg dah popular ni tak ke mana...
mcm klon nora danish, klon faizal tahir, klon suara awie/amy, klon suara ctdk
setuju bab klon lisa bp tu.. obvious sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
lagu raya diorang catchy yang raya raya raya tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya lagu raya raya raya tu sedap...ada vibe music Saloma...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku salute la si Dolla ni sampaikan samsung malaysia pun acknowledge dorang buat iklan kat bangunan tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
imej depa nampak serabai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman feminin dulu... Semua fesyen , rambut jadi ikutan |
|
|
|
|
|
|
|
siap baju raya feminin yang trend batik corak ade kaki tu orang ikut wooo...
|
|
|
|
|
|
|
|
alang alang nak tiru buat apa tiru blackpink semata, baik tiru TWICE tu sekali. barulah style tu pelbagai. |
|
|
|
|
|
|
|
Aduh ape pencapaian smpai da blh buat telefilm..nk cerita award semua? Ade ke..n vid tiktok yg attached dlm artikel ni semua xmenarik..xtao la kalo yg lain cmne |
|
|
|
|
|
|
|
korang mesti hidup zaman blackpink je khennn...
padahal blackpink tu pun iols tgk copy 4minute dgn 2ne1 jahhhh |
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream replied at 21-5-2021 08:26 PM
korang mesti hidup zaman blackpink je khennn...
padahal blackpink tu pun iols tgk copy 4minute dgn ...
Deyols taktau ke YG pernah cakap bp tu 2ne1 versi lawa. BP tu sama je acuan dgn 2ne1 |
|
|
|
|
|
|
| |
|