CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 708|Reply: 0

Makmal ujian Covid-19 di Gaza kembali beroperasi

[Copy link]
Post time 23-5-2021 12:21 AM | Show all posts |Read mode
IMEJ satelit menunjukkan pemandangan Gaza selepas serangan rejim zionis Israel. FOTO AFP





Gaza: Satu-satunya makmal ujian Covid-19 di Gaza di Pusat Rawatan Kesihatan Primer Al-Remal kembali beroperasi selepas rosak teruk akibat serangan udara Israel pada 17 Mei lalu.


Menurut kemas kini yang dimuat naik di laman web rasmi Kementerian Kesihatan Palestin pada Khamis, pasukan jurutera dan teknikal kementerian sudah membaik pulih bekalan elektrik dan sambungan internet di makmal yang mengalami kerosakan.


Usaha memerangi pandemik di wilayah yang diceroboh itu tergendala akibat kepungan dan serangan udara rejim Israel.


Sehingga 17 Mei, sebanyak 332,915 kes Covid-19 dilaporkan di Palestin dengan 3,705 kematian.


Sementara itu, sekurang-kurangnya 232 rakyat Palestin, termasuk lebih 60 kanak-kanak, dan sekurang-kurangnya 12 penduduk Israel, terbunuh sejak keganasan meletus di sempadan Gaza pada 10 Mei.


Turut dilaporkan, perjanjian gencatan senjata Israel dan Hamas dipersetujui pada 2 pagi Jumaat waktu Palestin.






Sumber : Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.049504 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list